Perkongsian dari website Root Of Science mengenai penjualan mesin air RO yang sering kali menggunakan sains dalam jualan produk mereka.
Mesti ramai daripada anda semua pernah berjumpa dengan penjual mesin air jenis Reverse Osmosis(RO. Mesti anda pernah juga melihat mereka melakukan demo di hadapan anda untuk menunjukkan beza di antara air biasa dan juga air RO daripada mesin mereka. Ada beberapa cara yang mereka ingin tonjolkan kepada anda agar anda percaya bahawa air Reverse Osmosis benar-benar lebih bagus daripada air yang lain.
APA ITU AIR RO
Air Reverse Osmosis adalah air yang benar-benar tulen. Bermaksud tiadanya molekul ataupun ion lain yang terdapat di dalam air tersebut. Air ini terhasil daripada satu proses yang dinamakan sebagai reverse osmosis. Di mana air paip akan melalui satu lapisan membrane yang separa telap (semi permeable) yang hanya akan memberi laluan kepada molekul air sahaja. Ion ataupun molekul yang lebih besar daripada air akan tersekat pada membarne tersebut. Hasilnya adalah air yang benar-benar tulen dan tidak akan ada sebarang molekul ataupun kompoun lain di dalam air tersebut.
2 kaedah yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Kedua-dua kaedah ini menggunakan reaksi kimia agar perubahan dapat dihasilkan pada air
1) MENGGUNAKAN CECAIR POTASSIUM IODIDE
Penjual akan menunjukkan dua jenis air iaitu satu air paip dan satu lagi air RO. Selepas itu dia akan titiskan cecair jernih daripada satu botol kecil ke dalam kedua-dua bekas tersebut.
Ads
Bekas yang mempunyai air RO tidak berlaku sebarang perubahan apabila cecair drpd botol kecil itu dititiskan.
Manakala bekas yang mempunyai air paip pula warnanya akan berubah kepada warna kuning keperangan.
Selepas itu, penjual itu akan menyatakan warna kuning keperangan inilah kekotoran yang berada di dalam air tersebut. Inilah yang akan mendatangkan penyakit ke atas badan.
Berlainan pula dengan air RO yang tiada sebarang perubahan langsung. Air ini sangat bersih dan bagus untuk kesihatan tambah penjual mesin RO
PENJELASAN
Bila keadaan ini berlaku di hadapan mata saya, seolah-olah macam tak percaya. Tetapi ingat balik semula yang cikgu-cikgu sekolah pernah ajar. Segala ilmu kimia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Jadual berkala unsur, kumpulan halogen yang berada di dalam jadual tersebut dan juga bab electronegativity semuanya menancap masuk ke dalam otak.
Ads
“Satu kompound yang boleh bertindak balas dengan chlorine di dalam air paip. Ianya dipanggil sebagai potassium iodide. Terus saya ambil botol kecil tersebut drpd penjual itu dan melihat pada kandungannya. Benar telahan saya, ianya potassium iodide.
Disebabkan chlorine merupakan unsur yang terletak lebih atas dalam jadual berkala unsur, maka kekuatan electronegativitynya(kekuatan menarik elektron) lebih kuat berbanding unsur iodine(ataupun ion iodide dalam kes ini. Maka, ion iodide akan mendermakan elektronnya kepada atom chlorine menukarkan Ion iodide kepada unsur iodine yang berwarna kuning keperangan.
Disebabkan reaksi ini, iodine akan terhasil dan akan mewarnakan air paip itu kepada warna perang. Ujian ini hanya menunjukkan bahawa wujudnya chlorine dalam air paip itu. Bukan pula menunjukkan air paip itu kotor, tidak elok dan sebagainya. Chlorine yang digunakan dalam air paip juga telah diletakkan pada tahap paling minimum yang sesuai utk setiap manusia. Ia digunakan untuk membunuh majoriti bakteria dalam air paip yang selalu kita minum.”
2) MENGGUNAKAN PROSES ELEKTROLISIS
Penjual akan memasukkan 2 Rod besi ke dalam air paip dan juga 2 rod besi ke dalam air RO. Keempat-empat rod ini akan bersambungan dengan punca elektrik.
Ads
Ketika arus elektrik dibuka kelihatan tiada reaksi yang berlaku di dalam air RO. Manakala pada rod besi dalam air paip pula berlakunya tindak balas kimia yang dicetuskan oleh arus elektrik itu. Rod besi yang mewakili anode akan menghasilkan gas dan yang mewakili cathode pula seolah-olah mengeluarkan bendasing berwarna kuning keperangan.
Setelah dibiarkan beberapa minit, keseluruhan air paip itu akan bertukar menjadi warna perang pekat dan penjual mesin RO akan mengatakan inilah bukti bahawa air paip mempunyai banyak benda yang kotor di dalamnya. Malah mereka juga menggunakan air mineral dan mendapati keputusan yang sama. Iaitu air akan menjadi kotor.
PENJELASAN
“Tindak balas ini sebenarnya dinamakan sebagai elektrolisis. Ia boleh berlaku dalam air paip ataupun air mineral disebabkan kehadiran garam mineral(ion) yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Berbanding dengan air RO, ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik kerana ketiadaan garam mineral ini. Ini menyebabkan tiada tindak balas kimia yang berlaku dalam air RO
Ketika mana arus elektrik dialirkan dalam air paip, maka besi pada rod cathode akan dioksidakan menjadi Ferum 3+ yang berwana coklat keperangan. Oleh sebab itu, ianya akan menukarkan air paip itu menjadi warna perang apabila dibiarkan lama.
Proses ini bukanlah menunjukkan air paip ataupun air mineral itu kotor. Ia hanya menunjukkan kehadiran mineral dalam air tersebut yang membenarkan arus elektrik berjalan dan tindak balas kimia boleh berlaku. Ia langsung tidak menunjukkan air tersebut kotor.
Cara demo seperti ini hanya memberi salah faham terhadap tindak balas kimia yang berlaku. Apa2 yang dikatakan oleh penjual air RO tersebut langsung tiada kaitan dgn reaksi kimia itu. Mereka hanya menggunakan sains untuk menarik pelanggan untuk membeli mesin mereka.”
SUMBER : ROOT OF SCIENCE
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?
Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.
Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda.
Memahami kesan calar ringan
Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.
Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat ‘clear’ atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.
Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula.
Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah.
Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air sabun basuh kereta
Salotape
Krim polish
Wax
Kain fiber
kertas pasir 3000 grit & 5000 grit
5 Langkah Untuk Hilangkan Kesan Calar Ringan
1 – Gunakan air sabun & kain fiber untuk membasuh kesan calar itu supaya bebas dari habuk & pasir
2 – Gunakan salotape untuk tandakan kawasan yang perlu diratakan.
3 – Gosok kesan calar itu menggunakan kertas pasir 3000 grit dahulu. Kemudian besarkan kawasan salotape dan gosok semula menggunakan kertas pasir grit 5000.
Note: jika kesan calar anda tidak dalam, anda boleh terus guna kertas pasir grit 5000.
4 – Polish kawasan yang telah digosokkan tadi menggunakan krim polish
5 – Gosokkan wax sebagai lapisan perlindungan.
Itu sahaja, selepas selesai, kereta anda akan berkilat seperti asal kembali. :-).
Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih ‘clear’ dan mendapat hasil yang sempurna.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
4 jenis makanan yang membuatkan anda mudah menjadi gemuk. Bukanlah bermaksud segala makanan ini tidak boleh dimakan langsung, tetapi pastikan anda mengambilnya dalam kuantiti yang memadai dan kenalpasti jumlah kalori yang anda perlu bakar selepas itu.
1. Roti Putih
Roti boleh disifatkan sebagai makanan lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Hakikatnya, roti putih tidaklah mengandungi khasiat nutrisi yang banyak pun. Roti putih juga mempunyai banyak gula dan tidak mengenyangkan, sebab itulah mereka yang makan roti akan berasa cepat lapar dan mula mengunyah makanan lain beberapa jam kemudian.
Sebaiknya, anda kurangkan makan roti putih dan mula mengambil ‘whole wheat bread’ ataupun ‘whole grain’ kerana kedua-dua roti ini adalah baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti contoh, roti whole bread mempunyai banyak sumber gamma-oryzanol yang dapat mengurangkan tahap kolestrol apabila diambil dengan kerap.
2. Makanan Bergoreng
Kita semua tahu bahawa makanan yang bergoreng adalah tidak sihat dan perlu dielakkan. Selain mudah menggemukkan, makan bergoreng juga mengandungi kandungan nutrisi yang sedikit. Lazimnya, makanan bergoreng mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan strok.
Sangat dicadangkan kepada anda supaya menggunakan alternatif lain selain menggoreng lauk yang ingin dimakan. Anda boleh menyediakannya dalam bentuk hidangan sup, secara kukus ataupun memanggangnya di dalam ketuhar.
3. Minuman Ringan
Sebarang minuman ringan ataupun minuman berkarbonat perlulah dijauhi kerana mengandungi jumlah gula yang tersangat banyak dan perisa tiruan daripada bahan kimia.
Perisa tiruan sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menjurus kepada pertambahan berat badan dan juga sakit sendi, masalah penghadaman, kemurungan, sakit kepala, kanser, penyakit otak dan bermacam-macam lagi.
Minuman yang terbaik bagi tubuh anda tidak lain tidak bukan adalah air masak. Pastikan anda minum air masak dengan kerap setiap hari.
4. Nasi Putih
Mesti ramai yang tidak percaya bahawa nasi putih adalah salah satu jenis makanan membuatkan anda menjadi mudah gemuk. Ya, nampak pelik tetapi itulah realitinya. Nasi sudah menjadi makanan ruji bagi penduduk Asia, terutamanya di Malaysia.
Bila menyebut tentang nasi, ramai yang salah faham dengan konsep pengambilan nasi. Nasi sebagai karbohidrat membekalkan sumber tenaga yang banyak kepada badan. Akan tetapi, tenaga yang tidak digunakan akan menjadi lemak lalu menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan.
Sebab itulah jika anda rujuk kepada pakar-pakar nutrisi, mereka sangat menyarakan anda supaya mengambil nasi lebih kurang sesenduk sahaja (satu pertiga pinggan). Dua pertiga pinggan lagi dipenuhkan dengan sayur dan juga sumber protein (ikan, telur, ayam, daging, etc).
Antara contoh kuantiti nasi dan lauk yang ideal.
Tetapi orang kita makan nasi macam lupa dunia. Kadang kala ambil nasi sampai separuh pinggan. Lagi parah, selepas makan, mereka langsung tidak bersenam dan bakar kalori.
Sumber : Life In Backyard
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.