
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan otak telah disahkan meninggal dunia.
Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu menghembus nafasnya yang terakhir pada jam 9.23 malam, Ahad.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan salah seorang anaknya, Fatihah Salahuddin, menerusi akaun media sosialnya.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada tahun 2018.
Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Fatimah Taha dikurniakan enam cahaya mata.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki ‘Limited Edition’, Ada Lagi Ke Yang Punya 9 Sifat Ini Comfirm Jadi Dambaan Wanita!

Lelaki yang berwajah dan bertubuh maskulin, kacak, seksi dan sado tidak sama seperti apa yang ada dengan 9 lelaki dambaan wanita ini. Kadang kala, seorang wanita hanya memerlukan sedikit keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya pertunjukan besar-besaran mahupun mahal.
Berbanding pendapat umum, masih sifat lelaki sebenar yang belum terkubur ini 9 sifatnya.
1. TOLONG BUKAKAN PINTU
Seorang lelaki yang mengambil masa untuk membuka pintu kereta untuk anda adalah seseorang yang berharga, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini. Adakah anda suka berdiri terbiar di luar kereta oleh pasangan anda? Hargai lelaki yang peduli akan keselesaan anda dahulu, walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat.
2. MEMBERIKAN ANDA KEPINGAN TERAKHIR MAKANANNYA
Mereka kata cara terbaik ke hati seorang lelaki adalah melalui perutnya. Maka, apabila dia menyimpan kepingan terakhir untuk anda, dia sedang memaklumkan bahawa dia menyukai anda lebih berbanding makanan dihadapannya itu.Anda rasa apa maknanya itu?
3. MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA ANDA
Seorang lelaki yang menunjukkan minat akan gambar-gambar anda semasa bayi, membantu mengajar adik anda bermain bola dan memuji masakan ibu anda adalah seorang lelaki yang mahu berada di sisi anda untuk jangka masa lama. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niatnya.
4. SANGGUP MENONTON KISAH YANG TIDAK DIA GEMARI
Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’kerana anda menginginkannya, dia layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika dia lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.
5. MENGHANTAR BUNGA
Saya bukan bercakap mengenai jambakan bunga berharga RM100 yang anda terima waktu Hari kekasih. Saya bercakap mengenai jambakan bunga yang dia hadiahkan secara tiba-tiba dan spontan, sesuatu yang dia pilih apabila terfikirkan anda. Sesuatu mengenai mendapat bunga secara tiba-tiba yang akan membuatkan seorang wanita tersenyum.
6. BERJALAN PADA BAHAGIAN LUAR LORONG PEJALAN KAKI
Pertama kali seseorang melakukannya, anda pasti berasa keliru. Namun lama-kelamaan anda mula berfikir, kenapa lelaki lain dalam hidup anda tidak pernah melakukan perkara ini, yang membuatkan anda rasa dilindungi apabila dia menjaga anda daripada bahaya berjalan kaki dengan berjalan di bahagian luar. Ia bukan satu kemestian, tetapi indah untuk dialami.
7. MENCIUM DAHI ANDA
Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba.
Sekiranya pasangan yang sedang anda keluar bersama melakukan ini, anda akan risau bahawa dia menganggap anda sebagai adik sahaja. Namun, jika anda berada dalam hubungan jangka masa panjang dan pasangan anda melakukan ini, ia adalah satu aksi kecil yang boleh membuatkan anda rasa disayangi.
8. MENGISI TANGKI MINYAK ANDA
Aksi ini akan membuatkan anda terkejut pada awalnya. Bukan bermakna anda tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri, tetapi ini sebenarnya merupakan petanda lelaki ini telah dididik dengan baik dan memang bersifat sopan. Dia tidak duduk sahaja sementara anda melakukan tugas-tugas begini.
9. MEMAKAIKAN ANDA JAKET
Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan anda jaket anda atau menawarkan jaket mereka, terutama sekali pada waktu sejuk.
Sumber : Sirap Limau
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Zul Ariffin ‘Kehilangan’ Ibu Tercinta Akibat Sakit Jantung

Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.
Pelakon berbadan sasa ini memuat naik menerusi media sosial disambut dengan berita sedih mengenai kematian ibu kandungnya, Robiah Nasir pagi tadi. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 3.40 pagi Selasa akibat serangan jantung di rumah kakak Zul dekat Sungai Penchala, Damansara, Selangor
“Ibu saya memang sakit jantung. Saya tidak sangka dia meninggalkan kami seawal ini kerana sebelum ini tidak tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Saya reda dengan pemergiannya dan berdoa agar urusannya di sana dipermudahkan,” kata Zul dipetik dari sebuah portal tempatan.
Menurut portal Astro Gempak, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas selesai solat fardu Zohor dan disembahyangkan di Masjid Sungai penchala.
Menerusi ruangan Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), ramai peminat telah meninggalkan komen ucapan takziah atas kehilangan wanita tersebut.
Dalam masa yang sama, kekasih hati Zul, Zahirah Macwilson turut memuat naik gambar ucapan takziahnya mengenai berita kehilangan tersebut.
Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti.
Sumber : Mynewshub
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sherry Alhadad Akui Sukar Cari Jodoh dalam Industri Hiburan

Menemukan pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam industri hiburan yang sibuk dan penuh cabaran.
Ini diakui sendiri oleh selebriti terkenal, Sherry Alhadad, yang terbuka berkongsi tentang cabaran peribadinya mencari jodoh.
Dalam satu perbualan santai, Sherry mendedahkan faktor-faktor yang membuatkan perjalanan mencari pasangan hidup menjadi lebih mencabar.
Fokus Kerjaya Hingga Tiada Masa Bersosial
Sherry mengakui bahawa salah satu sebab dia sukar menemui pasangan adalah kerana tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.
Jadual kerja yang padat membuatkan dia kekurangan masa untuk keluar bersosial atau mengenali orang baharu.
“Saya jarang ada masa untuk keluar lepak atau jalan-jalan. Circle saya pun kecil, jadi nak kenal orang baru tu memang susah. Kalau nak cuba aplikasi dating yang swipe kanan, kiri tu, saya tak nak pula. Saya lebih prefer jumpa orang depan-depan,” jelasnya.

Cabaran Bertemu Pasangan yang Sesuai
Bekerja dalam industri hiburan turut mempersempitkan pilihan pasangan hidup.
Sherry berkongsi bahawa kebanyakan lelaki yang dia jumpa sama ada sudah berkahwin atau tidak sesuai dengan apa yang dia cari.
“Mungkin la saya kena buat kajian kenapa saya tak jumpa jodoh. Sebab ramai yang saya jumpa dalam industri ni suami orang. Tapi kalau duda, saya okay je. Lagipun saya suka budak-budak, jadi kalau dia ada anak pun, saya anggap itu bonus,” katanya sambil bergurau.
Minat Menjaga Kanak-Kanak Jadi Tarikan
Meskipun belum bertemu pasangan, Sherry tidak terburu-buru.
Dia menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kanak-kanak, yang sering menjadi perhatian ketika berkumpul bersama rakan-rakan.
“Kalau ada gathering kawan-kawan, saya la yang akan jaga anak-anak mereka. Saya tak rasa tertekan, saya suka jaga budak. Sebab tu kalau ada pasangan yang ada anak, saya rasa okay je. Itu bonus untuk saya,” tambahnya dengan senyuman.
BACA LAGI : Saif Ali Khan Kini Kritikal, Diserang Perompak Di Rumah
Tidak Terburu-Buru Mencari Pasangan
Sherry percaya bahawa jodoh akan datang pada waktu yang tepat dan tidak mahu terlalu memaksa diri untuk mencari pasangan.
Baginya, yang penting adalah fokus kepada kebahagiaan dan kesejahteraan diri terlebih dahulu.
“Saya tak pressure diri sendiri. Saya percaya kalau dah sampai masanya, Tuhan akan beri,” ujarnya.
Cabaran mencari jodoh dalam industri hiburan adalah sesuatu yang Sherry Alhadad hadapi dengan hati yang terbuka.
Semoga Sherry bertemu pasangan yang sesuai suatu hari nanti!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI