Gaya Hidup

Demi Muda Dan Panjang Usia, Lelaki 61 Tahun Telan Ratusan Vitamin

Share

Seorang lelaki berumur 61 tahun telah menjadi tumpuan dunia kerana mendakwa mahu mencapai usia lebih 110 tahun dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk hidup lebih lama termasuk mengambil ratusan vitamin.

Siapa je yang tak nak muda dan panjang umur!

Dave Pascoe, yang berasal dari Michigan, menggelarkan dirinya sebagai ‘biohacker’ yang berdedikasi dalam memperbaiki tubuh menggunakan sains dan teknologi.

Pascoe berkongsi rahsia kekal muda melalui diet dan rutin senaman yang ketat.

Beliau mengatakan bahawa dia mengambil 158 vitamin setiap hari dengan harapan dapat hidup hingga usia 110 tahun.

“Matlamat saya adalah untuk menyelaraskan kesihatan saya dengan jangka hayat yang saya harapkan. Saya berharap dapat hidup sekurang-kurangnya hingga umur 95 tahun. Jika mungkin, saya ingin melampaui usia 110 tahun,” ujarnya.

Baginya, pelbagai jenis senaman adalah bahagian penting dalam rutin harian termasuk berjalan kaki atau berjoging. Dia juga menghabiskan masa di sauna dan bermeditasi untuk berehat.

Tambah Pascoe lagi, beliau membelanjakan kira-kira AS$30,000 (RM143,505) setahun untuk semua vitamin dan produk penjagaan kulitnya.

Hebatkan lelaki ni!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber : Mail Online

Published by
Nana