KUALA TERENGGANU, 26 Mac — Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di sini.
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.
Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.
Gambar: BERNAMA
“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
Ads
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.
Gambar: BERNAMA
Zamakhyari menambah hari ini merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamatan seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.
Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangkan penjawat awam menerima gaji semalam.
Ads
Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah penjegahan penularan jangkitan COVID-19.
Seluruh dunia kini mengecam keras tindakan dan jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin terutamanya di Gaza yang berlaku sekarang.
Ini bukanlah kali pertama malah kekejaman daserangan tak berperikemanusiaan ini telah berlarutan selama berdekad lamanya. Lebih malang lagi kebanyakan yang menjadi mangsa ialah golongan orang tua dan juga kanak-kanak. Terbaru, serangan terhadap sebuah hospital telah mengakibatkan ratusan nyawa tidak bersalah telah terkorban.
Selain orang awam individu-individu berpengaruh seperti pemimpin, artis, selebriti dan juga ahli sukan profesional mula menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dan mengecam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis.
Foto: Getty Images
Namun malangnya suara-suara ini kebanyakannya disekat tertutamanya di negara-negara luar seperti di Eropah. Jaguh dan legenda lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang berkongsi sebuah kissah bagaimana dia hampir disingkirkan dari kejohanan dan perkampungan suka ketika menyertai pertandingan besar di Eropah.
“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia,” jelas beliau melalui satu perkongsian di Facebook kendaliannya.
Foto: Getty Images
Menurutnya lagi, ketika kejohanan itu berlangsung, Gaza berdepan serangan yang cukup dahsyat dan dibom tentera rejim tersebut. Pada serangan itu juga menyaksikan ramai mangsa menjadi korban termasuklah wanita, kanak-kanak dan juga bayi.
“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” tambannya lagi.
Azizulhasni terus menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak sampai seminggu lagi kita akan beralih ke tahun baru. Jadi, bersempena penutup tahun 2023, MASKULIN kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.
TRIK Tahun Baharu Marie Kondo, Hidup Lebih Teratur Bila Buang Barang
Siapa tak kenal Marie Kondo ni. Tip mengemas rumahnya memang banyak diguna pakai di seluruh dunia malah tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dari membuang barangan rumah begitu saja dengan alasan sayang, bukan?
Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.
Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.
Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.
“Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.
Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:
Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri
Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.
Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.
2. Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.
Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.
3. Susun barang secara menegak
Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.
Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.
4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan
Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.
Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.
5. Simpan wang kecil dalam dompet
Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.
Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.
Selamat mencuba tip yang dikongsikan oleh Marie Kondo ini.
Berdepan pandemik yang berpanjangans edikit sebanyak telah banyak menjejaskan punca pendapatan rakyat Malaysia. Jadi tidah hairanlah sejak setahun yang lalu semakin ramai yang mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Begitu juga dengan barisan selebriti dan artis terkenal tanah air. Ramai yang mengambil kesempatan masa yang lebih terluang untuk memulakan perniagaan. Selain menjana pendapatan sendiri, perniagaan selebriti inijuga dapat membantu ramai peniaga-peniaga kecil yang turut sama-sama menumpang rezeki dari produk keluaran mereka.
Salah cabang perniagaan yang sering mendapat tempat ialah perniagaan makanan. Terbaru hos legenda tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi turut memperkenalkan produk makanannya iaitu pes Balado Pak Nil. Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil melancarkan produk makanannya pada tiga hari lalu iaitu pada Hari Kebangsaan.
Selepas dilancarkan produk makanannya, Pes Balado Pak Nil telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Lebih mengagumkan Pak Nil turut berkongsi bahawa stok pertama pes Balado Pak Nil telah habis dijual dalam tem[oh empat jam sahaja!
Memetik Gempak.com, Pak Nil berkata pada awalnya beliau hanya menyediakan sebanyak 2,000 pek sahaja sebagai stok jualan pembukaan. Namun tanpa disangka-sangka selepas pesanan mula dibuka, sebanyak kira-kira 4,000 tempahan telah diterima.
Tempahan yang dibuka pada jam 6 petang menyaksikan ia telah terjual hingga habis pada jam 10 malam.
“Lebih mengejutkan saya juga menerima tempahan berganda daripada sasaran asal. Pada asalnya memang saya rancang untuk jual 2,000 pek sahaja. Tapi pengikut saya di Instagram mempunyai nombor akauan bank saya. Jadi mereka telah bayar siap-siap untuk tempahan menyebabkan ia meninggkat hingga ke 4,000 tempahan,” jelasnya lagi.
Beliau juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas sambutan luar biasa yang diterima oleh produk keluarannya. Tambahnya lagi, dia berniaga bukan senang tetapi lebih kepada berkongsi rezeki apa adanya.
Idea untuk menghasilkan produk ini timbul selepas ramai pengikutnya di Instagram setia menonton aktivitinya memasak.
“Sepanjang PKP saya ada masak sambal balado untuk disediakan kepada barisan hadapan. Pada masa itu ramai pula yang meminta untuk saya menjualnya agar mereka yang tinggal di Lembah Klang dapat membelinya. Ia juga agak istimewa kerana dibikin dari resipi arwah ibu saya yang juga merupakan orang Minang,” tambahnya lagi.
Dan dari situ beliau mula meneruskan idea menghasilkan produk makanan ini. Kini sebanyak dua versi Balado Pak Nil diperkenalkan iaitu Balado Pak Nil Merah dan Balado Pak Nil Hijau.
Semoga ia menjadi inspirasi buat anda semua yang ingin mula menjalankan perniagaan seperti Pak Nil.
Kredit: Astro Gempak & Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.