Orang bujang, jangan bersedih jika raya tahun ni tak dapat balik kampung. Apa kata tahun ni kita buat kuih raya Biskut Florentine.
Di facebook Izzati Hamid ada cara-cara membuat biskut yang kaya dengan kekacang, berkhiasat dan tidak menggemukan.
Menurutnya, resepi ini dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal daripada yang orang jual. Semua bahan dalam harga RM47 sekali cup muffin tu. Memang berbaloi-baloi la buat sendiri.
Bahan-bahan:
500 gram golden florentina
250 gram flake almond
250 gram green pumpkin seed
250 gram sun flower seed
100 gram black sesame seed
Cara-cara:
1. Goreng kekacang atas dapur atau bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat)
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Saya buat tebal² sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Saya tak tengok masa. Saya tengok bila dah keperangan saya angkat. Suhu itu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit)
5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Sumber: Izzati Hamid
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Senaman & Larian Di Atas Treadmill Untuk Hasil Terbaik
Berjalan mendaki bukit banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
BAKAR LEBIH BANYAK KALORI
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kisah Dato’ Zainal Abidin – Pengorbanan, Penderaan & Kegigihan Dalam Hidup Yang Sulit
Siapa tidak kenal kepada pemilik suara yang mengalunkan lagu malar segar “Hijau”. Meskipun sudah menjejaki usia 60-an, Dato’ Zainal Abidin masih tampil cergas malah segak bergaya bak orang muda.
Bukan itu sahaja, sifat ramah Dato’ Zainal ketika ditemu bual Maskulin untuk episod kedua Man Of The Moment juga menyingkap seribu satu kisah kehidupan beliau yang tidak pernah diungkap kepada umum.
Siapa menyangka wajah yang tampak perkasa itu rupanya hasil keperitan zaman kanak-kanak yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa.
Didera & Tanggung Diri Sejak Usia Lapan Tahun
Akibat desakan hidup, Dato’ Zainal tidak dibesarkan oleh ibu bapanya sendiri.
Hanya tiga hari selepas dilahirkan di Johor Bahru, beliau diserahkan kepada datuk dan neneknya.
Oleh itu, Dato’ Zainal membesar bersama ayah dan ibu saudaranya sejak 1959.
“Biasalah datuk dengan nenek mesti sayang cucu, saya ni cucu. Jadi timbul lah perasaan cemburu oleh bapa dan ibu saudara saya kerana perhatian itu diberikan penuh kepada saya,” kongsinya.
Bagaimanapun, kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh datuk dan neneknya itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya meninggal dunia ketika Dato’ Zainal baru berusia lapan tahun.
“Jadi, di situ bermula lah penderaan secara fizikal dan juga mental, di mana saya didera, dipukul, dijadikan sebagai budak suruhan di rumah”.
Lebih menyedihkan, Dato’ Zainal terpaksa bekerja sendiri untuk meneruskan persekolahan disebabkan tiada siapa yang menanggungnya.
“Siang saya pergi sekolah, malam saya bekerja sebagai pembantu di kedai-kedai menjual ais kacang sebagai pencuci pinggan.
“Saya juga bekerja sebagai seorang kontraktor. Umur saya 10 ke 15 tahun saya dah angkat simen yang berat lebih kurang 30 kilogram,” tambahnya.
‘Ahli Asal’ Kumpulan Kembara
Bercerita mengenai titik permulaannya di dalam kerjaya seni, Dato’ Zainal memberitahu yang beliau tidak bermula sebagai penyanyi. Sebaliknya, beliau bermula dengan belajar bermain alat muzik seperti dram, perkusi dan tormbon.
“Saya aktif di Johor Bahru, di mana saya aktif bermain di kelab-kelab malam, fun fair, expo, keramaian, majlis kahwin dan sebagainya”.
Dari situlah namanya mula dikenali oleh golongan profesional dalam industri seni di daerah Johor serta dari Kuala Lumpur.
Menurut Dato’ Zainal, beliau asalnya dilamar oleh M. Nasir untuk menubuhkan kumpulan Kembara bersama A. Ali.
Namun dalam masa yang sama, beliau turut dilamar oleh kumpulan Headwind untuk menggantikan penyanyi utamanya yang mahu melebarkan kerjayanya di Jerman.
“Saya tak berapa gemar dengan Kembara kerana genrenya bukan lah yang saya minati, dan saya tak berapa sesuai dengan karangan-karangan A. Ali,” katanya.
“Jadi saya membuat keputusan untuk bersama dengan kumpulan Headwind. Jadi, tempat saya (di Kembara) digantikan oleh S. Sahlan”.
Muzik Adalah ‘Kenderaan’
Sejak mula menjadi penyanyi, lagu-lagu Dato’ Zainal sentiasa membawakan mesej dan tema yang jarang dibawa oleh lagu-lagu penyanyi lain.
“Pada saya, saya gunakan muzik saya sebagai ‘kenderaan’ untuk memberikan kesedaran dari segi apa juga sudut dalam bentuk yang paling positif,” ujarnya.
Baginya, lagu “Hijau” membawa impak paling ketara apabila lagu yag berkisar tentang kesedaran alam sekitar itu bukan sekadar menjadi siulan rakyat Malaysia.
“Anak-anak tak boleh merasa mandi laut, alam ini makin tua umurnya, ozon makin nipis, dia (rakyat Malaysia) faham. Apabila mereka faham, ianya menjadi suatu tema yang segagah dan sekuat lagu Negaraku,” katanya memandangkan lagu itu sentiasa berkumandang setiap kali penganjuran kempen alam sekitar.
Kejar Likes, Viewers & Subscribers Akan Memakan Diri
Mengakhiri temubual Man Of The Moment, Dato Zainal sempat menitipkan pesanan berharga buat generasi baharu yang berkecimpung di dalam industri seni.
“Jangan kejar pada likes, jangan kejar pada subscribers, jangan kejar pada viewers, kerana ianya akan memakan diri,” pesan beliau.
Tambahnya, ramai individu yang mengalami kemurungan apabila mereka gagal memperoleh likes, subscribers dan viewers yang banyak.
“Fokus pada bakat yang anda ada. Sekiranya anda bagus, likes, subscribers, viewers, money, popularity will come by itself. Berkejar mereka ke arah awak kalau awak bagus,” katanya lagi.
Saksikan video penuh Man Of The Moment di saluran Youtube Maskulin. Jangan lupa subscribe dan nantikan siapakan jejaka yang bakal tampil di episod ketiga minggu hadapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dua Jenis Akseseori Patut Anda HARAMKAN Digunakan Di Dalam Kereta Sampai Bila-Bila
Keterujaan memiliki kereta baharu memang cukup menyeronokkan. Siapa pernah alami pengalaman pertama kali memiliki kereta atau membeli kereta baharu pastinya faham apa yang MASKULIN perkatakan ini.
Dengan keterujaan inilah maka ramai yang mula pandai-pandai menambah sana-sini pelbagai jenis aksesori kereta. Sama ada aksesori tersebut untuk penampilan luaran atau aksesori di dalam kereta yang dianggap mampu memudahkan pengalaman pemanduan dan juga penumpang.
Tapi sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa ada beberapa jenis aksesori terutamanya di dalam kereta patut anda haramkan sama sekali. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang di lakukan oleh seorang pengguna Tik Tok yang sinonim dengan tip auto iaitu James Alatin.
Menerusi perkongsian tersebut dia menyatakan tentang dua jenis aksesori yang tak patut disimpan atau digunakan di dalam kereta.
AKSESORI PERTEMA: KLIP TALI PINGGANG KELEDAR
Klip tali pinggang keledar atau seatbelt clip merupakan aksesori yang saiznya tidaklah besar namun kesan penggunaannya cukup hebat sekali. Rata-rata kereta baharu sekarang dilengkapi dengan sistem amaran jika pemandu atau penumpang hadapan tidak memakai tali pinggang keledar.
Namun ada pula yang tak ingin pakai tali pinggang dan dalam masa yang sama tidak mahu penggera terus berbunyi. Lalu mereka menggunakan aksesori ini. Awas, aksesori ini tak patut langsung wujud dalam kereta anda!
Ia amat berbahaya terutama jika terlibat dalam kemalangan jalan raya. Impak perlanggaran pada bahagian hadapan terutamanya boleh menyebabkan kecederaan membawa maut jika tidak memakai tali pinggang keledar dengan baik.
Selain itu, anda juga tidak dapat melakukan tuntutan insurans bila terlibat kemalangan. Iya, jika siasatan pihak insurans mendapat anda menggunakan aksesori seatbelt clip ini maka tuntuan akan segera dibatalkan.
AKSESORI KEDUA: DASHBOARD COVER
Ada beberapa sebab mengapa sesetengah orang suka sangat menggunakan dashboard cover atau penutup papan pemuka. Pertama mereka ingin dashboard kereta nampak lain dan lebih menarik. Kedua sebab kononnya ingin menjaga dashboard hadapan daripada panas matahari.
Tapi tahukah anda penggunaan aksesori ini juga boleh mengundang risiko bahaya! Tolak tepi nampak cantik dan bergaya, anda sebenarnya tidak harus menggunakan aksesori ini.
Ini kerana ia berpotensi menghalang beg udara atau airbag berfungsi dengan baik. Jika berlaku kemalangan fungsi airbag sangat penting untuk menyerap tekanan dan sekali gus mempu menyelamatkan nyawa pemandu atau penumpang.
Jika aksesori seperti dashboard cover digunakan maka ada kemungkinan airbag tidak dapat dilepaskan dengan sempurna.
Oleh itu anda sebagai pemilik dan juga pemandu harus terus HARAMKAN dua jenis aksesori ini daripada digunakan sama sekali di dalam kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video penuh informasi seperti di bawah!
Kredit: James Alatin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI