
Lipas di dalam rumah sentiasa buat kita resah dan stress, namun ia tidak berakhir disitu, kerana lipas juga boleh membiak di dalam kereta.
Ia terjadi jika anda suka makan dalam kereta dan tidak perasan banyak sisa makanan bersepah di tempat duduk serta di bahagian bawah.
Seorang pengguna sosial media twitter, Ikmal Razin berkongsi kejayaannya membasmi lipas dalam kereta.
BACA: 5 Bahan Mudah Untuk Halau Lipas, Antaranya Guna Pelekat Gam RM2.50 & Sabun Buku!
Alat perangkap tersebut di beli di sebuah kedai serbaneka
Alat ini datang dalam 2 saiz yang berlainan iaitu besar dan kecil
Perangkap lipas dan cicak
Antara cara terbaik untuk menggunakan alat ini adalah dengan meletakkan apa sahaja sisa makanan untuk mengumpannya masuk ke dalam alat ini.
Kemudian letakkan di bawah kusyen seat kereta dan lihat hasilnya. Ia juga boleh digunakan di rumah jika rumah anda banyak lipas walaupun sudah dibersihkan berulang kali.
Semoga berjaya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Boon Siew Honda Perkenal Tiga Motosikal Baharu

Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi yang membantu tunggangan. Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya. “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.”
PCX Hybrid Model pertama yang mengujakan ketika majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda – PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri Lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberi maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan lebih baik apabila motosikal ingin memulakan perjalanan atau memecut dengan pantas.
Enjin 150cc itu menawarkan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6,500rpm. Sementara motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4kW pada 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm. Penunggang juga boleh menikmati tunggangan luar biasa dan mengujakan menerusi tiga mode yang ditawarkan pada model AT premium ini bergantung kepada kecenderungan dan kondisi tunggangan:
- Mode tunggangan (D) menyediakan tunggangan yang selesa dan penggunaan bahan api lebih baik.
- Mode Sport (S) untuk penunggang yang mahukan tunggangan lebih sporty.
- Mode Idling OFF yang membantu penunggang menyahaktifkan fungsi Idling Stop System (ISS), tetapi mengekalkan prestasi yang sama seperti dalam mode D.
Sebagai sebuah model mesra alam, PCX Hybrid baharu diintegrasikan dengan ciri Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan penjimatan bahan api, pada masa sama cukup berprestasi. Ia juga dibina dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Honda SMART Key System.

Bukan itu sahaja, model AT premium itu dilengkapi beberapa ciri yang praktikal seperti sistem lampu LED, panel meter digital sepenuhnya, soket DC di dalam kotak konsol untuk kuasa mengecas, ruang bawah tempat duduk yang luas dengan seat stopper dan tangki minyak paling besar dalam kelasnya berkapasiti 8 liter. Gaya PCX Hybrid yang elegan dan mengagumkan itu hadir dalam warna biru mutiara (Pearl Dark Night Blue) yang eksklusif. Dengan pelbagai inovasi dan ciri bernilai tambah, PCX Hybrid sememangnya peneraju dalam segmennya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sayangi Diri Anda & Famili, Ini Petanda Brek Kereta Perlu Ditukar Segera!

Setiap tahun sering kita dengar tentang berita kemalangan yang menyayat hati melibatkan seluruh keluarga dalam kemalangan jalan raya. Ada antara kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dan tifak kurang juga disebabkan berlakunya kerosakan pada komponen kenderaan.
Antara yang selalu kita dengar ialah kegagalan brek berfungsi. Sedang memandu laju dan berada di kawasan selekoh tiba-tiba brek yang ditekan sekuat hati langsung tak makan. Pastinya sesiapapun akan panik jika perkara tersebut berlaku.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
Bunyi yang dikeluarkan
Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.
Perlu ditekan dengan lebih kuat
Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.
Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
Lampu peringatan
Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tukar Hak Milik Kenderaan, Ini Perlu Buat Bila Pemilik Asal Meninggal Dunia

Pertukaran pemilikan kenderaan bagi individu yang telah meninggal dunia adalah proses yang agak kompleks. Walaupun begitu, proses tersebut masih boleh dilaksanakan dengan berkesan jika dijalankan dengan cara yang tepat.
Menurut sumber daripada laman sesawang bjak.my, terdapat beberapa panduan yang boleh dikongsikan dan semoga ia menjadi manfaat kepada kita semua.
1.Selesaikan Pembahagian Harta
Sekiranya pemilik kenderaan ada meninggalkan wasiat, maka urusan pertukaran hak milik akan menjadi mudah namun, sekiranya tiada, waris perlu menyelesaikan pembahagian harta terlebih dahulu kerana kereta milik si mati merupakan harta pusaka.
2.Surat Kuasa
Surat seperti Surat Geran Probet, Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad, Surat Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka perlu didapatkan terlebih dahulu untuk memulakan proses pertukaran nama atau hak milik pemilik yang telah meninggal dunia. Waris akan memperoleh dokumen tersebut ketika proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.
3.Buat Ujian Di PUSPAKOM
Seterusnya kenderaan perlu di hantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM. Dapatkan geran asal kenderaan tersebut dan buat temujanji Ujian Tukar Hak Milik (B5) di PUSPAKOM berhampiran anda. Apabila ujian selesai anda akan memperoleh surat Keputusan pemeriksaan PUSPAKOM sama ada lulus atau gagal.
Sekiranya lulus anda boleh terus ke prosedur seterusnya namun jika gagal anda perlu membaiki kenderaan tersebut dan hantar semula untuk ujian di PUSPAKOM.
4.Perbaharuan Insurans Atas Nama Pemilik Baharu
Sebelum pergi JPJ, perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu, maklumkan kepada ejen insurans bahawa ianya adalah proses untuk menukar hak milik kenderaan

5.Sediakan Dokumen Yang Lengkap Untuk Urusan Di JPJ
Pemilik baru perlu melengkapkan beberapa borang beserta dokuman pengesahan pentadbir/pemilikan atau dokumen sokongan seperti :
- Salinan IC bakal pemilik baru
- Dua Salinan borang Senarai Semak TM-3
- Dua Salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru
- Geran asal
- Surat lulus pemeriksaan Tukar Hak Milik (B5) PUSPAKOM
- Salah satu dokumen pengesahan pemilikan, Surat Perintah Mahkamah, Surat Geran Probet, Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau surat Pentadbir Pusaka.
6.Hadir ke JPJ
Pemilik Baharu boleh hadir ke JPJ berhampiran untuk proses pertukaran nama dan jangan lupa untuk bawa Bersama dokumen yang telah disenaraikan di atas.
7.Perbaharui Cukai Jalan
Akhir sekali, anda akan menerima geran kenderaan yang Baharu dan anda boleh meneruskan urusan memperbaharui cukai jalan di atas nama anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk anda di luar sana.
Artikel ini diambil dan diolah dari Roda Panas.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI