Kami senaraikan tanda si egoistik yang mungkin kamu tidak sedar wujud dalam diri
‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah akan orang lain. Adakah kamu seorang yang ego?
Perhatikan tanda-tandanya di bawah.
Keinginan untuk berubah
Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri kamu yang sebenar. Andai kata kamu seorang yang rendah diri, kamu kerap rasa tidak selesa apabila rakan kamu sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri kamu rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan kamu sehingga boleh lupa diri.
Taksub dengan impian
Kamu seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, kamu gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.
Ads
Bangga diri
Tanda lain kamu seorang yang ego ialah sikap kamu gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan diri kamu istimewa. Namun, suatu hari nanti kamu akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan kamu sebenarnya mampu berjaya.
Dahagakan perhatian
Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Ads
Ikut kepala sendiri
Berilmu bukan bermakna kamu berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan kamu yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara kamu sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, kamu akan mengaku hanya idea serta cara kamu yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.
Perasan bagus
Ads
Ketika berbual dengan rakan, kamu sering memuji diri kamu seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan kamu membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, kamu mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan kamu.
Penting diri sendiri
Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi kamu, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti. Yang penting, kamu seorang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin kamu akan merasai kesakitan yang sama.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa bila hari bapa je korang nak hadiahkan beg?tie?pen? dan sebagainya? Memanglah definisi seorang bapa itu merujuk kepada kelakian tapi why not untuk kali ni korang hadiahkan sesuatu yang pelik? Mesti lawak! Semoga sambutan hari bapa kamu kali ini lebih meriah dengan barisan idea hadiah pelik untuk hari bapa.
Boxer (Superman)
Ini paling menggelikan hati! Siapa sangka kamu akan menghadiahkan ayah kamu boxer superman ini? Pasti dia terkejut. Walaupun dia tidak akan memakainya, pasti dia akan simpan hadiah kamu ini, tanda dia hargai pemberian kamu!
Butt Putt Practice Putter
Ayah kamu seorang yang sukakan sukan golf? Nah! Ini sangat sesuai dengannya.
Rugby Ball Paperweight
Jika ayah kamu seorang yang rajin membaca, tak salahkan untuk menghadiahkan sesuatu yang besar seperti ini? Paperweight ini boleh didapati dari pelbagai bentuk. Tapi untuk ayah yang terbaik, pilihan bentuk rugby ball ini adalah yang paling bagus.
Jurulatih sukan
Apa rasanya reaksi ayah kamu apabila kamu memberitahu dia hadiah hari bapanya sudah di luar rumah. Apabila ayah kamu melihat di luar rumah, sudah ada jurulatih yang berbadan sasa, tegap dan mungkin menakutkan sudah tercegat di depan rumah. Pasti dia terkejut! Meriahkan hari bapa kamu dengan melihat dia melakukan sedikit aktiviti sukan. Biar jurulatih itu megendalinya. Bukan untuk membebankan tapi hanya untuk berseronok dan mencuba sesuatu yang lain. Tapi ingat, janganlah suruh ayah kamu buat aktiviti yang kurang sesuai dengan umur dan kesihatannya.
Lilin Selamat Hari Bapa
Lilin? Seriously? Tapi jika lilin ini dinyalakan dan di letakkan di atas meja pada waktu malam saat kamu dan keluarga menonton tv, bukankah itu lebih mendamaikan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Matang tidak bererti tua. Matang ialah satu peringkat di mana lelaki menjadi rasional dan menimbangkan keputusan hidup dengan baik. Lelaki matang juga tidak takut tanggungjawab dan akan mencuba sehabis baik memikulnya dengan amanah dan bersungguh-sungguh. Mari kita lihat ciri-ciri lain lelaki matang.
1. Anda tidak lagi memakai selipar apabila berjumpa orang.
Selipar memberikan imej selekeh dan tidak kisah. Apabila berjumpa orang, kita menunjukkan yang rasa hormat kepada orang itu juga kurang. Sekurag-kurangnya pakai lah loafers.
2. Kekemasan diri sentiasa dijaga.
3. Rambut disikat rapi.
4. Tidak mudah melatah apabila berdepan tekanan.
Lelaki matang ini tenang. Apabila menghadapi tekanan rasional adalah perkara pertama yang akan dicari. Dia faham tekanan itu adalah mainan hidup. Ia datang dan pergi. Antara langkah yang boleh diambil ialah memecahkan masalah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan mula menyelesaikannya satu per satu. Dengan cara begini lelaki akan terlihat tenang dan mempengaruhi orang lain untuk juga sama-sama mengambil masa menarik nafas.
5. Pakai pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.
6. Tahu jenis kasut yang sesuai dipakai mengikut majlis yang dihadiri.
Kasut dibagikan kepada beberapa kategori. Formal, semi formal dan kasual. Kasut formal contohnya Oxford without brogues. Kasut semi formal pula contohnya Slip On. Manakala kasut kasual termasuk loafers dan sneakers. Lelaki matang tentunya tahu kasut mana yang mahu dipakai untuk majlis apa.
7. Tahu membezakan antara pakaian kasual dan formal.
Seperti juga kasut, pakaian juga terbahagi kepada formal, semi formal dan kasual. Pakaian formal tentulah Suit, manakala semi formal ialah blazers. Untuk kasual boleh memilih kemeja lengan pendek atau t-shirt polo.
8. Tidak lagi memakai aksesori bling bling yang melampau.
Lelaki matang bukanlah lampu disko atau papan iklan yang perlu menarik perhatian orang dengan aksesori yang melampau. Apatah lagi yang bergemerlapan. Cukup dengan hanya aksesori asas seperti jam tangan dan tali pinggang. Cincin pula adalah optional.
9. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan perkataan.
Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mahu lihat lelaki matang, dia menahan lidahnya dengan hati, bukan dengan perasaan. Perkataan yang keluar adalah hasil fikiran rasional. Bukan semberono sahaja tanpa arah.
10. Pandai ‘mix and match’ pakaian
Warna kasut sama dengan warna tali pinggang. Warna stokin sama dengan warna seluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Golongan belia merupakan antara yang paling tinggi dan aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli serta pelbagai bentuk pembayaran di negara kita.
Selain lebih selamat tatkala negara berdepan pandemik COVID-19, penggunaan e-dompet juga memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bakal memperkenalkan inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta. Ia akan dibuka kepad kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan.
Jelas Kementerian Kewangan, e-Belia akan ditawarkan menerusi empat penyedia perkhidmatan. Mereka adalahBigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
KATEGORI LAYAK
Pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut. Selain itu, ia juga dikatakan akan disertakan dengan pelbagai insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh setiap penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih.
Untuk pengetahuan anda, e-Belia dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun ini iaitu mereka yang lahir pada tahun 2001 hingga 2003.
Ia juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas di IPT berdaftar.
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai depan dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai depan.
Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.
Jika anda kaum keluargayang layak, jangan lupa uar-uarkan perkara ini kepada mereka. Ingat mereka yang layak adalah dari golongan berikut:
Kategori layak menebus kredit e-Wallet :
Belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Belia yang belajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.