Saddam Pittli, salah seorang peserta program realiti “Who’s Your Bro” (WYB), meluahkan perasaannya apabila dianggap sebagai peserta favorite oleh ramai penonton.
“Bila tahu saya ni favorite, saya terasa happy la juga. Dalam ramai-ramai peserta, kita jadi tumpuan. Tapi, dalam masa yang sama agak tertekan juga,” katanya.
Menurut Saddam, gelaran tersebut memberi tanggungjawab besar untuk sentiasa menunjukkan prestasi terbaik dalam setiap cabaran.
Sebagai seorang atlet, tekanan ini turut mendorongnya untuk kekal kompetitif.
“Saya ni jenis tak nak kalah. Setiap kali habis challenge, saya akan terus berlatih. Walaupun tak tahu apa cabaran akan datang, saya fokus kekalkan fitness dan strength,” tambahnya.
Strategi untuk Cabaran Bomba Episod Keenam
Dalam episod keenam yang menampilkan cabaran bomba, Saddam menjelaskan bahawa persediaan adalah kunci untuk menghadapi tugas mencabar itu.
“Kami baru tahu cabaran bomba pada hari kejadian. Tapi saya dah boleh agak, pernafasan adalah perkara paling penting. Saya pastikan diri sentiasa rileks supaya tak rasa panik,” jelasnya.
Ads
Saddam turut menegaskan bahawa cabaran bomba bukan mudah untuk diselesaikan.
Namun, dia beruntung kerana memiliki imuniti selepas memenangi episod kelima (King The Hill).
Imuniti ini memberikan kelebihan mental untuk kekal fokus dan bertenang sepanjang cabaran.
Kekal Fokus di Sebalik Harapan Penonton
Sebagai peserta yang sering menjadi perhatian, Saddam mengakui menerima pelbagai tanggapan dari penonton.
Ads
“Ada yang tak suka saya, kata saya bajet kuat, sombong dan macam-macam lagi. Tapi saya tak marah, malah ketawa bila dengar semua tu,” ujarnya dengan santai.
Walaupun menerima kritikan, Saddam melihatnya sebagai motivasi untuk terus memberikan yang terbaik.
“Saya atlet profesional, jadi saya dah biasa kawal banyak benda. Kata-kata negatif tak memberi kesan pada saya, malah buat saya lebih bersemangat untuk kekalkan momentum dalam setiap episod,” katanya.
Saddam juga sempat menepis salah faham tentang dirinya.
“Saya bukan jenis sombong. Tak kenal maka tak cinta,” ujarnya sambil ketawa.
Baginya, fokus dan keyakinan diri adalah kunci untuk terus cemerlang dalam program ini.
Sebagai peserta yang dianggap favorite, Saddam membuktikan bahawa gelaran tersebut bukanlah beban, tetapi cabaran yang menjadikannya lebih bersemangat.
Kecekalan dan sikap positifnya bukan sahaja menginspirasi, malah memberi gambaran bahawa kegigihan adalah kunci kejayaan dalam apa jua cabaran.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Dalam detik mencabar semasa episod ke-8 Who’s Your Bro, Chee Wai menunjukkan peranan besar sebagai rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan kepada Nad.
Ketika Nad jatuh dari halangan ‘warped wall’ dan mengalami kecederaan serius pada tangan kanannya, Chee Wai pantas bertindak membantu.
“Saya cuba yang terbaik untuk tolak kaki dia ke atas sebab tangan kanan dia dah tak boleh tarik sendiri,” kata Chee Wai.
Selain bantuan fizikal, Chee Wai juga memberikan motivasi kepada Nad, memuji ketabahan dan keupayaannya.
“Saya rasa sangat mengagumkan dia boleh habiskan cabaran itu. Tak ramai bodybuilder pun yang boleh buat perkara yang sama,” tambahnya.
Sokongan moral seperti ini menjadi pendorong utama bagi Nad untuk terus berjuang walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.
Bersedia Menghadapi Cabaran Baru Bersama
Selepas cabaran tersebut, fokus utama Chee Wai dan Nad adalah untuk memulihkan kecederaan masing-masing sebelum menghadapi episod seterusnya.
Chee Wai sendiri mengalami kecederaan bahu ketika membantu Nad mendaki ‘warped wall’, menjadikan persiapan mereka lebih mencabar.
“Selepas cabaran ini, semuanya tentang recovery untuk tangan Nad dan bahu saya,” jelas Chee Wai.
Mereka hanya dapat berharap agar episod seterusnya menawarkan cabaran yang lebih sesuai dengan kekuatan mereka.
Pengajaran Dari Cabaran
Bagi Chee Wai, menghadapi cabaran besar bersama Nad bukan sahaja menguji fizikal tetapi juga memberikan pelajaran berharga tentang diri sendiri.
“Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan pasukan, tetapi saya juga sedar ada perkara yang di luar kawalan saya,” kata Chee Wai.
Dia belajar untuk menerima takdir, melepaskan kegagalan dan terus fokus kepada cabaran seterusnya.
Sikap ini mencerminkan ketabahan seorang individu yang memahami bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi juga usaha dan pengorbanan sepanjang perjalanan.
Dengan semangat juang yang tinggi, Chee Wai dan Nad bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang bakal mendatang.
Kecekalan mereka dalam mengatasi kesukaran bersama menjadi inspirasi kepada penonton bahawa kekuatan sejati bukan sahaja datang daripada fizikal, tetapi juga daripada sokongan dan kerjasama yang tulus antara rakan sepasukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketegangan Dalam Episod 9: Perselisihan Ketika Triathlon
Dalam episod 9, perjalanan Ikmal dan Hakimi sebagai duo diuji dengan cabaran triathlon.
Hakimi, yang bersikap kompetitif dalam permainan, terlalu fokus untuk mengelakkan penyingkiran sehingga mengabaikan keadaan Ikmal yang masih berada di belakang.
“Aku seorang yang kompetitif in-game, sampai kadang-kadang aku terlupa objektif sebenarnya. Aku terlupa yang Ikmal masih di belakang ketika episod 9 iaitu cabaran triathlon. Time tu aku tak fikir, apa yang dalam kepala otak aku adalah aku tak nak masuk elimination. So semua benda aku lupa, chemistry lupa, jadi hancur.” – Hakimi
Sikap agresif Hakimi dalam cabaran itu menyebabkan Ikmal berada dalam tekanan yang tinggi, hingga mempengaruhi prestasinya.
“Hakimi tak tahu kondisi aku, dan aku pun tak tahu kondisi dia pada waktu itu. Memang pace Hakimi agak laju dan dia keep on pushing aku untuk laju juga.” – Ikmal
Tekanan yang diberikan Hakimi menjejaskan fokus Ikmal, menyebabkan dia cemas dan sukar mengawal pernafasan.
“Kau tahu yang aku tak suka bekerja dalam keadaan tekanan. Bila aku dalam tekanan, aku akan cemas, nafas tak teratur dan fikir macam-macam.” – Ikmal Amry
Ketegangan antara mereka jelas kelihatan, di mana Hakimi mengutamakan dirinya sendiri dan meninggalkan Ikmal di belakang.
Melihat situasi ini, Ikmal akhirnya memberi teguran kepada Hakimi kerana terlalu obses dengan kemenangan dan mengabaikan chemistry yang telah dibina selama lapan minggu.
“Aku nak tegur sikit Kimi dekat sini. Selama aku lapan minggu kerja dengan kau, hari ini aku tak selesa sikit kerja dengan kau, jujur aku cakap. Disebabkan kau terlalu eager nak menang, kau tinggal chemistry macam tu je.” – Ikmal
Momen Kebangkitan Ikmal & Hakimi
Ketegangan mereka berlanjutan sehingga pusingan penyingkiran, di mana mereka berdepan dengan pasukan Nad dan Chee Wai dalam cabaran Spear Throw Challenge.
Namun, nasib menyebelahi mereka apabila Ikmal berjaya menjatuhkan pasir guni dalam pusingan penyingkiran, membolehkan mereka mara ke final.
Perjuangan mereka dari awal hingga ke tahap ini menunjukkan daya tahan dan kesungguhan yang luar biasa.
Dalam episod final, mereka diuji dengan pusingan awal yang terdiri daripada tujuh halangan sebelum berdepan dengan cabaran terakhir iaitu menarik kereta melawan pasukan Saddam dan Dr. Shazif.
Siapa sangka, daripada duo yang mengalami konflik dan hampir kehilangan chemistry, akhirnya mereka membuktikan kekuatan brotherhood sebenar dengan meraih gelaran juara Who’s Your Bro.
Mereka bukan sahaja membuktikan bahawa keserasian boleh dibina semula, tetapi juga bahawa persahabatan yang kukuh mampu mengatasi apa jua cabaran.
Perjalanan Ikmal dan Hakimi dari episod 2 hingga final menjadi bukti bahawa brotherhood sejati bukanlah tentang siapa yang lebih kuat, tetapi siapa yang mampu bertahan bersama hingga ke akhirnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Episod lima dalam Who’s Your Bro (WYB) mencabar peserta dengan halangan yang bukan hanya menguji ketahanan fizikal, tetapi juga keupayaan mental dan kerjasama antara pasangan.
Salah seorang peserta yang berjaya melalui cabaran sukar ini adalah Ikmal Amry, yang telah memberi pandangan mendalam tentang bagaimana dia menghadapinya bersama Dr. Shazif, pasangan bro dalam episod tersebut.
Cabaran yang Menguji Ketahanan Fizikal dan Mental
Bagi Ikmal, Episod lima adalah antara yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam Who’s Your Bro.
Menurutnya, cabaran kali ini bukan hanya sekadar kekuatan fizikal tetapi lebih kepada kemampuan untuk berkolaborasi dan mengenali brosnya serta bagaimana membina ‘chemistry’ yang kuat antara satu sama lain.
“Cabaran ni memberi ruang untuk aku mengenal ‘bro’ baru. Bukan sahaja menguji ketahanan fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada bagaimana kau mencari ‘chemistry’ dan melengkapkan antara satu sama lain,” katanya.
Ikmal juga menambah bahawa cabaran ini menguji ketahanan mental dan fizikal mereka sebagai pasangan.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan dalam situasi yang memerlukan kerjasama yang tinggi, mereka perlu mencari cara untuk saling menyokong dan menyesuaikan diri.
‘Chemistry’ Bersama Dr. Shazif, Belajar Mengawal Emosi
Berbicara tentang pasangan brosnya, Dr. Shazif, Ikmal berkata bahawa dia merasa sangat bertuah kerana dipasangkan dengan seseorang yang sudah berpengalaman dalam menghadapi cabaran.
Sebelum ini, Ikmal pernah menyatakan hasrat untuk dipasangkan dengan bro yang sudah berkahwin dan dia melihat keberuntungan itu apabila mendapat peluang berpasangan dengan Dr. Shazif.
“Dulu aku pernah cakap masa interview, aku nak bro yang dah berkahwin dan dapat rezeki pair dengan Dr. Shazif. Banyak benda yang aku belajar antaranya kawal emosi time tengah mental. Dr. Shazif ni banyak ajar aku macam mana nak handle emosi dalam keadaan ‘intense’. So, dekat situ banyak la kitorang improve each other,” tambah Ikmal.
Ikmal memuji Dr. Shazif kerana kesabarannya dalam mengawal emosi sepanjang cabaran yang ‘intense’.
Kesan Cabaran pada Tangan dan Persediaan untuk Cabaran Seterusnya
Di penghujung cabaran, Ikmal mengalami kecederaan kecil apabila tangannya melecet.
Walaupun rasa kecewa kerana tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan, dia tetap positif dan melihatnya sebagai satu pengalaman yang berharga.
“Maybe after this aku kena lebih berhati-hati dan well-prepared untuk cabaran yang akan datang. So, conclusion aku banyak belajar daripada episod ini,” ujar Ikmal mengenai pengalamannya.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.