Pernah tak anda dengar amalan diet telur rebus? Diet telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Pakar diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk dimakan ketika sarapan kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.
Malah diet telur rebus ini juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan lebih cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan meningkat secara mendadak.
Ini cadangan menu diet telur rebus sepanjang tempoh dua minggu:
Ads
ISNIN
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
SELASA
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam Malam: Sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
RABU
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato Malam: Salad dan ayam panggang
Namun begitu, sebelum anda ingin mengamalkan diet telur rebus ini ada beberapa perkara penting dan pantang-larang yang anda harus titikberatkan:
1. Pastikan anda minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
2. Wajib lakukan senaman setengah jam setiap pagi.
3. Tidak mengambil makanan segera.
4. Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan / minuman.
5. Jika takut kolesterol tinggi, buang telur kuning dan makan hanya telur putih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KECERGASAN MERANGKUMI PELBAGAI ASPEK YANG BERKAITAN DENGAN FUNGSI FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, DIPERCAYAI MEMBUATKAN SESEORANG INDIVIDU ITU BEBAS DARI PELBAGAI PENYAKIT JUGA MASALAH KEGEMUKAN. SETIAP DARI KITA HARUSLAH SENTIASA MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL SEHINGGA KE TAHAP MAKSIMUM AGAR KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI, ITULAH YANG DIAMALKAN OLEH PENGHIAS RUANGAN FIT LOKAL BULAN INI, EDISON CHUA, SEORANG PELAJAR JUGA MODEL KECERGASAN YANG SANGAT MENITIKBERATKAN ELEMEN KECERGASAN DALAM DIRINYA AGAR KEKAL BERKEYAKINAN DAN SIHAT SEPANJANG HARI.
MASKULIN :SERBA SEDIKIT MENGENAI EDISON CHUA?
Merupakan Pelajar jurusan Perbankan di Universiti Taylor’s Kuala Lumpur,berusia 23 tahun, berdarah campuran Cina dan Kadazan serta pernah memenangi pertandingan ‘Sabah Model Of The Year 2016’. Kini saya sedang berjinak-jinak di dalam dunia peragaan dan akan lebih serius untuk menggapai cita-cita tersebut.
MASKULIN : KONGSIKAN TRANSFORMASI FIZIKAL YANG ANDA LALUI?
Saya perlu memahami diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu rencana transisi fizikal. Mula menanam iltizam sejak usia 19 tahun lagi, saya berjinak-jinak dengan gimnasium untuk mula membina otot badan. Mengambil masa sekitar dua tahun sahaja saya kian mulai rasa akan perubahan, dahulu saya seorang yang sangat kurus, berkat usaha dan kegigihan saya berjaya memiliki bentuk badan seperti hari ini.
Buat anda yang sekadar mahu menurunkan berat badan, anda harus benar-benar mengubah plan diet harian, kerap melakukan senaman dan kekal dengan disiplin. Jika mahu mendapatkan struktur badan yang menarik, gandakan usaha dan lebih fokus pada bahagian badan tertentu untuk mendapatkan bentuk yang anda inginkan, kira kalori makanan serta jangan sesekali berputus asa!
MASKULIN : APAKAH MENU HARIAN YANG ANDA AMBIL?
Saya kurang mengambil makanan yang berminyak juga tidak lagi menyentuh makanan tidak sihat seperti makanan segera, jika boleh elak saya cuba elakkan. Setiap apa yang kita makan akan memberi kesan. Setiap pagi saya hanya mengambil menu seperti roti dan susu segar, tengah hari sesuatu yang mempunyai protein tinggi dan malam saya akan cuba menikmati hidangan yang tidak terlalu berat untuk di hadam selain amalkan senaman lima kali dalam seminggu untuk memastikan tubuh kita imun dengan latihan setiap hari.
MASKULIN : GYM BUDDY ATAU SENDIRI?
Keduanya memberi kesan positif untuk anda yang baru berjinak-jinak ke dalam dunia kecergasan. Bila anda aktif di gimnasium sambil dibantu rakan ketika melakukan senaman, latihan anda akan menjadi lebih mudah dan ringan di samping mempunyai teman untuk sama-sama bersaing membentuk tubuh dan prestasi kekal di momentum yang tinggi, berbeza dengan melakukan latihan secara sendiri, segala-galanya anda lakukan seorang diri dan hasilkan anda juga yang perolehi sendiri, mungkin sedikit membosankan tetapi jika diberi pilihan saya lebih suka melakukan latihan secara individu kerana saya boleh fokus dengan latihan dan terus pulang tanpa perlu berborak panjang bersama teman.
Ya, saya akui saya dahulu pernah obses dengan senaman sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan rakan-rakan, kini saya sudah mulai sedar bahawa bersenam dan masa bersosial itu sangat penting. Harus bijak mencuri masa untuk terus kekal sihat, tidak semestinya anda perlu kerap ke gimnasium, apa salahnya sesekali beriadah bersama teman dan keluarga asalkan tetap melakukan aktiviti sihat dan cergas.
MASKULIN : BAHAGIAN PALING MENARIK DI TUBUH ANDA?
Saya rasa adalah bahagian dada, walaupun six pack adalah elemen paling sukar untuk dibentuk, tetapi dada membuatkan seorang lelaki itu nampak seksi dan bidang ketika menyarungkan pakaian. Itu adalah bahagian tubuh yang sangat saya hargai.
MASKULIN : TIP UNTUK KEKAL SIHAT?
Cuba elak makan lewat malam, amalkan corak pemakanan yang sihat dengan pengambilan setiap menu harian sebelum jam 8 malam. Setiap makanan yang kita ambil itu sekurangnya memerlukan 4 jam untuk dicerna, jika ia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik ia akan bertukar menjadi lemak. Kerap lakukan senaman sekurangnya tiga kali seminggu untuk permulaan, jangan lupa bersarapan setiap pagi dan kekal mengambil gizi seimbang dengan pengambilan banyak buah-buahan dan air untuk mudah lawas dan akhir sekali pastikan anda cukup tidur kerana badan kita perlu rehat yang mencukupi.
MASKULIN : BAGI ANDA ADA ATAU TIDAK JALAN MUDAH UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN SEPERTI INI?
Saya percaya, ramai di kalangan anak muda yang mahu cepat memiliki bentuk badan menarik secara singkat dengan mengambil bahan terlarang, saya sekerasnya menolak perkara ini. Amalkan corak latihan beban yang selamat dan sentiasa taman di dalam fikiran tiada perkara di dunia ini yang boleh dapat dengan sekelip mata, bersabar dan elak dari terjebak dengan perkara sedemikian. Steroid khususnya memberi lebih kesan negatif dari sebaliknya, ingat kita bersenam untuk sihat, bukan mahu menyakitkan lagi tubuh kita. Di antara kesan buruk steroid yang akan anda alami jika terus mengambilnya tanpa nasihat pakar, tubuh akan berjerawat, cepat marah, imunisasi menjadi lemah serta kemurungan. Jadi, amalkan corak senaman yang sihat dan kekal cergas setiap hari kerana kita memerlukan tubuh yang sihat ini untuk tempoh masa yang lama, jangan persiakan nikmat yang diberikan tuhan hanya kerana terlalu obses untuk cantik dan pujian masyarakat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini 10 Petua yang anda boleh praktikkan untuk merawat mata yang rabun
1. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata
10. Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berat, bulan yang mengajar kita erti sebenar kesabaran, Ramadan al-Mubarak.
Pasda bulan puasa, kebiasaannya aktiviti fizikal juga akan menjadi lebih kurang terutamanya senaman. Namun anda yang aktif bersenam secara rutin mungkin tertanya-tanya adakah ia masih boleh dilakukan?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Ya, melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika diri sedang berpuasa sememangnya tidak semudah yang kita sangka. Akan tetapi ia boleh dilakukan jika anda mengikuti mengikuti panduan dan langkah yang baik. Senaman juga perlu diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Di antara salah satu satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa. Jadi bilakah waktu terbaik untuk melakukan senaman sepanjang berpuasa?
WAKTU TERBAIK
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
SENAMAN INTENSITI TINGGI
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Teruskan mengamal SOP dengan baik apabila bersenam di luar. Jaga jarak dengan baik dan pakai pelitup muka bila sudah selesai bersenam. Dan basuh tangan dengan kerap!