Bagi sesetengah lelaki hidu bau bau minyak enjin yang segar atau deruan bunyi enjin kereta yang padu sahaja sudah cukup membuatkan mereka teruja!
Disebabkan itulah di kalangan lelaki, kenderaan bukan sekadar alat untuk bergerak, tetapi juga teman setia yang sentiasa ada di sisi.
Menggilap kereta pada hujung minggu, membelek enjin, atau sekadar mencuci kereta sambil dengar muzik kegemaran – inilah momen-momen kecil yang cukup mendamaikan. Hubungan lelaki dengan kenderaan mereka memang sukar dipisahkan, seakan cinta pandang pertama yang tak pernah pudar!
Tapi, tahukah anda bahawa selain memberikan kepuasan jiwa, kenderaan anda juga boleh menjadi ‘partner’ untuk menjana pendapatan? Ya, dengan sedikit kreativiti, kereta atau pacuan empat roda anda boleh menjadi lebih daripada sekadar hobi – ia boleh berubah menjadi mesin buat duit!
Hobi Bertukar Menjadi Duit, Pasti Seronok!
Bayangkan ini – kereta kesayangan anda yang cantik dan berkilat bukan sahaja jadi tarikan pandangan, tetapi juga mampu membawa pulang wang ke poket anda. Best, kan? Kenderaan anda sebenarnya ada potensi besar untuk menjana pendapatan, dan cara-cara untuk melakukannya lebih mudah daripada yang anda sangka.
Ads
Anda pernah dengar tentang menyewakan kereta untuk majlis perkahwinan atau penggambaran? Ini satu contoh yang semakin popular di kalangan peminat automotif.
Jika kereta anda unik atau klasik, ada ramai yang sanggup bayar untuk guna kenderaan anda dalam acara mereka. Bayangkan betapa bangganya anda melihat kereta anda menjadi sebahagian daripada hari istimewa orang lain.
Dan jangan lupa, dengan menjadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan, anda secara automatik jadi bos kepada diri sendiri! Anda yang tentukan jadual, anda yang tentukan harga. Kerja ikut keselesaan, tanpa perlu risau terikat dengan jadual ketat atau arahan bos.
Ads
Kerja Mudah Jadi Rakan Servis Penghantaran
Okay, mari kita bincang cara yang paling senang untuk mula menjana pendapatan – menjadi pemandu penghantaran! Dengan adanya pelbagai platform menawarkan servis seperti ini di pasaran, anda boleh gunakan kenderaan anda untuk hantar makanan, barang, atau apa saja ke serata tempat. Lagi best, anda boleh pilih waktu bekerja sendiri!
Tak perlu risau pasal modal besar atau persediaan rumit. Asalkan kenderaan anda dalam keadaan tip-top, anda sudah boleh mula bekerja. Tambah pula, setiap penghantaran adalah peluang untuk explore tempat baru, bertemu dengan pelbagai orang, dan mungkin jumpa kawan baru dalam komuniti rakan penghantaran.
Dan yang paling penting, pendapatan tambahan ini boleh digunakan untuk tampung kehidupan seharian atau untuk terus memanjakan kenderaan kesayangan anda. Jadi, bukan sahaja hobi anda terjaga, tetapi poket pun semakin tebal!
Ads
Salah satu platform terbaik bagi MASKULIN ialah Lalamove. Untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan ada kenderaan sendiri, jadi rakan pemandu Lalamove ni memang pilihan yang bijak untuk tambah pendapatan.
Nak jadi rakan pemandu Lalamove? Prosesnya mudah dan tak membebankan. Kalau anda warga Malaysia dan ada kenderaan sendiri, tak kira kereta, motosikal , van, atau lori, anda dah layak untuk memohon jika memiliki lesen memandu.
Pendaftaran cepat dan boleh buat online je. Lagi best, Lalamove bagi insurans kemalangan peribadi percuma, jadi anda boleh kerja dengan tenang sebab tahu anda dilindungi kalau berlaku apa-apa.
Dengan semua peluang ini, tak ada sebab untuk tidak mula menjadikan kenderaan anda sebagai mesin jana pendapatan. Seronok, fleksibel, dan menguntungkan – apa lagi yang anda tunggu? Jom mula sekarang dengan mendaftar di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanyalah mana-mana lelaki yang minat kereta, mereka pasti tidak akan senang melihat kondisi kereta dengan penampilan ‘standard’ yang sama selepas keluar dari kilang. Paling tidak pun mereka akan teringin untuk tukar sport rim atau ‘lowered’ kereta mereka dengan menukar suspension yang lebih sporty.
Namun bercakap tentang suspension, komponen ini sebenarnya cukup sensitif kerena ia melibatkan faktor keleseaan dan juga keselamatan dalam pemanduan.
Walaupun merendahkan atau lowered kereta dilihat satu modifikasi mudah namun impaknya cukup besar dalam memberikan pengalaman terbaik pemanduan serta penumpang kereta anda.
Iya, memang kereta akan nampak lebih sporty namun haruskah anda korbankan keselsaan diri san ahli keluarga dengan melakukan modifikasi melulu?
Disebabkan itulah anda harus dapatkan pandangan serta kepakaran dari pihak yang mempunyai pengalaman luas dalam modifikasi seperti ini.
MASKULIN baru-baru ini telah sempat mengunjungi FTUNED SUSPENSION di ibu negara bagi melihat sendiri produk suspension yang mereka tawarkan. MASKULIN juga sempat menemu bual pengasanya, Wan Ahmad Farouk yang berkongsi banyak input berguna untuk anda yang ingin menukar suspension atau melakukan ‘lowered’ pada kereta.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama beliau menerusi paparan AUTO RACUN di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan kenderaan empat roda kategori sport utility vehicle atau SUV kini cukup popular terutamanya golongan eksekutif. Dalam kategori SUV mewah jentera BMW X7 dikatakan di antara terbaik di pasaran.
Terbaru, BMW Malaysia memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7. Lebih menarik BMW Malaysia turut menawarkan iterasi “The President” serba baharu yang kini lebih berpandukan prestasi.
BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan elegan dan ruang yang luas.
Jentera yang dipasang siap di Malaysia ini juga hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard lalu memberikan sport activity vehicle (SAV) mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Lalu ia disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.
KUASA ENJIN
BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan.
Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive.
Varian SAV premium terbaharu ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.
Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan – disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaharu.
DALAMAN SERBA PREMIUM
Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin.
Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. Malah pemilik juga masih dapat memanfaatkan fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360˚.
Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang menginginkan kereta mereka wangi sepanjang masa, memilih dan meletakkan pewangi kereta dengan cara yang betul adalah penting.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
Bila dah letak pewangi di sini barulah bau harum sampai ke bahagian belakang kereta.