Kebersihan mulut yang baik adalah kunci untuk mencegah masalah kesihatan gigi dan gusi.
Salah satu amalan penting yang sering kali dilupakan oleh ramai orang adalah scaling gigi, yang seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau setiap enam bulan.
Scaling gigi bukan sahaja membantu membersihkan plak dan karang gigi, tetapi juga mencegah pelbagai masalah kesihatan mulut yang serius.
Foto : RS JAKARTA
Apa Itu Scaling Gigi?
Scaling gigi adalah prosedur pergigian di mana doktor gigi akan menggunakan alat khas untuk menghilangkan plak, tartar (karang gigi) dan kotoran lain yang terkumpul di permukaan gigi dan di sepanjang garis gusi.
Proses ini membantu membersihkan kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa dan mengurangkan risiko keradangan gusi, gusi berdarah, dan penyakit gusi.
Mengapa Scaling Gigi Penting?
Mencegah Penyakit Gusi. Tartar yang terkumpul pada gigi boleh menyebabkan keradangan gusi, yang dikenali sebagai gingivitis.
Scaling gigi membantu mengurangkan risiko penyakit gusi dengan membuang tartar dan plak yang menjadi punca utama.
Ads
Meningkatkan Kesihatan Jantung. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan gusi yang buruk boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Scaling gigi dapat mengurangkan tahap bakteria berbahaya dalam mulut yang boleh menyebabkan masalah jantung.
Mengelakkan Nafas Berbau. Plak dan tartar yang terkumpul di gigi boleh menyebabkan nafas berbau.
Ads
Dengan melakukan scaling gigi secara berkala, anda dapat memastikan bahawa mulut tetap bersih dan bebas dari bakteria penyebab bau.
Menjaga Kesihatan Gigi. Scaling gigi bukan sahaja membantu menjaga gusi sihat, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan gigi.
Tanpa scaling, plak dan tartar yang terkumpul boleh menyebabkan kerosakan gigi dan kaviti.
Selebriti media sosial dan finalis Hero Remaja 2017, Harris Annuar mengakui bahawa dia pernah berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk beberapa tahun lepas hingga membuatkannya hilang keyakinan diri.
Malah, lelaki ini sempat berkongsi tip;
“Sebelum Harris menyertai pencarian Hero Remaja 2017, Harris memang mempunyai masalah kulit muka berjerawat sejak tahun 2013 lagi. Jadi, kali ini Harris nak kongsi sedikit tip dan bagaimana cara Harris merawat masalah kulit berjerawat,”
“Sebenarnya tidak ada banyak rutin penjagaan muka yang Harris lakukan. Biasalah lelaki kan. Buat perkara basic sahaja. Selalunya kalau nak cuci muka, Harris akan cari pencuci muka yang agak mild dan bukannya scrub. Kalau kita pakai yang scrub punya, kulit akan jadi kering dan bila terlalu kering ia akan menambahkan lagi jerawat pada kulit muka,” jelas Harris.
Harris menggunakan pencuci muka Nivea Men Acne Mud Foam dan dia sempat menunjukkan teknik cucian muka yang boleh diamalkan oleh korang semua.
“Pertama sekali, apa yang telah diajarkan oleh Mommy Harris, kita lakukan teknik urutan circle pada pipi dan ratakan pada seluruh wajah serta bahagian hidung. Kalau di bahagian hidung, lakukan teknik V motion dan pastikan jangan lupa untuk ratakan pencuci itu di bahagian dahi juga,”
“Selain daripada melakukan penjagaan pada kulit wajah, untuk mengurangkan masalah jerawat juga kita harus menjaga pemakanan. Kalau dulu, Harris memang akan elakkan makan coklat dan kekacang, sebaliknya Harris banyakkan memakan buah tomato. Tomato adalah makanan yang baik untuk membuatkan kulit korang sihat,”
“Satu lagi tip yang Harris nak kongsi, sebelum tidur pastikan korang kena cuci muka terlebih dahulu sebab dah seharian kulit terbiar di luar. Harris juga kini telah mempunyai produk sendiri iaitu PGO Drying Lotion. Produk ini akan dipakai selepas setiap kali cuci muka dan sebelum tidur. Caranya mudah sahaja, letakkan krim tersebut pada jerawat korang dan biarkan semalaman,”
“Ini sahajalah rutin skincare yang Harris lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Harris harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang yang juga mempunyai masalah kulit berjerawat,” jelas Harris lagi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ikon muzik Malaysia yang tak lapuk dek zaman, Jay Jay selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
Rozita (tiga, kanan) bersama ahli keluarga dan kenalan Jay Jay melawat penyanyi versatil itu di IJN. -Foto ihsan Rozita Rohaizad
“Saya diberitahu oleh isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami serangan strok akut. Ini menyebabkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kaki tidak dapat bergerak dan diangkat seperti biasa.”
Untuk info, Jay Jay telah lebih seminggu dirawat di IJN akibat masalah jantung tersumbat dan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu. Penyanyi nasyid Cheb Ali Masrawi berkongsi berita ini di TikTok. Antara lagu popular Jay Jay adalah “Rindu Bayangan” dan “Joget Angan Tak Sudah”.
Penyakit Jantung Dan Lelaki
Tahukah anda, penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Bukan satu berita yang luar biasa dan mengejutkan lagi apabila laporan mengenai mangsa yang meninggal dunia secara mengejut ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Itu semua disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik.
Lebih merisaukan, trend di negara ini menyaksikan penyakit berkenaan dideritai oleh golongan lelaki pada usia muda.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman turut mengesahkan fakta bahawa penyakit jantung lebih ramai dikuasai golongan lelaki
Dr Effarezan dari berkongsi tip mengelak daripada serangan jantung.
Berikut ialah saranannya:
Makan secara sihat:Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
Sentiasa aktif: Aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Tidak merokok atau vaping: Ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
Menangani stres: Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Malang tidak berbau, seorang lelaki di China alami buta mata selepas menampar seekor lalat yang hingga di mukanya.
Mengikut laporan Sinar Harian, selepas saja menampar lalat tersebut, mata kiri lelaki bernama Wu itu secara tiba-tiba menjadi merah sebelum bengkak di bahagian kelopak mata.
Sewaktu menjalani rawatan di rumah sakit, doktor mengesahkan Wu dijangkiti konjuktivitis atau radang mata bermusim. Malah, berkemungkinan terkena ‘racun’ dari serangga kecil yang hidup di dalam air longkang kotor.
Foto Via Pexels
Walaupun menggunakan ubat dengan betul, keadaan mata Wu semakin teruk dan sewaktu kembali ke hospital, doktor berkata matanya telah mengalami ulser.
Jadi, lalat tersebut didapati membawa kuman sehingga menjejaskan mata Wu dan terpaksa dibuang.
Selepas kejadian terbabit, doktor menasihati orang ramai untuk tidak menampar atau memukul serangga yang berlegar-legar di bahagian sensitif seperti di mata atau telinga.