Memiliki kabinet TV yang biasa daripada bahan-bahan kayu atau kaca adalah sesuatu yang normal dan sekadar menjadi perhiasan yang menarik.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimana rupanya jika anda menggunakan kepala kereta Proton Wira sebagai kabinet TV menjadikannya lebih unik tetapi sangat ‘rare’?

Dengan Bajet RM1,500, Lelaki Ini Tukarkan Kepala Wira Jadi Kabinet TV

Bermodalkan RM1,500

Seorang pengusaha bengkel baik pulih kenderaan di Pulau Pinang, Mohamad Fitri ketika ditemui pihak media memberitahu dia mengambil masa selama seminggu dengan kos sekitar RM1,500.

Menariknya, kabinet TV tersebut juga dilengkapi dengan sistem lampu seperti kereta biasa selain dilengkapi kelengkapan hiburan rumah seperti dekoder dan permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya.

IKLAN

Dengan Bajet RM1,500, Lelaki Ini Tukarkan Kepala Wira Jadi Kabinet TV

Potong suku bahagian hadapan

Katanya lagi, dia memotong suku daripada bahagian hadapan kereta Proton Wira yang terbiar di bengkelnya lalu digilap agar ia kelihatan menarik semula.

Kemudian, Mohamad Fitri melekatkan bahagian tersebut pada dinding sekali gus menjadikannya sebagai ‘eye-catching’ kepada tetamu yang hadir.

IKLAN

Dengan Bajet RM1,500, Lelaki Ini Tukarkan Kepala Wira Jadi Kabinet TV

Pernah ditawarkan harga yang tinggi

Oleh kerana hasil kerja uniknya tular dalam media sosial, Mohamad Fitri mengakui terdapat ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan dekorasi yang serupa bermula harga RM2,500 dan ke atas.

IKLAN

Selain memfokuskan model kereta jenis Proton Wira, Mohamad Fitri turut memotong kepala kenderaan jenis lain mengikut kehendak pelanggannya.

Dengan Bajet RM1,500, Lelaki Ini Tukarkan Kepala Wira Jadi Kabinet TV

Apa komen anda tentang idea kreatif anak tempatan ini? Menggunakan bahan kitar semula dengan menjadikannya sebagai bahan yang lebih baik dan menarik.

Lagi pun dah tak lama lagi bakal tiba musim perayaan Aidilfitri pula. Macam nice jer kalau kita pun bikin konsep yang sama. Betul tak?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI