
Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi, sekaligus mencipta kelasnya tersendiri.
Memetik laporan Sinar Harian, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang mesra dipanggil “Dek Wan” berjaya mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.
Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.
Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.
Dalam pada itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.
Pingat emas menjadi milik atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924.
Pingat gangsa pula disambar oleh Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata.
Sumber: Sinar Harian
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Tip Memilih Jurulatih Kecergasan Yang Sesuai Di Gimnasium

Bagi anda yang ingin bersenam dengan bantuan daripada jurulatih kesihatan, pastinya tertanya-tanya apakah kriteria yang perlu anda pertimbangkan. Setiap jurukatih kecergasan pastinya mempunyai kelebihan masing-masing namun adakah dia sesuai untuk anda?
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana memilih jurulatih kecergasan yang sesuai.
1. FIZIKAL
Yang pastinya anda perlu mengkaji dan melihat sendiri imej luaran jurulatih tersebut. Dari segi fizikal, sudah pastinya anda boleh mengagak sama ada individu tersebut layak atau tidak. Sekiranya fizikal jurulatih tersebut mencurigakan, ada baiknya untuk anda teruskan mencari yang lain. Aspek fizikal luaran ini penting untuk anda menilai sejauhmana kemampuan mereka.
2. TANYAKAN SOALAN
Ini ialah strategi utama untuk anda memilih jurulatih kecergasan yang sesuai. Soalan, apa yang perlu ditanya? Tanyakan apa-apa sahaja soalan tidak kiralah sama ada ia melibatkan fitness, gim mahupun kesihatan. Uji minda dan kepakaran individu tersebut menjawab soalan anda. Dan sekiranya ada masa individu tersebut seolah-olah teraga-agak menjawabnya, baik anda lupakan sahaja.
3. SELIDIK PROGRAM YANG DIJALANKAN
Banyak pusat kecergasan di luar sana ternyata gagal mengemudi program yang dijalankan sehingga melibatkan kecederaan serta kesakitan bagi mereka yang menjalaninya. Disini, anda sendiri perlu mengkaji sendiri sama ada program kecergasan yang disyorkan menepati dengan kesesuaian dan kemampuan diri anda sendiri. Jangan pula kerana terlalu teruja ingin mendapatkan badan yang cantik dan sasa, anda sanggup mengambil risiko. Pilih jurulatih yang memahami daya dan ketahanan tubuh badan anda.
4. KESERASIAN
Keserasiaan itu amat perlu. Ini tidak bermaksud keserasian dalam perhubungan intim, seksual mahupun peribadi. Cuma, keserasian itu penting bagi anda dan juga jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merasakan jurulatih kecergasan tersebut tidak serasi dengan jiwa dan diri anda, ada baiknya anda berhenti dan mulai cari jurulatih yang lain.
5. JALANI LATIHAN PERCUBAAN
Jangan takut untuk meminta. Pastinya anda boleh meminta untuk menjalani latihan percubaan terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi anda untuk menilai sejauh mana kemampuan anda terutama sekali jika anda inginkan latihan long-term arrangement. Anda boleh menjalani beberapa latihan dan pada masa yang sama ia amat bagus untuk anda mendapatkan keserasian dengan jurulatih kecergasan tersebut.
6. KAJI LATAR BELAKANG
Ini juga langkah penting yang anda boleh lakukan. Kaji selidik latar belakang jurulatih kecergasan tersebut terlebih dahulu. Anda tidak perlu menyelidik latar belakang perbadinya cuma anda perlu bijak untuk mengetahui mengenai potensi, dedikasi dan kebolehannya.Anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan gim tersebut ataupun sesiapa sahaja yang bekerja di sana.
7. SELIDIK MANA-MANA KEJAYAAN YANG LEPAS
Anda juga boleh tanyakan pada jurulatih kecergasan tersebut mahupun sesiapa sahaja siapa klien-klien mereka yang lepas. Mana tahu anda mungkin akan mendapat recommendation daripada mereka. Ini penting bagi anda untuk melihat sejauh mana kemampuan dan dedikasi jurulatih tersebut dari klien yang pernah bekerjasama. Dan adakalanya ia amat penting bagi anda untuk meninjau semula sejauh mana kelayakkan mereka.
8. ‘OBSERVE’
Ini merupakan tip yang paling utama. Bayangkan anda sudah pun mendaftar di gim tersebut, anda boleh juga amati potensi jurulatih kecergasan yang lain di gim tersebut. Amati cara mereka melayan dan melatih klien. Dengan cara ini, anda dapatlah membezakan dan bandingkan cara dan gaya mereka dari segi potensi, dedikasi, semangat, emosi dan lain-lain. Dan sekiranya anda punya peluang, luangkan masa untuk berbicara dengan klien tersebut sejauh mana kemampuan jurulatih mereka itu.
9. DEMAND 100% PERHATIAN
Ini juga amat penting dari anda sendiri mahupun jurulatih tersebut. Perhatian yang maksimum sangat penting terutama sekali bagi para jurulatih yang melatih anda. Anda semestinya tidak mahu ada gangguan mahupun ‘selingan’ yang boleh mengugat konsentrasi anda seperti bersms, bual-bual kosong, menjawab sebarang panggilan dan lain-lain . Jikalau boleh, utarakan permintaan anda ini sebelum anda mula berlatih.
10. KELAYAKAN
Dan akhir sekali, semua jurulatih kecergasan peribadi di mana-mana gim sekalipun perlukan kelayakan. Ini juga perlu anda titikberatkan, walaupun di masa kini amat mudah dan senang bagi seseorang untuk menjadi jurulatih tanpa perlu sebarang pengiktirafan. Di sini, anda boleh tanyakan kepada pihak pengurusan di gim anda mendaftar. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation of International Sports, Aerobics and Fitness (FISAF), American Council of Exercise (ACE), ataupun National Association of Fitness Instructor (NAFI) di Malaysia.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Makan Tauge Untuk Lelaki, Antaranya Jadi Ejen Awet Muda

Tauge ini sejenis sayuran yang boleh membuatkan ramai orang berbelah bahagi. Akan wujud sama ada orang yang makan dan orang yang cukup tak suka dengan tauge.
Apa salah tauge pun MASKULIN tak tahu sampai ada yang sangat benci kepadanya. Mungkin mereka tak tahu bahawa terdapat banyak kebaikan taugeh terutamanya buat golongan lelaki.
Nak tahu apa kelebihannya? Ikutinya di bawah! Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
BACA: Khasiat Biji Tembikai Untuk Tubuh, Salah Satunya Baik Untuk Kesuburan Lelaki
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Melakukan Senaman Menggunakan AB Wheel

Ab wheel atau juga dikenali sebagai ab roller merupakan alat bantu senaman yang cukup ringkas. Ia mempunyai dua pemegang yang bersambung kepada satu roda.
Jika anda menggunakan dengan baik dalam senaman, ab wheel mampu membantu anda memperbaiki kekuatan otot. Antara bahagian badan yang banyak dapat manfaat ialah tricep, bahu dan juga perut.
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Meningkatkan prestasi sukan
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi dan pergerakan anda
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI