Apabila berdepan dengan ejen insurans, ramai yang seolah-olah ingin ‘lari’ kerana tidak mahu ‘terikat’ dengan pujuk rayu membeli insurans. Ternyata bidang kerjaya ini bukanlah sekadar menjual, sebaliknya dapat membantu masyarakat mengurus kewangan dengan lebih bijak dan terjamin di masa depan.

Pengalaman seorang kenalan yang sakit dan tidak dilindungi sebarang insurans membuka mata Zulkifli Zali, 35 tahun untuk melihat betapa pentingnya perlindungan kewangan dalam hidup. Ternyata kisah tersebut memberi inspirasi buat Penolong Pengurus Unit di KL KH Empire, sebuah agensi Takaful di bawah naungan AIA Malaysia ini.

“Melihat penderitaan kawan saya yang sakit sehingga terpaksa dibuang kerja kerana sering mengambil cuti dan menanggung kos rawatan yang mahal kerana ketiadaan perlindungan insurans membuka hati saya untuk mendekati dunia Takaful.

“Tak dapat saya bayangkan kalau perkara yang sama terjadi kepada saya, apatah lagi saya bukanlah orang berada dan stabil untuk menampung kos perubatan,” ujar jejaka bujang dari Kelantan ini.

Derita Kawan Tanggung Kos Rawatan Buat Zulkifli Sedar Pentingnya Perlindungan Kewangan!

PUAS DAPAT BANTU MASYARAKAT

Zulkifli yakin percaturannya untuk beralih karier dari bidang perbankan ke insurans bukanlah langkah silap. Selain waktu yang lebih fleksibel, kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA membolehkan dia menguruskan waktu sendiri, lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan komited terhadap kerjayanya.

Kepuasan yang diperolehnya juga adalah kerana dapat membantu masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan agar mereka dapat hidup lebih sihat, berpanjangan dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Terlibat selama 10 tahun dalam bidang ini membolehkan Zulkifli mengubah gaya hidup menjadi yang lebih baik, sekali gus mendidik dirinya agar lebih sihat dan bermotivasi.

IKLAN

Karier ini juga membolehkan Zulkifli memberikan nasihat kewangan yang bersesuaian dengan keperluan dan peringkat kehidupan kliennya. Paling penting, harus ada keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan orang ramai berbekalkan banyak latihan dan ilmu.

“Setiap pagi apabila bangun dari tidur, saya akan bercakap di hadapan cermin kerana ia dapat melatih bakat saya untuk bercakap dengan orang ramai. Kalau saya sendiri tidak suka dengan apa yang saya cakap di hadapan cermin, ini bermakna orang lain juga mungkin tidak akan percaya dengan saya.

“Saya juga selalu menasihati Perancang Hayat yang lain untuk membuat seberapa banyak temu janji walaupun mungkin dengan kenalan atau keluarga sendiri kerana merekalah ‘pengkritk’ yang sangat jujur, bahkan komen mereka juga boleh membina semangat kita,” ujar anak keenam daripada lapan orang adik-beradik ini.

CABAR DIRI JADI LEBIH BAIK

Penolakan daripada kenalan rapat merupakan antara cabaran yang pernah dilaluinya ketika bergelar Perancang Hayat. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk memberi pemahaman yang betul tentang Takaful sekali gus mengubah persepsi masyarakat.

“Jika dahulu perlindungan insurans sentiasa dikaitkan dengan tuntutan kematian, bil perubatan hospital atau kemalangan tetapi kini di AIA bukan hanya membantu masyarakat sebaliknya menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

IKLAN

“Misalnya AIA Vitality, salah satu program kesihatan yang memberikan ganjaran menarik kepada pelanggan kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat. Inisiatif ini dapat membantu Perancang Hayat untuk mendekati prospek klien dari sudut yang berbeza dan menarik,” kata Zulkifli yang gemar menontong wayang dan melancong.

Derita Kawan Tanggung Kos Rawatan Buat Zulkifli Sedar Pentingnya Perlindungan Kewangan!

TERTARIK DENGAN AIA ELITE ACADEMY

Walaupun sudah lebih sedekad pengalaman dalam industri Takaful, Zulkifli baru sahaja menjadi ‘ahli keluarga’ AIA pada tahun 2018. Menurutnya, program AIA Elite Academy adalah sebab utama dia bertukar syarikat kerana tertarik dengan program kemasukan eksklusif yang sistematik, khusus untuk Perancang Hayat yang layak dan terpilih.

Program selama 18 bulan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan latihan dan sokongan untuk membentuk Perancang Hayat yang profesional, bertanggungjawab dan berkualiti dengan pelbagai skil serta pengetahuan, selain tidak culas dalam melaksanakan tugas.

“Tarikh 31 Julai lepas adalah hari terakhir saya dalam AIA Elite Academy. Program ini merupakan platform terbaik untuk saya mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam kerjaya iaitu Million Dollar Round Table (MDRT). Ia bukannya sasaran yang mudah untuk dicapai namun jika kita fokus, tak mustahil untuk kita gapai. Alhamdulillah, saya berjaya mencapai MDRT untuk tahun 2020 kerana usaha dan komitmen yang saya berikan, juga hasil pembelajaran bersama program ini.

IKLAN

“AIA Elite Academy juga berjaya memikat hati saya kerana adanya banyak insentif yang menarik. Selain skim pembiayaan, ada juga sokongan pementoran dan silibus pembelajaran bertaraf dunia, trip perjalanan secara percuma dan latihan yang boleh memacu karier Perancang Hayat agar lebih berpotensi dan sukses,” jelas Zulkifli.

RUTIN HARIAN FLEKSIBEL TETAPI PADAT

Jadualnya yang padat menyebabkan Zulkifli mengatur rutin hariannya dua minggu lebih awal agar tidak bertindih dengan perkara lain, selain mengosongkan jadualnya untuk keperluan kecemasan ataupun masa untuk bertemu keluarganya.

“Walau tiada perkara penting, saya akan masuk ke pejabat untuk berjumpa dengan ketua agensi sebelum bertemu dengan Perancang Hayat lain. Kemudian, barulah saya mulakan temu janji antara jam 10 pagi atau 11 pagi dan memperuntukkan tiga temu janji sehari iaitu pada waktu pagi, lepas makan tengah hari dan malam sehinggalah jadual kerja saya berakhir jam 11 malam,” kongsi Zulkifli yang telah merekrut tujuh Perancang Hayat baharu di bawah AIA Elite Academy.

Bidang pekerjaan yang mulia dan bermakna ini memerlukan integriti yang tinggi, malah menuntut seseorang untuk bersedia untuk memberikan komitmen dan tidak mudah mengalah.

“Bukan hanya minat atau wang ringgit yang dikejar tetapi tekadkan niat untuk membantu masyarakat dalam membina hidup yang lebih terjamin, selain menambah ilmu dengan pelbagai latihan dan mendekatkan diri dengan orang yang lebih berpengalaman agar kita sentiasa mempertingkatkan diri dan mencapai apa yang kita impikan,” pesan Zulkifli.

Inginkan kerjaya alternatif yang lebih fleksibel dan bermakna seperti Zulkifli?

Layari www.aia.com.my/eliteacademy
Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur.
AIA Bhd: 1300-88-1899

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI