Tanyalah mana-mana peminat permainan video atau gaming terutamanya menggunakan konsol PlayStation antara game yang cukup popular dan digemari ialah Gran Turismo.
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1997 oleh syarikat milik Sony Interactive Entertainment iaitu Polyphony Digital, ‘Gran Turismo’ merupakan permainan video simulasi perlumbaan terhebat diperkenalkan ketika itu.
Sejak itu legasinya berterusan buat PlayStation 2 hinggalah yang terkini menerusi konsol PlayStation 5. Di antara sebab utama mengapa ‘Gran Turismo’ digemari ramai peminat permainan video ialah unsur realistik ubah suai kereta yang dibawa olehnya.
Dan hari ini satu berita yang pastinya menggembirakan peminat ‘Gran Turismo’ apabila ia diumumkan akan muncul dalam adaptasi filem. Menerusi kenyataan media dari Sony Pictures Entertainment mengatakan ‘Gran Turismo’ akan tampil menemui penonton di pawagam pada bulan Ogos 2023.
Lebih menarik projek filem ini dikepalai oleh pengarah yang cukup berpengaruh iaitu Neill Blomkamp yang sebelum ini terkenal menerusi filem arahannya, ‘District 9’. Pengumuman tentang filem ini turut dilakukan menerusi persembahan video pendek di CES 2023.
Ads
Malah, mereka turut mengumumkan lebih banyak projek seumpamanya akan diperkenalkan di masa akan datang sama ada dalam bentuk filem atau siri televisyen.
Filem ‘Gran Turismo’ dikatakan diinpirasikan dari benar. Ia mengikuti kisah seorang remaja yang juga pemain Gran Turismo yang menggunakan kemahirannya untuk menjadi pelumba kereta di dunia sebenar.
Ads
Watak remaja tersebut dilakonkan oleh Archie Madekwe. Selain itu ia turut dibintangi oleh David Harbor, Orlando Bloom dan Geri Halliwell (Ginger Spice).
Menurut laporan filem ‘Gran Turismo’ mengambil masa cukup lama untuk dihasilkan oleh kerena beberapa faktor kesulitan sama seperti siri permainan video itu sendiri yang mempunyai reputasi kerana ditangguhkan.
Ads
Sebelum ini satu usaha menjadikan versi filem judul ini telah dibatalkan sepenuhnya pada 2018 selepas menghabiskan lima tahun dalam pembangunan. Ketibaan Neill Blomkamp merancakkan semula penghasilan filem ini dan ia berubah dengan pantas sejak pembangunan filem semasa bermula pada Mei 2022, dengan penggambaran selesai menjelang Disember itu.
Gran Turismo bukan satu-satunya projek silang filem permainan dalam kerja-kerja di Sony. Terdapat keseluruhan siri HBO berdasarkan ‘The Last of Us’ yang ditayangkan pada 15 Januari.
Sama-sama kita nantikan filem yang dikatakan bakal menjadi ‘karya racing’ terhebat di layar perak ini pada Ogos nanti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 yang masih lagi menjadi krisis besar pada saat ini cukup menduga masyarakat global. Sepanjang bulan Ramadan lalu boleh dikatakan seluruh umat Islam di dunia menjalani ibadah di bulan mulia tersebut dengan pengalaman cukup berbeza.
Berbuka puasa hanya di rumah. Makanan berbuka atau bersahur juga dihasilkan di rumah atau dipepsan secara penghantaran. Solat terawih juga dilakukan hanya di rumah.
Muslims in Germany were able to mark Eid by partaking in socially distanced prayers, thanks to an Ikea in Germany.
Dan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu umat Islam di seluruh dunia juga menunaikan solat sunat Hari Raya dengan pendekatan yang jauh berbeza. Jika di negara kita telah tular pelbagai ragam pagi raya bersolat sunat hari raya di rumah, berbeza pula situasinya dengan segelintir masyarakat Islam di Jerman.
Selepas kesemua masjid dan rumah ibadah ditutup umat Islam di Jerman telah melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan letak kereta yang luas di sebuah gedung IKEA.
Dengan mengamalkan penjarakan sosial, kira-kira 700 orang telah mengambil bahagian bersolat jemaah. Lokasi tersebut dipilih kerana ia mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menunaikan solat sambil mengamalkan penjarakan sosial yang baik.
Difahamkan The Islamic Community Mili Gorus (IGMG) telah memohon keizinan daripada pihak IKEA untuk menunaikan solat di kawasan tersebut. Permohonan tersebut telah dipersetuji oleh IKEA dan perkara tersebut telah menjadi satu topik hangat di kalangan warganet antarabangsa kerana keterbukaan mereka membenarkan acara tersebut berlangsung di outletnya.
IGMG turut melahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis Wezlar, pejabat perundangan Wetzlar dan pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai sebuah realiti.
Walaupun umat Islam sering berdepan dengan pelbagai cabaran diskriminasi dan perkauman yang semakin hebat di Eropah namun toleransi begini masih lagi segar dan wujud.
Sumber: IGMG
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini kecoh dengan kejadian yang menimpa penduduk Lombok, Indonesia dimana gempa bumi yang dasyat berlaku sehinggakan ada yang hilang nyawa. Ini termasuk Syarizal dan 9 lagi rakan-rakannya yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 wanita berumur dari 24 tahun – 36 tahun yang ke Lombok untuk mendaki sebuah gunung di negeri terbabit.
Perancangan awalnya, sekumpulan mereka telah merancang untuk mendaki gunung Ranjini terbantut, kerana kawasan dakian ditutup apabila gegaran pertama yang berlaku pada 29 Julai lepas. Akibat tidak mahu membazir kos perjalanan yang telah dibeli, mereka semua meneruskan hasrat mereka ke Lombok dengan hanya berniat untuk melancong dan bersiar-siar.
“Kami menginap di City Hotel, Mataram pada 5 Ogos. Sewaktu saya dan rakan-rakan bersiap-siap untuk makan malam, lebih kurang pukul 7.45pm waktu tempatan, kami dikejutkan dengan gegaran yang kuat. Ketika itu, bilik saya merupakan tingkat paling tinggi hotel tersebut.”
“Saya masih ingat lagi, ketika gegaran berlaku saya terus berlari keluar dalam keadaan separa bogel kerana ketika itu saya sedang mandi. Tak sempat nak capai apa-apa pun, saya bergegas keluar dengan tuala dan hampir terjatuh kerana tidak sempat untuk menyarung kasut. Semua jadi panik ketika itu, kerana dinding sudah merekah, hiasan habis jatuh pecah, dan lampu juga turut jatuh akibat gegaran yang kuat. Semua yang bergegas turun dari bangunan hotel kelihatan ketakutan dan ada antara ibu sedang menyusukan anak.”
Setelah 15 minit, pemandu pelancong yang membawa Syarizal dan rakan-rakan telah menerima amaran Tsunami dan sekaligus bergegas membawa kesepuluh warganegara Malaysia ini jauh dari pantai. Mereka dibawa ke perkampungan Gunung Sari sebelum berlindung di kawasan rata disana.
“Kami ingin bergegas pulang ke Tanah Air kerana selang 15 ke 30 minit akan berlaku gegaran kecil membuatkan kami tak berani nak tidur. Namun, trafik di lapangan terbang Lombok menyebabkan kami terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu menaiki feri ke Bali untuk mengambil tiket penerbangan dari situ. Kami juga sempat menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta bagi membantu mendapatkan tiket untuk pulang ke Malaysia.”
Syarizal dan rakan-rakan juga berterima kasih pada penduduk tempatan kerana membekalkan mereka makanan serta tempat berehat sementara menunggu sehingga keadaan terkawal.
Walaupun perjalanan agak rumit dan jauh, mereka ini masih tidak berputus asa dan sentiasa bertawakal agar dilindungi olehNya. Dijangkakan mereka ini akan tiba di Malaysia paling lewat esok. Sama-sama kita doakan kesihatan mereka. Amin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku.
Disebabkan itu jugalah negara kita dan banyak negara lain mula menyeru rakyat mereka untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Selain pelitup muka 3 lapisan yang popular digunakan, penggunaan pelitup muka dari fabrik juga boleh digunakan terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.
Lalu timbullah pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan. Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan stujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan.
Namun ada juga yang mahu menjadi lain daripada yang lain. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah menghasilkan pelitup muka termahal di dunia. Pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan berlian.
Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lbih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia dikatakan bernilai kira-kira USD1.5 juta (RM6.3 juta).
Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut. Apa yang diketahui ialah ia dari seorang ahliperniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.
Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.
Ada duit semua jadi!
Jika ingin mencari pelitup muka yang murah dan pelbagai rekaan, anda boleh dapatkan di sini.
Kredit: AP
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.