Seorang lelaki dari China telah mencetuskan perhatian dunia apabila beliau berbasikal selama tujuh bulan dari negaranya ke Arab Saudi dengan tujuan untuk bertemu dengan idola sepak bolanya, Cristiano Ronaldo.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Gong, 24, dari wilayah Anhui di timur China, memulakan perjalanan dari rumahnya pada 18 Mac lalu.
Dia berbasikal ke utara Beijing sebelum pergi jauh ke barat, kemudian memasuki Kazakhstan dari Xinjiang, dan melewati enam negara lain termasuk Georgia, Iran dan Qatar, sebelum tiba di Riyadh, Arab Saudi yang menjadi tempat pemain bola sepak kegemarannya itu berpangkalan pada 10 Oktober lalu.
Lelaki Berbasikal Tujuh Bulan Dari China Ke Arab Saudi
Bagaimanapun, Ronaldo pada masa itu berada di Eropah untuk satu perlawanan, tetapi kakitangan di Al Nassr FC berjanji untuk mengatur pertemuan selama satu minit dengan idolanya itu.
Pada 19 Oktober, seorang lagi peminat Ronaldo dari China, yang digelar Apple, melayan Gong untuk menonton perlawanan antara Al Nassr dan Al Shabab, di mana Ronaldo turut bermain.
Keesokannya iaitu pada 20 Oktober, Gong bertemu Ronaldo di hadapan Kelab Bola Sepak Al Nassr sekali gus merealisasikan impiannya sejak kecil.
Ads
Teruja dapat bertentang mata dengan idola
Dalam pertemuan selama satu minit, Gong menganggap ia seperti satu mimpi apabila Ronaldo berjabat tangan, memeluknya, dan menandatangani jersi Al Nassr nombor 7, dan sepanduk yang menulis nama rakan Gong dan ayat, “Apa yang saya impikan adalah cinta sejati dan kebebasan”
Dia memuat naik video pertemuan mereka di laman sosial dengan kapsyen “Saya sudah bertemu wira saya”.
Ads
Menurut Gong, idea untuk berbasikal ke Arab Saudi tercetus selepas Ronaldo membatalkan lawatannya ke China kerana kecederaan pada Februari lalu.
Secara keseluruhannya, Gong mengayuh basikal sejauh 13,000 kilometer (km) untuk bertemu bintang kesayangannya itu. Sebagai persediaan, Gong membawa dua bank kuasa 60,000mAh, sebuah khemah, peralatan memasak, pakaian dan beberapa barangan keperluan.
Di sesetengah negara, Gong hanya makan roti kerana harga makanan yang mahal dan dia menggunakan aplikasi terjemahan untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
Kerajaan Arab Saudi di bawah kekuasaan Raja Salman melalui Visi 2030 memiliki hala tuju yang cukup jitu. Malah, dunia melihat satu demi satu perubahan yang membawa Arab Saudi ke sebuah negara moderat dan lebih mengejar ‘hiburan dunia’.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah diangkat sebagai Perdana Menteri dari jawatan dahulunya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang bertanggunjawap dalam ‘perubahan’ negara Islam ini.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Antara Pemimpin Termuda
Pada usia 37 tahun, Mohammed Salman sekaligus merupakan salah seorang pemimpin dunia termuda. Usia beliau sewaktu perlantikan sebagai pemimpin negara hanya di belakang Perdana Menteri Finland, Sanna Marin (34 tahun); Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (35 tahun).
Perlantikan putera raja berusia 37 tahun ini bukanlah perkhabaran yang mengejutkan sebenarnya memandangkan usia Raja Salman kini sudahpun mencecah 86 tahun. Mengikut tradisi, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi ini akan dipegang oleh ahli kerabat diraja.
Turut ditukar profil jawatannya ialah seorang lagi anak Raja Salman iaitu Putera Khalid yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan baharu.
Sumber Foto : TIME.com
Ini antara beberapa fakta menarik tentang baginda.
1. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 dan menamatkan zaman bujang pada 6 April 2008, Mohammed bin Salman berkahwin dengan sepupunya, Sara binti Mashour. Dia adalah anak perempuan Mashour bin Abdulaziz, bapa saudara Mohammed bin Salman.
2. Hasil perkahwinannya dengan Sara, Mohammed bin Salman mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Putera Salman, Putera Mashur, Puteri Fahda, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.
3. Walaupun Mohammed Salman pernah didakwa ‘nakal’ di dalam kelas sewaktu menghadiri sesi persekolahan di istana (homeschooling), setelah beliau melanjutkan pengajian di King Saud University dalam jurusan perundangan (undang-undang), beliau telah bergelar graduan dengan gred CGPA kedua terbaik dalam kelasnya pada usia 23 tahun.
4. Sejak itu, putera raja kacak ini terus aktif dalam dunia politik. Biarpun serius dalam pekerjaannya, itu tidak bermakna Mohammed Salman tidak tahu bagaimana untuk ‘bergembira’.
5. Bapa Mohammed bin Salman, Raja Salman memintanya membaca satu buku setiap minggu. Ini menjadikan Mohammed bin Salman seorang pengumpul buku bacaan yang berkualiti. Malah dikhabarkan dia mempunyai bilik khas untuk membaca buku.
6. Selain terkenal sebagai hos parti-parti mewah, beliau juga mempunyai hobi memiliki aset bernilai jutaan dolar AS. Antaranya termasuklah kapal persiaran (USD500 juta), istana atau chateau di Perancis (USD300 juta), 18 buah kenderaan mewah serta lukisan karya Leonardo da Vinci berjudul Salvator Mundi (USD450 juta).
Untungnya jadi Mohammed bin Salman ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam misi menurunkan berat badan pasti anda tercari-cari resipi diet mudah yang boleh anda ikuti. Apatah lagi jika dapat resipi diet yang sedap dan cepat nak dibuat, makin bersemangatlah anda nak turunkan berat badan.
Perkongsian resipi diet mudah menerusi laman Facebook Ainni Mohd ini, boleh anda jadikan panduan. Resipi dietnya cepat dan sedap hanya guna 5 bahan. Hanya campak-campak, kisar, dah siap!
RESIPI DIET 5 BAHAN CEPAT DAN SEDAP
Harini Kekni nak share resipi diet yang sihat dan cepat. Dengan resipi simple macam ni pun Kekni boleh turun berat. Jangan tak caya, ni lah resipi yang Kekni amalkan untuk #misikuruihKekni. Yang penting sedap, sihat dan cepat ?
Bahan bahan :
– Rolled oat 1/2 cup @ 25g
– Fresh milk 200ml
– Pisang berangan yang dah dibekukan 1 biji
– Air batu sikit (agak je lah bedah haha)
– Serbuk coklat Beryl’s 1 sudu teh (takda dalam gambar, pasai kotak dah buang. Hampa p google ja lah ?)
Cara buat :
Campak ja lah semua dalam blender pastu tekan punat, biar depa berjoget joget bersama dalam tu. Siap. Sedia dinikmati ?
Note kaki tangan :
Rolled oat tu kalau boleh rendam 10 minit atau semalaman. Nak bagi lembut, baru sedap. Kalau terus blend ada yang tak hancur. Tapi ikut selera masing masing lah nooo. Hehehe
#keknimasak
#resepikekni
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Legenda sukan basikal trek tanah air, Dato Muhammad Azizulhasni Bin Awang merupakan antara harapan negara untuk membawa pibgat di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun. Beliau yang turut diberi nama gelaran ‘The Pocket Rocketman’ cukup disegani ramai di kalangan atlet berbasikal kerana kehebatannya di atas trek.
Walaupun mempunyai fizikal lebih kecil berbanding pengayuh dari negara-negara Barat namun ia tidak menjadi penghalan kepada Azizul untuk menjadi antara yang terbaik di dunia. Pentas Olimpik kali ini cukup istimewa buat Azizul yang menggalas harapan negara terutama dalam acara kegemarannya, Keirin.
Foto: FB Azizulhasni Awang
Lebih istimewa untuk sukan Olimpik kali ini, Azizul membawakan ‘senjatanya’ yang terbaru dalam bentuk sebuah basikal berteknologi paling tinggi. Basikal yang dimaksudkan ialah WX-R Vorteq yang dihasilkan khusus untuk Azizul gunakan dalam perlumbaan Olimpik.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pengamal media serta peminat sukan berbasikal memberikan tumpuan yang agak luar biasa kepada basikal ini kerana ia dianggap senagai basikal trek paling mahal pernah dihasilkan. Difahamkan WX-R Vortex bernilai GBP60,000 yang bersamaam kira-kira RM352,000!
Mungkin anda hairan apa yang membuatkan basikal ini sangat mahal? Pertama sekali Vorteq menggunakan teknologi karbon fiber yang beratio tinggi. Malah, ia merupakan satu rahsia besar mereka tentang bahan sebenar yang digunakan.
Sebelum digunakan untuk perlumbaan rasmi, basikal ini telah melalui banyak ujian berteknologi tinggi. Antara ujian yang dilakukan ialah CAD (Computer Aided Design), to FEA (Finite Element Analysis) dan CFD (Computational Fluid Dynamics).
Ia juga melalui ujian statik dan dinamik struktur di dalam terowon angin bagi mencari keseimbangan serta aerodinamik yang paling mantap pernah dihasilkan.
Berbeza dengan beberapa frameset pengeluar lain, Vorteq ditawarkan dalam bentuk ‘a la carte’ di mana ia boleh dibeli mengikut komponen. Berikut merupakan harga beberapa komponen basikal WX-R Vorteq:
Fork – RM29,300
Tayar bersama rim – RM35,200
Upper seatpost – RM17,600
Integrated handlebar/stem – RM58,660
Saddle – RM17,600
Untuk pengetahuan anda harga RM352,000 yang dinyatakan di atas adalah tidak termasuk dengan aksesori tersebut. Maka untuk keseluruhan lengkap basikal WX-R vortex ia menelan jumlah sebanyak GBP80,000 (RM469,290).
Ia juga dikeluarkan dalam dua saiz berbeza sahaja iaitu small dan medium. Tidak hairanlah ramai peminat sukan basikal trek global memberikan fokus cukup hebat kepada Azizul di Olimpik kali ini.
Semoga perjuangan Azizul di Sukan Olimpik akan menghadirkan sebutir pingat untuk negara tercinta. Selamat berjuang The Pocket Rocketman!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.