
Hakimi Noordin bukanlah nama asing dalam industri fesyen tempatan.
Sebelum dikenali dalam bidang lain, jejaka ini memulakan kariernya sebagai seorang model.
Dunia modeling bukan sekadar kerja sambilan buat Hakimi ia sudah menjadi sebahagian daripada jati dirinya.
“Saya suka modeling, dan saya rasa saya akan terus buat sampai bila-bila. Ia dah jadi kehidupan saya,” jelas Hakimi penuh semangat.
Dunia Fesyen Musim Berganti, Muka Bertukar
Industri fesyen bukanlah satu bidang yang statik. Ia berubah mengikut musim dan tren.
Dalam tempoh beberapa tahun, ramai muka baharu muncul dengan gaya dan persona yang segar.
Buat model seperti Hakimi, cabaran paling besar adalah untuk terus kekal relevan dan ‘in trend’.
“Mungkin dulu saya muka baru, sekarang saya muka lama. Budak-budak baru semua tengah fight nak naik. Jadi, cabaran saya adalah macam mana nak sustain dalam industri ni,” ujarnya jujur.
Di Sebalik Kamera, Realiti Yang Tak Ramai Tahu
Ramai menganggap kerjaya sebagai model mudah sebagai contoh hadir ke set penggambaran untuk bergambar dan selesai.
Namun, realitinya jauh berbeza. Di sebalik imej sempurna yang ditonjolkan di atas pentas atau dalam kempen jenama terkenal, terdapat usaha keras yang konsisten dilakukan oleh seorang model.
“Kita kena jaga muka, kena jaga makan, kena pergi gym hari-hari. Nak maintain fit bukan senang. Dan paling penting, kena ada keyakinan dalam pembawakan watak,” katanya sambil menekankan pentingnya disiplin dalam kerjaya ini.
BACA LAGI : Transformasi Ikmal Amry, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ Suntik Semangat Untuk Jadi Atlet Profesional
Semua Pekerjaan Ada Cabarannya
Bagi Hakimi, tiada pekerjaan yang benar-benar mudah di dunia ini.
Setiap peranan, sama ada di belakang tabir atau di depan kamera, memerlukan usaha dan pengorbanan.
“Sama macam kerja lain. Kameraman kena berdiri lama. Make up artist pun kerja keras siapkan orang lain. Sama juga model kerja kami bukan hanya tangkap gambar dan balik. Banyak benda kami kena jaga,” katanya lagi.
Hakimi Noordin adalah bukti bahawa menjadi model memerlukan lebih daripada sekadar rupa paras yang menarik.
Ia memerlukan komitmen, disiplin, dan semangat juang yang tinggi untuk terus kekal berdiri dalam industri yang sangat kompetitif ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI