‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’. Itulah frasa indah yang sering diungkapkan ramai orang terutamanya dalam soal perhubungan dan percintaan.
Baru-baru ini di Twitter, tular sebuah kisah sahabat baik yang mengakhiri zaman bujang-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Kongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama Ainsymm, thread tentang kisah hidup Zati Zaini dan Ammar Azlan mendapat lebih 20,000 retweet.
Manakan tidak, netizen kan memang suka benda-benda yang sweet macam ni :
Menerusi laman Instagram Zati Zaini, dilihat instafamous berkenaan menulis kapsyen, “Alhamdulillah, kawan sampai kahwin”. Posting berkenaan kini dilihat mencapai lebih 100,000 tontonan sehingga hari ini.
Maklumlah dulu waktu berkawan, cuma panggil aku dan kau sahaja. Selepas berkahwin, panggilan gelaran tersebut perlulah ditukar sedikit agar nampak manja dan romantik.
Mungkin kerana tidak biasa dengan panggilan manja atau sebagainya, Zati seperti kekok ingin memanggil suaminya, Ammar dengan panggilan baharu.
Tulisnya, “Done kahwin. Mar, nak kena panggil abang ke biy ke daddy?”
Paling kelakarnya, dalam proses memanggil pasangan dengan gelaran baharu itu, ada kalanya Zati secara tidak sengaja masih terbiasa dengan bahasa diri ‘aku dan kau’.
Rata-rata netizen menganggap situasi yang dialami Zati dan Ammar sebagai sesuatu yang sangat sweet dan ‘bersemut’.
Mana tidaknya, daripada cuma sekadar kawan.. dipermudahkan urusan jodoh untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Apa-apa pun, Maskulin ingin mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia kepada pasangan pengantin baharu ini, Zati dan juga Ammar.
Kepada pasangan suami isteri di luar sana, ini sekadar gurauan ya. Awas apabila pasangan anda perkenalkan ‘kawan’ berlainan jantina. Takut terkahwin pulak. Hehe!