Dengan Harga RM2 Juta, Anda Boleh Miliki Kereta Kalis Peluru Pertama Dunia Bentley Bentayga

682

Selalu kita dengar kereta kalis peluru hanya dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat yang dikenali sebagai The Beast. Kini anda juga boleh memiliki kereta seperti ini dengan harga RM2 Juta untuk pastikan keselamatan diri anda dan keluarga terjamin dan ianya kali pertama di dunia.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh firstclasse, kereta ini direka oleh Pengeluar jenama kereta berperisai berasal daripada negara Canada iaitu INKAS. Model Bentley Bentayga dipilih untuk dipasangkan teknologi ini untuk pengguna yang mahukan keselamatan di tahap yang tertinggi.

MASKULIN sempat meninjau serba sedikit teknologi yang dilengkapi ke atas kereta ini.

1. Kalis peluru & bom

Kereta ini mampu tahan serangan peluru senjata AK47 yang bersaiz 7.62mm. Ia juga mampu menahan daripada komponen utama rosak seperti tangki minyak, suspensi, bateri kereta dan sebagainya. Selain itu, ia juga kalis serangan bom grenad yang mana jarak radius membunuhnya adalah 15 meter.

BACA: Ikuti Cara Mudah Untuk Jimat Minyak Ketika Sedang Memandu, Elak Dari Menggelabah!

2. Mempunyai ciri keselamatan yang canggih

Pengguna kereta ini tidak perlu risau apabila terlibat dalam ‘worst case scenario’ kerana paip ekzos anda dilindungi dengan teknologi baharu, dilengkapi dengan sistem skrin asap yang mana penglihatan anda dari dalam kereta tidak akan terjejas dan tayar heavy duty serta pintu elektrik.

3. Kelajuan yang dinamik

Kereta ini adalah jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang mana ia boleh mencapai tahap kelajuan 600 kuasa kuda serta transmisi 8 kelajuan automatic. Kapasiti penumpang yang boleh muat dalam kereta ini adalah seramai 5 hingga 7 orang dalam satu masa. Anda juga pasti tertarik dengan kuasa pecutan yang boleh dicapai oleh kereta ini iaitu 0-60 Km/J dalam masa 4 saat.

4. Selesa & Mewah digabungkan

Ia bukan sahaja selamat, tetapi membuatkan anda berasa mewah apabila masuk ke ruangan kabin kereta ini. Bentley Bentayga menawarkan kerusi kulit untuk penumpangnya. Ketinggian kerusi ini boleh dilaraskan mengikut kemahuan anda. Ia juga turut dilengkapi lampu dalaman yang boleh diubah mengikut mood dan yang paling penting sistem audio dalamannya menggunakan Surround Sound System.

Jadi, apabila membaca spesifikasi ini, adakah anda mahu memilikinya?

Sumber: Firstclasse