Datuk Fazley Yaakob Cadangkan Sekolah Ditangguh Dengan Segera

Share

Ibu bapa mana yang tidak risau akan keselamatan anak-anak mereka. Apatah la apabila negara sedang berdepan gelombang ketiga wabak Covid-19. Datuk Fazley Yaakob di antara selebriti berpengaruh negara menyuarakan kebimbangannya dengan situasi sekarang.

Menerusi satu hantarannya di Instagram, beliau mencadangkan sekolah harus ‘dicutikan’ sebelum terlambat. Pada kapsyen hantaran tersebut beliau turut melahirkan kerisauan dan yakin bahawa pengikutnya turut mempunyai sentimen sama.

Memetik laporan Gempak, Batuk Fazley Yaakob tidak menyangka bahawa kebimbangan yang disuarakannya turut disokong oleh ramai ibu bapa di luar sana.

Sebagai seorang bapa kepada empat orang cahaya mata, beliau cukup risau dengan situasi sekarang. Dan itulah sebab mengapa cadangan itu dilontarkan dan dikongsi di laman media sosial.

SUARAKAN KEBIMBANGAN

“Di rumah saya ada anak kecil berusia 3 tahun. Seorang ibu yang merupakan warga emas berusia 67 tahun. Jadi saya rasa ini juga suara ramai,” jelasnya lagi.

Kebimbangannya juga terjurus kepada murid-murid yang belajar di peringkat sekolah rendah terutamanya bagi murid yang masih kecil seperti tahun satu.

Golongan kanak-kanak merupakan antara yang berisiko tinggi. Disebabkan usia masih muda mungkin anak-anak ini agar sukar untuk faham dan mematuhi SOP. Manakala bagi pelajar yang sedang menduduki peperiksaan penting beliau mencadangkan kedatangan secara berkala yang bergantung pada keadaan.

Beliau juga menyeru dan berpesan kepada orang ramai yang baru pulang dari lokasi berisiko tinggi agar lebih bertanggungjawab.

“Jika kita berjumpa dengan orang yang kita tahu baru pulang dari zon berisiko, usahlah bersalaman atau melakukan kontak secara rapat dengan mereka”, jelasnya lagi.

Semoga pandemik ini dapat kita harungi dengan baik seperti yang kita semua lakukan sebelum ini. Tiada orang lain yang mampu membantu untuk melandaikan kadar jangkitan dan penularan wabak Covid-19 melainkan kita semua.

Kredit: IG Datuk Fazley Yaakob & Gempak

Published by
Farizul Izwany Ibrahim