Sudah banyak kita dengar tentang intermittent fasting. Bahkan MASKULIN sendiri sudah berulang kali mengupas tentang teknik diet yang pada asanya berpuasa selama 12 jam. Dan ia kebanyakannya dilakukan bermula pada malam sehinggalah keesokan pagi.
Akan tetapi bagi jejaka bernama Mohd Ariff Shafiq Bin Husin yang berusia 29 tahun ini, selain mengamalkan intermittent fasting dia juga menggabungkan satu lagi teknik diet yang cukup berbeza.
Jejaka berasal dari Kuala Terengganu yang berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan di dalam bidang pembinaan ini berkongsi rahsia bersama MASKULIN bagaimana dia berjaya menurunkan berat bada dari 109 kilogram ke 81 kilogram.
Jom sama-sama kita ikuti temubual MASKULIN bersama Mohd Ariff yang dihubungi menerusi e-mel di bawah.
KEINGINAN TURUN BERAT BADAN
BAGAIMANA BERAT BOLEH MENCECAH SEHINGGA 109KG?
Selepas berkahwin saya jadi kurang jaga pemakanan. Terutamanya pada waktu malam. Makan nasi dengan banyak, ambil makanan bergula serta makanan lain yang tinggi kalori.
APA YANG MEMBUAT ANDA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN?
Saya mendapat motivasi untuk turunkan berat badan bila saya perasan keyakinan diri sangat rendah bila nak berdepan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada masa itu saya fikir saya belum ada anak tapi sudah pakai baju bersaiz XXL.
Ads
Bidang kerja saya pula perlukan orang yang berada dalam tahap kesihatan baik. Bila dah makin berisi saya juga selalu deman, malas dan cepat letih. Itulah yang membuatkan saya ingin berubah dan mahu turunkan berat badan untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan masa depan.
BAGAIMANA DENGAN PERUBAHAN DIET CONTOH MENU DIAMBL SETIAP HARI?
Bulan pertama saya makan 3 biji telur pada waktu tengahari.Selain itu saya akan makan sekeping roti putih berserta air yang banyak iaitu kira-kira 2 liter. Pada waktu malam selepas ke gym pula saya biasanya akan makan epal hijau. Dengan mengikuti intermittent fasting saya tak akan makan apa-apa dari jam 9 malam hinga 12 tengahari.
BOLEH KONGSI TIP TAHAN DIRI UNTUK MAKAN SEPERTI SEBELUM INI?
Seperti saya katakan tadi, diet saya telah berubah dengan banyak minum air putih dan makan telur 2 biji. Telur merupakan makanan sempurna yang boleh buat saya tahan rasa lapar. Elak pergi kedai makan dan isi masa lapang dengan hobi lain contohnya main video game PUBG.
Ads
PERUBAHAN FIZIKAL PADA PERINGKAT AWAL
ADAKAH PERUBAHAN PADA BULAN PERTAMA PADA FIZIKAL JADI KETARA?
Selepas sebulan perut saya jadi makin mengecil serta badan rasa sangat selesa bila buat kerja dan tugasan harian.
BAGAIMANA PULA DENGAN SENAMAN?
Ya, senaman memang memainkan peranan sangat penting! Saya berlari atau jogging selama lebih kurang 30 minit sehari. Pada permulaannya saya akan buat dengan lari pantas sejauh 20 meter dan sambung dengan berjalan. Kemudian lari pantas 20 meter dan berjalan untuk 10 meter hinggalah cukup masa 30 minit.
Ads
Bagi jarak pula saya tak pernah tetapkan tapi saya cuba untuk buat 5km. Tiga bulan kemudian saya buat 4km dalam masa 28 minit. Kini saya jogging hanya 2.5km dalam masa bawah 12 minit.
ADAKAH SUDAH UAS HATI DENGAN BERAT SEKARANG?
Alhamdullah saya sudah turun 28kg. Tapi misi saya seterusnya ialah nak turun lagi hingga 75kg.
TIP BAGAIMANA KEKALKAN MOTIVASI DIRI?
Antara tip yang saya praktikkan ialah membeli baju bersaiz yang lebih kecil. Contoh sekarang saya bersaiz L, jadi saya akan beli baju saiz M. Dengan itu saya akan kerja keras untuk sasarkan saya boleh pakai baju saiz itu.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mohd Ariff yang berkongsi tip serta pengalamannya menurunkan berat badan. Semoga perkongsian perjuangannya menurunkan berat badan ini boleh menjadi sumber inpirasi buat adan yang ingin melakukan perkara saya.
Syabas MASKULIN ucapkan buat Mohd Ariff. Teruskan berusaha keras dan kekalkan fikiran positif untuk terus maju ke hadapan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, anda boleh baca perkongsian Harith Faisal ini. Semoga perkongsiannya tentang 10 tip membeli rumah pertama di usia 25 tahun ini bermanfaat untuk anda miliki rumah pertama sendiri.
Bukan lagi fantasi, tapi realiti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Ronaldo mungkin dianggap oleh ramai pihak sebagai pemain bola sepak yang kini menghampiri zaman senja atau penghujungnya.
Terkini, bintang bola sepak dunia ini meraikan jaringan gol yang ke-900 apabila berjaya melepasi pertahanan pasukan Croatia pada Khamis.
Gol tersebut membantu Portugal meraih kemenangan dengan keputusan 2-1. Satu lagi jaringan disumbangkan oleh Diogo Dalot. Jaringan ini dicatatkan pada minit ke-34 ketika perlawanan Portugal menentang Croatia dalam Liga Negara-negara UEFA yang berlangsung di Lisbon.
Menurut ESPN, Ronaldo kini menjadi lelaki pertama dalam sejarah bola sepak dunia yang berjaya menjaringkan 900 gol dalam perlawanan rasmi.
“Ia sangat bermakna. Jaringan ini adalah sasaran yang telah lama saya impikan. Saya tahu saya mampu mencapainya kerana apabila saya terus bermain, ia berkemungkinan besar akan berlaku.
“Ia mungkin nampak seperti sasaran biasa, tetapi hanya saya dan mereka yang dekat dengan saya yang tahu betapa sukarnya berusaha setiap hari untuk kekal cergas secara fizikal dan mental, demi mencapai 900 gol. Ini adalah sasaran yang istimewa dalam kerjaya saya,” kata kapten pasukan Portugal itu.
Ronaldo raikan gol ke-900, sasar 1000 jaringan
Beberapa hari yang lalu, Ronaldo turut menyatakan hasratnya untuk mencapai 1000 gol sebelum usia 41 tahun melalui salah satu video di saluran YouTube miliknya.
Ronaldo juga berseloroh dengan menyatakan bahawa setiap rekod yang dicapainya tidak dapat dinafikan kerana terdapat rakaman setiap gol yang dijaringkan, termasuk semasa latihan.
“Semua gol saya ada video. Semuanya direkodkan. Saya menghormati pemain lain seperti Pelé dan Di Stéfano. Jika anda mahukan lebih banyak gol, saya boleh berikan ketika latihan juga.
“Saya akan buktikan apa sahaja yang diminta oleh orang ramai selepas ini. Sama ada mereka suka pemain ini atau yang lain, saya tak peduli,” tambahnya lagi.
Menerusi laman X miliknya, Ronaldo meraikan detik bersejarah itu dengan mengulangi kata-katanya:
“Saya tak kejar rekod. Rekod yang kejar saya,” ujarnya.
Seorang peniaga kopi susu secara kecil-kecilan berjaya membuat simpanan sehingga RM10,000 hanya dalam masa 5 bulan!
Kedengarannya agak mustahil tetapi selagi ada komitmen dan dispilin, tiada apa pun yang mustahil malah bakal memberikan hasil yang lebih lumayan.
Simpan setiap not RM1
Ujar pemuda tersebut, Azwan Ariff Mohd Azman Hii, 26, yang turut merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berjaya mengumpul nilai sebesar itu hanya melalui simpanan wang yang bernilai RM1.
Simpanannya bermula sejak 15 Ogos lalu dan setiap RM1 yang diterimanya adalah melalui perniagaan kopi susu yang diusahakannya.
Jadikan setiap ikatan RM100
Setiap kali wang kertas RM1 berjaya dikumpulnya sehingga RM100, Azwan Ariff akan mengikatnya dalam tempoh 5 bulan, dia memiliki 100 ikatan yang bernilai RM100 setiap satunya.
Tin buruk dijadikan tabung
Kongsi Azwan Ariff lagi, dia menjadikan tin buruk yang dimiliki sebagai tabung simpanan dan setelah menyedari jumlahnya semakin bertambah, kesemua wang tersebut didepositkan ke dalam akaun simpanan Tabung Haji.
Berhasrat mahu tunaikan haji
Simpanan tersebut juga dibuat kerana dia sememangnya telah memasang niat untuk menunaikan haji jika diizinkan pada suatu hari nanti.
Azwan Ariff turut berharap tip yang dikongsinya ini mampu dijadikan sebagai inspirasi bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya menabung setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.