Makan pisang merupakan amalan yang baik terutamanya untuk yang orang berdiet. Malah khasiat buah pisang itu sendiri memang tidak perlu disoalkan.
Dengan mengamalkan makan pisang setiap pagi boleh membantu anda menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu.
Lebih menarik lagi, diet makan pisang ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk anda mendapatkan hasil yang diidamkan.
Diet makan pisang ini menjadi popular selepas Hitoshi Watanabe berkongsi tentang diet tersebut menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
BACA: Doktor Ini Kongsi, Nak Makan Pisang Dengan Cara Yang Sihat Kenalah Ada Ilmu!
Setiap pagi anda perlu makan pisang dan minum air pada suhu bilik. Anda tidak perlu catu makanan dan boleh makan apa sahaja yang anda mahukan sepanjang hari.
Selepas cubaan Watanabe gagal dalam menurunkan berat badan, Watanabe membuat keputusan untuk merekodkan setiap pengalaman diet yang telah dicubanya. Hasilnya ialah dengan melakukan “The Morning Banana Diet”.
Orang yang obesiti kebiasaannya akan dinasihatkan agar melakukan senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi tidak bagi Watanabe.
Sebaliknya Watanabe memutuskan satu penyelesaian yang mudah iaitu makan pisang dan minum segelas air pada waktu pagi. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan makan apa-apa sehingga makan tengah hari.
Pisang adalah buah-buahan yang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan, malah sangat sesuai untuk dijadikan menu utama untuk orang diet.
BACA: Gosok Kulit Pisang Pada Wajah, Rahsia Lelaki Ini Pudarkan Parut Jerawat & Bersihkan Kulit!
1. Tidak ada syarat yang ketat untuk anda ikuti, cukup sekadar anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Anda perlu minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme badan. Kemudian, tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih berasa lapar selepas 20 minit, makan pisang seterusnya. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah dan bukannya pisang goreng atau yang dimasak dengan cara yang lain.
3. Anda tidak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah selewat-lewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal kerana menurut kajian, tidur lewat boleh mengundang masalah obesiti.
4. Sepanjang tempoh mengamalkan diet makan pisang ini, anda boleh makan apa sahaja untuk makan tengah hari dan makan malam. Sekiranya anda berasa lapar di antara waktu makan, ambillah buah-buahan.
BACA: Selain Jaga Stamina, Makan Pisang Sebelum Bersenam Juga Bagus Untuk Elak Otot Kejang!