Diet Bukan Bermaksud Kena Berlapar! Ikuti Tip Pemakanan Terbaik Untuk Kawal Berat Badan!

Share

Secara jujurnya apakah yang akan bermain di minda anda apabila terdengar perkataan ‘diet’. MASKULIN dapat rasakan ramai di antara anda beranggapan bahawa ia adalah perbuataan menahan lapar atau mengurangkan pemakanan dengan cukup signifikan.

Tapi tahukah anda maksud umum sebenar diet ialah merujuk kepada tabiat pemakanan. Diet tidak bermaksud menahan diri daripada makan dan berlapar. Ia membawa maksud tabiat pemakanan harian kita. Jadi tidak semestinya bila berdiet kita kena paksa diri untuk berlapar.

Eating salad photo created by karlyukav – www.freepik.com

Menerusi perkongsian dari influencer kesihatan bersama MASKULIN, Aiman Radzi mengatakan bahawa diet yang baik adalah satu rutin pemakanan yang meliputi pengambilan makanan secara seimbang.

Bila ditanya tentang ‘clean diet’, dia mengatakan bahawa diet tersebut bermaksud rutin pemakanan yang tiada gula, tiada minyak, rendah garam dan tiada campuran bahan luaran yang lain. Ia biasanya diamalkan oleh seseorang yang aktif membina badan dan juga model yang ingin mengekalkan bentuk badan.

Baginya, ‘clean diet’ bukanlah cara terbaik untuk diikuti oleh orang kebiasaan seperti kita kerana ia memerlukan disiplin luar biasa tinggi. Namun, rutin diet yang adalah mengikuti pola pengambilan makanan berdasarkan piramid yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ikuti penjelasan lanjut tentang diet terbaik menerusi video terbaik anda amalkan bagi melalui FIT JOURNEY yang lebih sihat!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim