Ilmu itu tidak terbatas pada usia, taraf ekonomi dan juga latar belakang. Semua orang berhak mendapatkan ilmu jika dia ada kemahuan dan bersedia untuk belajar.
Bagaimanapun, nasib setiap orang tidak sama. Ada dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan dimanjakan, ada pula yang perlu berusaha sendiri demi mengapai impian dan cita-cita.
Universiti Al- Azhar Foto Via Medic Mesir
Begitu juga dengan pendidkan di peringkat tinggi di universiti. Pada zaman sekarang ramai remaja dan anak muda yang terus bekerja selepas tamat sekolah. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.
Namun, lain pula dengan pemuda dari Kota Bharu, Kelantan ini. Ahmad Arif Aziz, 20, sanggup melakukan tiga kerja semata-mata untuk mengumpul kos perbelanjaan bagi menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Itu yang dilakukannya demi memenuhi impiannya untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang syariah.
Malah, pemuda ini turut bekerja di sebuah kedai ‘produk sunah’ sejak sebulan lalu dan mengajar mengaji al-Quran kepada kanak-kanak di sebuah pusat pengajian di Pengkalan Chepa dan orang dewasa secara dalam talian sejak setahun lalu.
Ahmad Arif Aziz, 20 menunjukkan surat menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani, Sering. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR ( HMetro)
Menurutnya, dengan tiga kerja itu, dia mampu meraih pendapatan melebihi RM1,000 sebulan sekali gus dapat menyimpannya untuk dibuat belanja sepanjang tempoh pengajiannya di Mesir yang dijangka pada September ini.
Ads
“Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa kerana mereka sudah berkorban segalanya untuk saya selama ini.
“Jadi, saya mengambil keputusan melakukan tiga kerja ini di samping turut dibantu oleh kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Parlimen Pengkalan Chepa, Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan ini, guru, saudara dan orang ramai.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani, Sering di sini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, bapanya, Aziz Ismail, 64, yang juga imam di Masjid Pasar Kota Jembal adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan pada mata kiri, manakala ibunya, Ramlah Seman, 60, hanya seorang suri rumah.
Ads
“Kedua-dua ibu bapa saya menyokong apa sahaja yang saya lakukan asalkan ia baik dan memberi faedah.
“Saya tidak mahu membebankan ibu bapa kerana tahu kos pengajian di luar negara semestinya mahal berbanding dalam negara. Ini impian saya untuk belajar di Mesir seterusnya mahu membalas jasa kedua ibu bapa dan berbakti untuk negara,” katanya.
Ahmad Arif yang juga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Maahad Muhammadi Lelaki berkata, dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Dia bersyukur kerana sempat mencari duit bagi menampung perbelanjaan di sana nanti dan berharap pengajiannya selama empat tahun berjalan lancar serta dipermudahkan.
Ads
“Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini dan akan menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan,” katanya.
So semua, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang penting kita perlu ada matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan. REMAJA mendoakan agar kejayaan sentiasa melingkari kehidupan remaja ini pada masa-masa akan datang dan dalam pelajarannya.
Artikel diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Dalam tempoh beberapa hari terutamanya di laman media sosial telah tular tentang seorang wanita yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri termuda di dunia.
Sanna Marin merupakan pemimpin hebat yang bakal mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Finland termuda bukan sahaja bagi negaranya tetapi juga di dunia.
Pada usia 34 tahun, Sanna Marin bakal memberikan isnpirasi kepada golongan muda untuk tampil lebih berani untuk menjadi pemimpin di peringkat tertinggi.
Dia dijangka akan mengangkat sumpah pada Khamis ini dan menjadi wanita ketiga dilantik menjadi perdana menteri yang memimpin negara Finland.
Siapakah wanita hebat ini? Ini antara 5 perkara yang perlu anda tahu:
SERTAI POLITIK
Sanna Marin mula menyertai politik pada usia 27 tahun dan menjadi wakil rakyat pad usia 30 tahun.
KETUA PARTI
Beliau kini menerajui parti Social Democratic dan menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi.
BENTUK KERAJAAN
Parti pimpinannya bersama lima parti bersekutu telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan. Lebih menarik lima parti bersekutu tersebut juga diterajui oleh pemimpin wanita.
PALING MUDA
Bakal bergelar perdana menteri termuda di dunia mengatasi beberapa pemimpin lain seperti Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35) dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern (39).
TAMPAT ASAL
Sanna Marin dilahirkan dan dibesarkan di Tampere, Finland bersama keluarganya. Uniknya dia dibesarkan oleh ibun yang mempunyai pasangan sama jantina.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah terfikir tidak macam mana cara dan apakah yang diperlukan untuk buka akaun perniagaan di Maybank tanpa perlukan ‘introducer’?
Menurut Huda Ahmad, ada beberapa cara yang mudah untuk buka akaun perniagaan anda, antaranya ialah;
1) Daftar akaun perniagaan kita melalui link di sini
Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.
2) Apabila selesai, ingat access kod yg diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).
3) Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.
Menurutnya, niatnya membuka akaun perniagaan ini telah lama ditangguhkan kerana memerlukan ‘introducer’, namun setelah tahu bagaimana untuk membuka akaun perniagaan tanpa ‘introducer’ dirinya segera menyelesaikan urusan ini.
Namun, sebelum ke Maybank, anda perlulah sediakan beberapa bahan ini…
– Mykad
– SSM Cetificate Registration
– SSM Form A
– SSM Business Info
– Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration Number)
“Kita mesti ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. Mesti ke Maybank yang kita pilih semasa register online.
“Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.
“Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi. Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.
“Nanti kita akan ada satu lagi online banking bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.
“Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
“Sediakan masa 1 jam setengah untuk urusan di bank ini.” Katanya dengan penuh teliti di Facebook.
Menurutnya lagi sebagai info tambahan, hanya sediakan deposit RM1K dipersonal akaun. Malah akaun yang di buat ini adalah ‘current account’ dan dikenakan caj setiap 6 bulan (caj sila refer di bank).
Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.
Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.
“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.
“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.
Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.
“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.
“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.
“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.
“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.
Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.
“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.
“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.
Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.
Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.