SUDAH DIET, TETAPI MASIH GAGAL. KENAPA?
Apabila kita mula berasa kenyang ia adalah disebabkan oleh kuantiti atau berapa banyak jumlah makanan yang dimakan. Rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori. Jika ambil makanan sedikit tetapi tidak mengawal jumlah kalori yang diambil, maka berat badan akan lebih cepat dan mudah naik. Kebanyakan pelan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.
Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk kesan yang baik, tingkatkan pengambilan sumber fiber dalam menu. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.
KEBAIKAN DIET FIBER TINGGI
Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.
Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.
Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).
Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa ‘overload’.
Selain itu, diet fiber ini juga membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.
CARA DIET FIBER SEPINGGAN PENUH