Sesiapa saja boleh dipecat walaupun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Maka, kita harus sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapinya. Maskulin sebaraikan tip dan persediaan yang boleh anda gunakan untuk bangkit menangani kemelut ini.
1- JANGAN GELABAH
Pastinya kehilangan kerja ibarat satu igauan ngeri. Semuanya kelihatan gelap di mana anda. Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah untuk tidak panik mahupun gelabah. Elakkan mainan emosi menguasai pendirian dan stabiliti minda anda, kerana ianya hanya akan memudaratkan. Ambil masa untuk tenangkan diri. Sekiranya anda kusut, lagi sukar untuk anda berhadapan dengan krisis ini.
2- AJUKAN SOALAN
Sekiranya anda dipecat secara tiba-tiba tanpa notis atau sebagainya, anda wajar untuk bertanyakan soalan. Yang pasti, ianya adalah hak anda untuk mengetahui punca dan seterusnya mengenai status anda. Jangan terus keluar dari pintu pejabat. Pergilah ke jabatan sumber manusia dan selidiki mengenai gaji, rujukan, faedah, insuran serta apa saja yang melibatkan post-pemecatan anda ini.
Ads
3- CUBA BERUNDING
Ini adalah langkah yang boleh anda ambil sekiranya anda masih menyayangi tempat kerja anda itu. Sekiranya jabatan anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan staf, maka anda boleh melakukan rundingan untuk diletakkan di jabatan yang lain buat sementara waktu. Sekiranya layak, ambil masa ini untuk menimbang pilihan lain pula di masa hadapan.
4- KURANGKAN PERBELANJAAN ANDA
Soal bajet antara yang paling anda gusarkan tatkala menhadapi kemelut ini. Anggarkan jika anda tidak memiliki pekerjaan dalam masa terdekat ini, maka kritikalnya untuk anda melihat kembali kedudukan kewangan anda dan cubalah untuk berjimat. Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan. Kurangkan perbelanjaan dan cubalah untuk menyimpan. Ini bagi mengelakkan pihak bank memburu anda sekiranya anda tidak mampu membayar bil dan pinjaman yang tertangguh.
Ads
5- TUNTUT HAK ANDA
Sekiranya anda dibuang kerja bukan kerana kesalahan anda, anda wajib untuk menuntuk hak anda iaitu berupa pampasan yang selayaknya diberikan kepada anda. Hubungi pihak-pihak tertentu berkaitan isu legal mengenai pemecatan anda ini dan cuba lindungi hak anda sebagai pekerja. Jangan sesekali biarkan majikan mengambil kesempatan terhadap anda.
6- GET YOUR RESUME READY!
Ads
Sebaik saja anda mendapati jangka hayat tidak lama di bawah majikan anda, tiada lain yang lebih penting melainkan untuk memperbaharui resume serta cv anda. Asah semula setiap butir-butir peribadi serta pengalaman anda bekerja di bawah majikan tersebut.
7- KEKALKAN PERHUBUNGAN
Ini merupakan tabiat yang sewajarnya diamalkan. Sekiranya anda diberhentikan secara tiba-tiba, ini tidak bermaksud anda perlu menghentikan perhubungan baik anda dengan rakan sekerja mahupun klien-klien anda. Perhubungan yang erat ini sebenarnya dapat membantu membuka peluang-peluang baru kepada anda sekiranya anda amat memerlukan pekerjaan.
8- NIKMATINYA
Bukanlah anda disaran untuk menikmati ‘masalah’ yang melanda ini, cuma ini mungkin masanya untuk anda kembali mencari laluan baru masa depan kerjaya anda. Sekiranya anda punya simpanan, pergilah bercuti tenangkan fikiran ataupun habiskan masa bersama keluarga tercinta. Tapi janganlah terlalu lama. Ingat, anda bukan berseorangan. Ramai sudah membuktikan kejayaan walaupun sudah dipecat beberapa kali. Positifkan diri, perbaiki diri dan percaya diri akan mendapat kerjaya yang lebih sesuai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percaya atau tidak, golongan suami pun tidak keruan apabila isterinya mengandung, Rasa pedih ulu hati, kepenatan dan tidak boleh tidur malam itu adalah perkara biasa.
2.Muntah-muntah
Ada sesetengah suami pun ikut sama apabila isterinya muntah-muntah. Relaks brader. Ini mungkin disebabkan stres.
3. ‘Mood swings’
Jika untuk isteri, ‘mood swings’ ini selalunya datang menjengah antara minggu keenam dan kesepuluh kehamilan disebabkan hormon, ‘mood swings’ suami pula selalunya datang apabila dia stres.
4. Hubungan intim
Perubahan pada tubuh isteri ketika kehamilan boleh memberi beberapa kesan kepada suami. Ada yang menerima baik dan teruja dengan perubahan-perubahan sementara ini, tapi ada juga yang sedikit takut-takut. Mungkin kerana perubahan tubuh isteri itu mengingatkan anda kepada tanggungjawab yang makin besar kelak.
5: Pertambahan berat
Ada kemungkinan disebabkan anda selalu teman isteri anda makan, atau mungkin juga jika anda sedang stres, hormon badan anda tidak pada kadar normal dan menyebabkan badan anda menyangka anda sedang lapar walaupun anda sebenarnya tidak.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BEIJING – Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit koronavirus (Covid-19) dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.
Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang pada sidang akhbar di Beijing hari ini.
Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.
Sementara itu, China mampu mencegah penularan wabak Covid-19 import menerusi kaedah ‘tiga benteng pertahanan’, ketika semakin banyak kes berkenaan dilaporkan di negara ini, kata pakar perubatan hari ini.
Pentadbiran kastam menjadi benteng hadapan mengenal pasti pesakit import menerusi ujian suhu badan dan memeriksa rekod 40 hari perjalanan penumpang, lapor agensi berita Xinhua.
Pakar wabak penyakit berjangkit, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wu Zunyou berkata, benteng kedua pula, memastikan mereka yang memasuki negara itu dikuarantin selama 14 hari meliputi tempoh inkubasi virus, selang masa antara jangkitan dan tempoh pembentukan gejala.
Wu berkata, mereka yang menunjukkan gejala Covid-19 perlu dihantar ke hospital yang khas untuk mendapat rawatan.
Kakitangan perubatan berpengalaman pula dikhaskan menangani kemungkinan kewujudan pesakit Covid-19 iaitu kumpulan pesakit yang gagal dikesan pada dua saringan terdahulu.
Katanya, tiada kes import dikenal pasti pada benteng pertahanan ketiga dan yang terakhir itu setakat ini.
China melaporkan 74 kes Covid-19 import diikuti 427 kes import menjelang akhir Isnin. – Bernama
Penyampai radio Anas Tahir meluahkan rasa sedih apabila segelintir jemaah masjid menyifatkan tindakan orang luar yang hadir ke masjid dan duduk di saf barisan pertama sebagai kurang beradab dan mempersoalkan akhlak mereka.
Menerusi sebuah hantaran di laman media sosialnya, Anas Tahir menceritakan pengalamannya terdengar perbualan beberapa orang jemaah masjid yang membincangkan isu saf pertama itu tanpa menyedari kehadirannya.
“Kau datang tempat orang, kau duduk saf depan. Dekat situ dah tunjuk dah akhlak kau dekat mana,” demikian kata-kata jemaah masjid berkenaan yang didengari Anas.
Anas mengakui yang dia tidak menyangka ayat sebegitu boleh keluar dari mulut seorang jemaah masjid.
“Sedihlah. Macam mana dia boleh cakap kita tak boleh duduk saf pertama itu ya?” persoal Anas.
“Mungkin dia nak sembang dengan kawan-kawan dia sahaja. Tapi dia tak perasan saya sendiri ada dekat tempat makan itu,” tambah Anas.
@aanastahirrApa komen korang? Saya bukan nk cerita pasal rapat saf tu… Ikut korang lah.. nak jarak sampai 30km pon.. tapi yang ni…mmm.. terpaling rapat dgn Allah kot.. mmmm yeah Sorry la.. byk plak tersembur ckp sorg2 ni 🤣🤣♬ original sound – Anas Tahir
Hadir Berjemaah Kerana Allah, Bukan Makhluk
Oleh kerana itu, Anas tidak menafikan yang timbul rasa tawar hati untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan lagi.
Namun Anas menguatkan semangatnya apabila teringat kata-kata seorang maulana tabligh yang berpesan agar perbetulkan niat hadir ke masjid kerana Allah, bukan kerana makhluk.
“Kalau awak hadir sembahyang jemaah di masjid kerana makhluk, memang awak akan tinggalkan. Awak tak pergi dah masjid itu sebab ditegur oleh makhluk
“tapi kalau awak pergi kerana Allah, awak akan teruskan. Insya-Allah,” demikian pesanan yang dipegang Anas.
Terdahulu, Anas pernah berkongsi satu video menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang remaja dikasari oleh seorang lelaki berusia selepas selesai solat berjemaah.
Perkara itu berlaku hanya gara-gara kaki remaja itu menyentuh kaki lelaki itu sebagai cara untuk merapatkan saf.
Tanpa sempat mengikuti wirid selepas solat, remaja itu dicekak dari belakang oleh lelaki itu, demikian menurut perkongsian Anas sebelum ini.