
Perjalanan Dari Offshore ke Dunia Perniagaan
Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama yang penuh keberanian.
Begitulah kisah Faidzal Ali, seorang lelaki berusia 40 tahun yang dahulunya bertugas sebagai penyelia dalam industri minyak & gas selama 10 tahun.
Dunia offshore bukanlah sesuatu yang mudah ia menuntut ketahanan fizikal dan mental, di samping risiko pekerjaan yang tinggi.
Namun, selepas satu dekad bergelumang dengan industri ini, Faizal membuat keputusan besar untuk meninggalkan dunia offshore dan menceburi bidang perniagaan makanan, meneruskan legasi keluarga yang sudah beroperasi lebih dua dekad.
Legasi Keluarga & Inspirasi di Sebalik Mama Prima
Sejak kecil, Faidzal sudah terbiasa melihat keluarganya mengusahakan perniagaan nasi lemak.
Ibunya adalah tunjang utama di sebalik jenama Mama Prima, nama yang diilhamkan daripada panggilan mesranya kepada ibu tersayang.
Keunikan nama ini juga berpunca daripada lokasi pertama perniagaan mereka di Gombak Prima, yang menjadi titik permulaan perjalanan perniagaan keluarga ini.
Pada tahun 2022, Faizal membuka cawangan kedua Mama Prima, membuktikan kesungguhannya untuk mengembangkan perniagaan warisan ini.
Walaupun sudah lama meninggalkan dunia offshore, prinsip kerja keras dan disiplin tinggi yang diterapkan dalam bidang minyak & gas masih menjadi pegangan utamanya dalam menguruskan perniagaan.
View this post on Instagram
Cabaran & Pengorbanan dalam Dunia Perniagaan
Meninggalkan pekerjaan bergaji besar bukanlah keputusan yang mudah.
Namun, Faizal percaya bahawa stabiliti kewangan tidak hanya bergantung kepada gaji tetap, tetapi juga kebijaksanaan dalam mengurus kewangan.
Sebelum berhenti kerja, beliau memastikan kebanyakan hutangnya dengan bank telah diselesaikan, kecuali pinjaman rumah.
Namun, cabaran dalam dunia perniagaan juga tidak kurang hebatnya.
Konsistensi dalam penyediaan makanan, strategi pemasaran, pengurusan media sosial, serta menjaga kepuasan pelanggan adalah antara aspek yang perlu diurus dengan baik.
Baginya, membina hubungan baik dengan pelanggan adalah kunci utama dalam memastikan perniagaan kekal relevan dan berkembang.
BACA LAGI : Jelajah Ramadan Solo Dengan Kancil, Lelaki Ini Ronda Masjid Di Semenanjung Selama 11 Hari
Kisah Faizal Ali adalah bukti bahawa keberanian untuk berubah boleh membuka pintu rezeki yang lebih luas.
Dari pelantar minyak ke dapur nasi lemak, perjalanan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih seorang lelaki, tetapi juga semangat untuk meneruskan legasi keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI