Diet Epal, Turun 2 Kg Seminggu

Share

Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

EPAL HIJAU  JUGA SANGAT EFEKTIF UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN,JIKA MAKAN SEBIJI EPAL YANG BERUKURAN SEDERHANA 15 MINIT SEBELUM MAKAN BOLEH MENGAWAL NAFSU MAKAN YANG TINGGI.

JADI APA ITU DIET EPAL HIJAU?

KELEBIHAN EPAL HIJAU

Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

MAKANAN TINGGI SERAT

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

KAYA DENGAN SUMBER MINERAL DAN VITAMIN

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau. 

 

CARA DIET EPAL HIJAU

( Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak 4 kilo dalam masa sebulan dengan diet ini. )


SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau

Lunch: Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur,  Nasi (sikit je tau) 

10 malam sebelum tidu : Jus Epal Hijau 

* MINUM AIR MASAK AL LEAST 3 LITER SATU HARI. ANDA AKAN MENGALAMI PENURUNAN 1 @ 2KG SEMINGGU.

 

Published by
Kim Rahim