Mungkin bagi sesetengah dari anda yang mengikuti siri popular ‘Stranger Things’ cukup mengenali sosok aktor ini. Davod Harbour yang turut muncul membawakan watak aksi komik popular Hellboy kini sedang melakar namanya sebagai pelakon aksi.

Terbaru, David bakal muncul dalam sebuah filem cukup menarik yang menggabungkan elemen filem perayaan dan juga aksi. Dalam filem terbaru berjudul ‘Violent Night’, David Harbour tampil membawakan watak sebagai Santa Claus.

David Harbour Tampilkan Karakter Santa Claus Versi Brutal Dalam ‘Silent Night’

Versi watak Santa Claus yang dibawakan olehnya menerusi ‘Violent Night’ cukup berbeza berbanding konvensyen biasa yang kita lihat dalam filem lain.

Filem ini mengisahkan bagai sekumpulan perompak yang telah memecah masuk sebuah rumah pada malam Krismas. Lebih malang lagi keluarga yang menetap di rumah tersebut telah ditangkap dan dijadikan sebagai tebusan.

IKLAN

David Harbour Tampilkan Karakter Santa Claus Versi Brutal Dalam ‘Silent Night’

Namun perompak-perompak ini tidak bernasib baik apabila bertembung dengan Santa Claus yang cukup mantap dalam pertarungan.Anda cuba bayangkan Santa Claus yang tampil seperti watak John McClane dalam dilem ‘Die Hard’ tapi tampil sebagai watak yang cukup mesra.

IKLAN

“Pada mulanya risau juga kerana kena bawakan watak yang sangat sinonim dengan kemesraan seperti Santa. Namun apabila membaca skrip saya dapati watak ini sangat unik. Paling penting karakter ini mempunyai pengembangan yang sangat baik.

David Harbour Tampilkan Karakter Santa Claus Versi Brutal Dalam ‘Silent Night’
(from left) David Harbour and director Tommy Wirkola on the set of Violent Night.

“Dia cukanlah satu dalam satu dimensi sahaja malah mempunyai personaliti yang tersendiri. Saya mahu melihat karakter ini bukanlah sebagai adiwira tetapi sebagai seseorang yang ingin menegakkan keadilan,” jelas David Harbour menerusi temu bual bersama io9.

IKLAN

Jika anda mencari sensasi keriangan filem perayaan yang biasa, ‘Violent Night’ bukanlah filem untuk anda. Ia adalah sebuah filem aksi komedi gelap yang bakal memberikan pengalaman tersendiri.

Berminat untuk tonton tayangan perdana ‘Violent Night’?

Jawab soalan di bawah!

PERADUAN MASKULIN x 'VIOLENT NIGHT'   
David Harbour Tampilkan Karakter Santa Claus Versi Brutal Dalam ‘Silent Night’

Tarikh tutup: 27 November 2022

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI