Demi Kepuasan, Lelaki Ini Modified Kereta ‘Kotak’ Jadi Kenderaan V.I.P Yang Awesome!

Share

Hobi mengubah suai kenderaan memang sinomin dengan lelaki. Malah ada lelaki yang dikatakan sanggup berhabis semata-mata untuk kereta.Tidak kira lelaki atau perempuan pasti punca hobi demi mengejar kehendak demi kepuasan diri. Pantang melihat keunikan kereta orang lain, lelaki dari kelompok ini tidak banyak berkira. Malah sebahagian daripada gaji pasti sudah diperuntukkan untuk merealisasikan kereta impian.

Jika melihat Proton Juara ini, pasti mata anda terpegun melihat gaya penampilannya kerana ia tidak membosankan dan berkotak seperti model standard.Jadi tanggapan untuk memanggil kereta kotak atau peti sejuk, perlulah dikikis oleh segelintir masyarakat kita kerana ia boleh menjadi cantik jika menerima sentuhan modifikasi.

Sebenarnya kenderaan segmen itu sangat popular di Jepun kerana menggunakan platfrom Mitsubishi Town Box Wide.

Proton Juara yang dibeli pada tahun 2012 ini adalah kepunyaan Muzafar Kamarol Zaman, yang bekerja sebagai System administrator di sebuah syarikat di ibu kota.

Dia memilih Proton Juara kerana ia kenderaan yang ‘rare’ dengan ruang dalaman yang luas, reka bentuk yang menarik bila diubah suai, driving style yang santai dan sistem yang ada pada kereta ini selepas hanya 3,000 unit dikeluarkan dari 2001 sehingga 2003.

Muzzafar berkata, projek baik pulih dan ubah suai itu mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan dengan menelan belanja hampir RM10,000.

“Proses modifikasinya sedikit mencabar kerana alat ganti kenderaan sukar untuk diperoleh, malah harganya pula boleh dikatakan mahal. Biarpun sukar mencari alat ganti itu, ia menjadi satu cabaran buat saya untuk menjadi kenderaan ini kelihatan sporty dan boleh dipandu seperti biasa,” katanya.

Melihat pada bahagian luarannya, konsep dipilih bertema sporty kerana mahu kelihatan berbeza berbanding gaya ubah suai penampilan V.I.P yang tampak biasa.

 

Tip Penjagaan Kereta Proton Juara

1. Kena services minyak hitam dan minyak gear ikut jadual utk menjaga ketahanan enjin dan gearbox

2.kena sentiasa alert dgn tahap kepanasan air radiator kerana faktor kedudukan radiator dan condenser aircond yg rapat menyebabkan system penyejukan kurang efektif.

3. Penambahan kipas kedua utk membantu system penyejukan radiator dan condenser aircond

4 penambahan atf cooler utk membantu system penyejukan minyak gear box dan membantu jangka hayat penggunaan gear box supaya tidak cepat rosak

Kesemua faktor diatas adalah disebabkan kereta juara yg dibawa masuk ke Malaysia adalah dari model jepun dimana cuaca negara disana sejuk oleh itu setiap kedudukan sysyem seperti radiator, condenser,dan system penyejukan gear tidak mempunyai masaalah berbanding dgn Malaysia yg mana cuaca kita panas dan memberi kesan yg cepat dan sedikit sebanyak membantu kerosakan pada system enjin juara.

Jadi penambahbaikan dan penambahan alat penyejukan terpaksa dilakukan dgn sendiri utk mengelakkan kereta juara menjadi cepat rosak.

Published by
Ruziana Zainal