Buat anda yang mengikuti drama bersiri epik, ‘Game of Thrones’ yang telah melabuhkan tirainya baru-baru ini pasti kenal akan karakter yang diberi nama jolokan, The Mountain.
Menerusi drama bersiri paling popular pernah dihasilkan tersebut karakter pengawal kepada Ratu Cercei Lannister tersebut dilakonkan oleh Hafþór Júlíus Björnsson. Dengan ketinggian mencecah 2.06 meter dan berat 190 kilogram, dia juga merupakan seorang atlet strongman yang sangat popular.
Dilahirkan di Reykjavik, Iceland dia memulakan kariernya dalam bidang sukan dengan menyertai bola keranjang. Namun pada tahun 2010 dia mula berjinak-jinak dengan sukan strongman.
JUARA HEBAT STRONGEST MAN
Kekuatan luar biasa dimilikinya menyaksikan dia muncul sebagai juara Strongest Man Iceland untuk dua tahun berturut-turut ialah pada tahun 2010 dan 2011.
Kemuncak kariernya dalam sukan ‘orang kuat’ ini berlakau pada tahun 2014 apabila bergelar manusia terkuat di Eropah. Malah dia turut mengulangi kejayaan tersebut pada tahun 2015, 2017, 2018 dan 2019!
Ads
Membawakan watak paling digeruni menerusi drama epik hebat, ‘Game of Thrones’.
Peminat ‘Game of Thrones’ serta sukan orang kuat ini pasti tertanya-tanya apakah rejim diet yang diamalkan oleh atlet berprestasi luar biasa ini.
Hafþór Júlíus Björnsson pernah berkongsi diet hariannya kepada follower-nya di Facebook suatu ketika dahulu.
Secara dasarnya setiap hari dia mengambil jumlah makanan seberat 6 kilogram!
Ia termasuklah 1 kilogram makanan protein.
Ads
Ini merupakan senarai makanan yang dijadikan sebaai diet hariannya.
Untuk kesimbangan diet dia menggunakan 2:1:2, nisbah protein kepada lemak dan karbohidrat. Walaupun melebihkan makanan berprotein namun dia juga turut makan makanan berlemak yang menyihatkan pada kadar terkawal.
Antara makanan lain yang cukup penting diambilnya setiap hari inilah sayuran hijau bernutrien tinggi, buah-buahan dan makanan berserat.
Pendek kata diet ini merupakan satu diet yang tak masuk akal dan hanya sesuai untuk atlet sukan strong man sahaja.
Berikut merupakan contoh diet harian yang pernah dikongsikan oleh Hafþór Júlíus Björnsson.
Ads
CONTOH SENARAI DIET HARIAN
6:60 pagi – Workout pagi! Senaman kardio + core selama 30 minit. Glutamine dan almonds. 7:30 pagi – 8 biji telur + 200g oat dicampur bluberi, strawberi dan avocado 9:30 pagi – 400g daging lembu, 400g ubi keledek, sayuran bayam dan hijau lain 11.50 pagi – Bcaa, glutamine 12.00 tengahari – 400g ayam + 400g kentang, sayuran hijau dan buah-buahan 14.00 petang – makanan blender; 150g oat atau keledek, 2 biji pisang, 150g kellogs rice krispies, beri beku, kacang almond, mentega kacang dan glutamine 14:30 petang – latihan trongman Bcca, glutaminem Vitargo 17:30 petang – 60g protein + 2 biji pisang 18:00 petang – 500g daging lembu + kentang, sayuran 20:30 malam – 500g salmon + 500g keledek 22:30 – 50g protein kasein atau 6 biji telur + jus buah untuk lebih kalori
Sepanjang hari juga dia minum air dengan banyak. Kadangkala di waktu tengah malam akan ambil 50g protein kasein atau telur mentah.
Buat anda yang serius dan ekstrem dalam sukan strongman mungkin inilah diet yang boleh anda cuba. Ini memang betul-betul diet yang sungguh luar biasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perjalanan menurunkan berat bagi setiap individu adalah berbeza. Namun kaedah dan tabiat dalam pemakanan harian sebenarnya tidaklah jauh berbeza. Menukar tabiat pemakanan merupakan satu cabaran yang cukup besar bukan sahaja untuk anda yang ingin berdiet tetapi juga kepada orang lain secara amnya.
Lebih menarik jika tabiat baharu tersebut dapat membantu anda mengurangkan berat badan tanpa perlu mengikat perut atau berlapar!
Sebenarnya perkongsian kali ini bukanlah rahsia besar seperti ingin membuka kotak pandora. Tetapi ia lebih sekadar tabiat pemakanan yang lebih sihat dan juga baik bukan sahaja untuk badan malah kerohanian.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip dan tabiat yang boleh anda lakukan untuk turunkan berat badan tanpe perlu berlapar.
MINUM AIR KOSONG
Pada waktu makan dan di antara makan, minumlah air kosong untuk pastikan perut sedikit terisi, Jadi tidaklah anda berasa ingin makan secara berlebihan. Malah, air kosong juga baik untuk kesihatan terutamanya buat anda yang ingin kurus.
Jangan terlalu gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk kunyah lebih lama. Makanan yang dikunyah lebih lama mampu memperbaiki ia dapat ditelan dengan baik. Selain itu, kunyahan yang lama boleh memberi isyarat kepada otak bahawa anda telah makan dengan banyak sedangkan kuantitinya hanyalah sederhana.
Salah satu teknik yang baik untuk elak makan berlebihan ialah menggunakan pinggan yang lebih kecil. Jangan guna pinggan besar yang secara visualnya akan membuatkan makanan nampak lebih sikit. Sedangkan pinggan kecil memberikan imej sebaliknya.
HIDANGAN PROTEIN
Pastikan setiap hidangan makanan anda turut disertai oleh makanan berprotein. Ia penting dalam diet harian anda.
Mulakan dengan mekakan buah, salah atau sup sayur. Selain baik untuk kesihatan makanan jenis ini membantu anda untuk rasa lebih kenyang sebelum menjamah menu utama.
TINGGI SERAT
Makanan tinggi serat juga penting untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Lebihkan makan buah-buahan berbanding tabiat anda sebelum ini.
SEPARUH PINGGAN BUAH & SAYUR
Cara untuk elak anda makan nasi secara bnerlebihan ialah dengan pastikan ia terisi separuh dengan sayur atau buah-buahan. Usah ambil nasi atau karbohidrat secara berlebihan kerana itu akan buat anda makan lebih banyak daripada sepatutnya.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin meningkat usia anda, semakin cerah peluang anda untuk hilang ingatan atau lebih senang dengan panggilan nyanyuk! Nama saintifik yang digelar Alzheimer ini merupakan penyakit yang sering terjadi terhadap mereka yang berusia 40-60 tahun ke atas, atau mereka yang masih dalam usia 20an. Fakta menunjukkkan bahawa warga emas di Malaysia senang untuk diserang penyakit nyanyuk ini setelah usia meningkat tua. Terlupa dimana letaknya barang dalam jangka masa yang pendek antara perkara sinonim masyarakat Malaysia hari ini. Penyakit ini tidak datang dalam kalangan Melayu sahaja, namun bangsa lain juga akan turut menghadapi masalah ini jika senaman otak tidak dilakukan.
Otak selalunya hanya akan menyimpan 4 kegiatan terbaik yang sering anda buat, iaitu makan, berjalan, bercakap dan tidur. Perkara-perkara ini tidak mampu untuk mencabar minda anda, dan beberapa sel otak anda akan mula tidak aktif dan ini akan menjadikan otak anda lembab dan tidak cergas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mencergaskan kembali otak anda dan menjadikan anda sentiasa sihat dan kekal aktif.
Lebihkan berjalan dan bermain
Sentiasa aktif dalam kegiatan harian membantu membersihkan otak anda daripada serpihan protein yang dipanggil amiloid, yang dipercayai mengumpul dan menjadikan seseorang diserang Alzheimer. Tidak ada ubat yang boleh menurunkan amiloid, satu-satunya perkara yang kita tahu yang boleh melakukannya adalah senaman. Jika anda masih bekerja, senaman ringan dan keupayaan anda mengeluarkan idea baru akan membantu kecergasan minda anda. Kajian besar kajian mendapati bahawa orang aktif mempunyai risiko penurunan kognitif sebanyak 35 peratus daripada yang tidak aktif.
Jadi tunggu apa lagi? Jika anda sudah bersara, atau bekerja sendiri anda boleh menari di sekeliling dapur, bermain degan haiwan perliharaan, berdiri sambil scroll lama sosial media. Jika anda boleh bersenam tanpa sakit lutut dan masalah jantung yang melampau, ambil 20-30 minit untuk berjoging, Tabata dan senaman ringkas seperti squat, lunges, dan banyak lagi. Pergerakan ini dapat menguatkan minda anda disamping menguatkan jantung anda juga. Jika anda lakukan ini setiap hari anda dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Cabar fikiran anda
Salah satu cara yang paling kukuh untuk mengurangkan risiko Demensia ialah untuk mencabar otak anda sehingga menjadi lebih fleksibel. Tidak semestinya anda perlu menyelesaikan teka-teki silang. Anda boleh mencabar dengan melakukan aktiviti baru yang tak pernah anda buat sebelum ini agar minda anda dapat bekerja dan berhubung antara satu sama lain. Umpamanya, anda sedang memandu di sebatang jalan raya yang tiada perhubung jalan. Andaikata, jalan tersebut rosak di penghujungnya, pasti anda akan patah bailk bukan? Begitulah minda kita. Sama seperti anda menghadapi masalah untuk mengingati nama seseorang, minda akan seperti tersekat atas sebab sel-sel saraf anda tidak mampu untuk berfungsi, jika anda kerap melakukan aktiviti mencabar minda, penghubung jalan itu tetap akan wujud dan pasti anda akan temui nama yang anda lupa itu.
Banyakkan membaca untuk menghubung sel-sel dalam minda anda. Olah kembali topik yang disampaikan melalui pembacaan anda. Mengapa dan bagaimana harus menjadi soalan utama ketika membaca. Melalui senaman ini, otak anda akan berhubung dan pengetahuan anda juga akan meluas.
Tidur yang cukup
Minda anda juga memerlukan rehat secukupnya. Tidur merupakan faktor utama dalam memastikan minda anda sentiasa kekal sihat. Pakar menasihatkan agar anda terapkan rekaan menarik dan menenangkan dalam bilik tidur anda supaya tidur anda lena. Jauhkan telefon dari anda 30 minit sebelum anda masuk tidur, agar otak anda dapat berfungsi dengan baik. Jika anda sibuk dengan pekerjaan, mengambil power nap selama 30 minit sangat membantu. Seboleh-bolehnya siapkan semua pekerjaan anda dalam waktu bekerja, agar otak anda tidak tepu dan anda boleh berehat lama di rumah.
Makan secara bijak!
Maskulin tidak akan memberi anda makanan apa yang harus anda makan, sebaliknya anda harus mencari penyelesaian dalam mencari makanan apa yang sesuai untuk kesihatan minda. Barulah minda anda bekerja dan sel-sel boleh berhubung. Apa yang penting, makaan yang kaya dengan protein dan zat serta vitamin dapat membantu kekuatan otak dan dalam masa yang sama, kekal sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betik adalah buah yang baik untuk menambah pelan penurunan berat badan sebagai kalori yang rendah, penuh dengan nutrien, dan mempunyai serat makanan yang baik. Serat makanan akan membantu mengendalikan keinginan dan akan membuatkan anda berada dalam keadaan kenyang yang berpanjangan.
Nilai pemakanan betik per 100g:
Berapa kalori dalam betik – 43
Berapa banyak protein dalam betik – 0.5g
Berapa banyak karbohidrat dalam betik – 11g
Kandungan lemak betik – 0.3g
Betik sebagai fungi pencernaan
Betik mengandungi papain enzim protein yang boleh mencerna protein. Papain boleh menghancurkan serat protein dan boleh membantu penghadaman. Papain lebih banyak terdapat pada betik yang masih belum masak sepenuhnya. Papain digunakan sebagai makanan tambahan untuk memperoleh enzim pencernaan, serta ramuan makanan berdaging. Papain juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit, seperti senak dan cirit-birit kronik.
Betik boleh merawat kanser
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa betik beta karotena kaya melindungi kanser prostat dan pertumbuhan kanser kolon. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa diet kaya dengan lycopene yang mengandungi makanan boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat serta kanser lain.
Betik boleh mengawal kolesterol
Betik adalah sumber lycopene yang baik. Lycopene adalah antioksidan yang membantu menghalang kolesterol daripada mengoksida. Kolesterol teroksidasi menyumbang kepada penyempitan arteri. Kolesterol LDL yang beredar dalam darah terdedah kepada pengoksidaan. Terdapat 1828 mikrogram lycopene dalam 100 gram betik berbanding dengan 3041 mikrogram dalam 100 gram tomato yang dimasak. Tetapi lycopene dalam betik lebih banyak bioavailable daripada tomato.
Betik untuk rambut
Walaupun tidak ada bukti saintifik, namun dikatakan betik boleh memulihkan dari rambut anda terus nipis. Terdapat banyak juga produk rambut yang mengandungi ekstrak betik dan carian cepat akan memberikan pelbagai resipi menggunakan betik utnuk merawat rambut.
Betik dan strok
Kepekatan serum yang tinggi dari lycopene dikaitkan dengan penurunan risiko strok iskemia dan apa jua strok lain. Betik juga mengandungi bahan yang dipanggil fibrin yang membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan pembekuan. Arteri tersumbat boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Betik pada luka
Betik yang dilumat digunakan untuk lecuran dan luka pada kulit yang boleh penyembuh dan mencegah jangkitan. Para saintis Rusia telah mendapati bahawa antioksidan dan enzim semulajadi dalam buah betik betik dapat mempercepat penyembuhan luka lecuran dan parut. Betik mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karoten. Semua antioksidan ini menyumbang kepada pengurangan keradangan.
Papaya untuk kesihatan mata
Phytochemicals yang terdapat di betik boleh membantu mengekalkan penglihatan yang lebih baik pada orang tua. Fitokimia ini boleh membantu mencegah degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang mennapis cahaya gelombang biru bertenaga tinggi yang berbahaya. Karotenoid ini membantu melindungi dan mengekalkan sel-sel yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.