Hiburan

David Beckham Titip Ucapan Romantis Pada Hari Lahir, 10 Fakta Menarik Victoria Beckham!!

Share

Siapa tak kenal dengan isteri legenda bola sepak dunia David Beckham, VICTORIA Beckham. Menyambut hari lahirnya yang ke-50 pada hari Rabu (17/4), suaminya, turut menitip mesej romantik melalui Instagram.

Memang romantik David Beckham  ni!

Dalam muat naiknya, Beckham berkongsi video yang menunjukkan potret Victoria dari semasa ke semasa, bermula ketika Victoria masih kanak-kanak sehingga dia bergelar ibu kepada empat orang anak.

 

“Selamat Hari Lahir kepada isteri saya yang cantik. “Apabila tibanya hari lahir ini, anda harus melihat ke belakang dan berbangga dengan apa yang telah anda capai dan apa yang telah anda bina, Posh Spice (nama panggilan Victoria), ahli perniagaan wanita dan sudah tentu berkahwin dengan kapten England,” tulis Beckham.

“Tetapi kejayaan terbesar anda ialah anak-anak, anda membimbing mereka, menyayangi mereka dan mengajar mereka. Mereka menyayangi anda melebihi kata-kata, kami semua sangat menyayangi anda. Pada hari istimewa ini, anda berhak mendapat segala-galanya, 50 tahun dengan badan yang cergas. “Saya Jujur @victoriabeckham @brooklynpeltzbeckham @romeobeckham @cruzbeckham #HarperSeven,” sambung Beckham.

Selain Beckham, anak-anak Victoria turut menyampaikan ucapan romantis di akaun Instagram masing-masing. Anak lelaki pertama Victoria dan Beckham, Brooklyn Beckham, memuat naik potret Victoria memegang anak kecilnya di pantai.

10 Fakta Victoria Beckham Yang Anda Tidak Tahu

  • Victoria Beckham sering dibuli di sekolah dan berasa dipulaukan oleh rakan-rakannya. Malah, dia tidak mempunyai ramai kawan.
  • Keluarganya sangat berjaya tetapi dia berasa malu dan benci apabila bapanya membawanya ke sekolah dengan menaiki Rolls Royce. Dia lebih suka berjalan kaki ke sekolah.
  • Victoria menghasilkan 5 dokumentari rasmi tentang kehidupannya bersama suaminya, David Beckham, dan dia juga pernah menjadi cameo dalam Ugly Betty. Dia juga memainkan peranan kecil dalam kartun SpongeBob Squarepants.
  • Victoria Beckham juga menulis, walaupun dengan bantuan orang lain. Autobiografi pertamanya “Learning to Fly”  dikeluarkan pada tahun 2001 dan menceritakan semua tentang masa mudanya, perjalanannya bersama Spice Girls dan juga kehidupan keluarganya sekarang.
  • Pada 2013 Victoria Beckham telah diundi sebagai salah satu daripada 100 wanita paling berpengaruh di Britain menurut Radio 4’s Woman’s Hour.
  • Apabila Victoria Adams bertemu dengan David Beckham pada tahun 1997, dia tidak tahu betapa popularnya Beckham. Menjadi salah satu pasangan paling popular di dunia  “Posh and Becks” bertunang pada tahun 1998 dan berkahwin dalam majlis yang sangat mewah di Luttrellstown Castle, Ireland pada musim panas 1999 dan menelan kos £500,000.
  • Nama tengah Victoria adalah Caroline. Victoria Caroline Beckham.

Patutlah David sayang betul dengan Victoria ni!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Nana