Shahidan Mahamad ketika menceritakan kembali kisah dirinya melalui laman Facebook berkata, sejak kecil beliau sering dihina malah pernah satu ketika dirinya dipukul dan di sisihkan oleh rakan-rakan sekelas.
“(Ketika sekolah rendah) kawan-kawan marah katanya tak nak kawan sebab lembut macam pondan, disebabkan itu Shah terus berlari balik rumah dan menangis atas buaian besi tapi depan mak ayah Shah tak nak tunjuk (sedih) dan cepat-cepat berhenti menangis.
“Masa sekolah agama pun ada juga Shah kena buli hingga (pernah satu ketika) sanggup nak bagi duit saku semata-mata nak elak diorang buli (kerana) Shah takut nak lawan sebab bila balik nanti memang kena marah la dengan mak ayah.
“Shah pernah kena letak mercun dalam seluar dan mercun tu meletup dalam seluar (hinggakan) Shah (terpaksa) lari balik umah (kerana) betul-betul tak kuat dah masa tu, Shah sujud pada Allah minta Allah kuatkan Shah,” ujarnya.
Menurut Shahidan selepas kematian ibunya, dirinya pernah cuba untuk berubah menjadi lelaki sejati dengan mendekati diri kepada tuhan namun sikap dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya menyebabkan dia kembali menjadi ‘lembut’.
“Ujian Shah rupanya ada lagi mencabar, di saat Shah berubah alim ada hamba Allah menegur cara Shah laungkan Azan (kerana) katanya terlalu lembut (dan) kena keras sikit (tapi) yang buat Shah malu sebab teguran (dilakukan) dikhayalak ramai.
“Insiden lain pula, ketika Shah tolong mengangkat dulang ketika majlis tahlil di masjid, ada seorang hamba Allah ini menegur Shah “amboi lembutnya jalan” (disebabkan itu) ramai yang dalam masjid itu ketawakan Shah tapi Shah masih lagi bersabar.
“(Namun) saat paling Shah tak kuat (apabila) ada dikalangan mereka sudah berani meraba-raba dan peluk Shah dari belakang (disebabkan) itu selepas solat Isyak, Shah mengangis mohon ampun pada Allah (sebab) dah tak kuat untuk (solat) berjemaah lagi dan tak akan jejak lagi kaki di masjid tersebutdan (disebabkan peristiwa tersebut) Shah kembali pada asal balik (menjadi lembut),” ujarnya pula.
Walaupun pelbagai cabaran yang dilalui, namun hasrat Shahidan untuk berubah tetap kuat ditambah dengan sokongan moral dari rakan-rakan sekerja beliau akhirnya menyahut cabaran untuk menjadi lelaki sebenar.
“Seiring dengan semua itu Shah mula aktif bersenam dan mengelak dari memakan makanan tak sihat serta mengamalkan minum air masak banyak-banyak.
“Bukan perkara yang mudah untuk golongan macam Shah nak bangun dari kelemahan dan capai sesuatu yang terbaik pada masa akan datang (kerana) kalau salah telunjuk maka hanyutlah, kalau benar cara nasihat maka eloklah,” katanya lagi.
Bagaimanapun menurut Shahidan walaupun dia akhirnya berjaya berubah, namun masih ada dikalangan masyarakat yang terus menghinanya.
Malah ada yang berkata sekiranya mempunyai jodoh kelak, perkahwinannya akan musnah namun beliau tekad untuk terus cekal menghadapi hari-hari mendatang.
SUMBER : suara.tv
SUMBER GAMBAR : FACEBOOK : SHAHIDAN MAHAMAD