Tidak dinafikan mungkin ramai yang berasa agak merendah diri dan segan apabila ingin mula bersenam. Apatah lagi jika anda merasakan fizikal serta kecergasan diri tidak berada pada tahap yang baik.
Namun anda harus fikir satu perkara. Jika tidak mula sekarang bila lagi!
Walaupun anda seorang yang sangat sibuk dengan pelbagai tugasan harian di rumah dan di pejabat janganlah tidak bersenam langsung. Lama-kelamaan stamina pun semakin menurun dan perut pun sedikit sebanyak menunjukkan kemajuan yang agak membimbangkan.
Apabila perkara ini berlaku anda pun akan mula rasa malas dan tiada kesungguhan ingin bersenam. Sebagai beginner anda juga harus tanam azam untuk menjadi lebih baik dan expert dalam jangka masa tertentu.
Sangat penting untuk anda ada sasaran!
Berikut MASKULIN kongsikan 8 cara terbaik untuk tingkatkan stamina!
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Tambah dari semasa ke semasa. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata anda cipta sendiri resipi makanan seperti burger tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
Ia, ini memang terbukti! Senaman di luar dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Diharapkan tip dari MASKULIN kali ini mampu membantu anda mendapatkan stamina yang makin mantap! Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
@maskulinmag Kaki melecet disebabkan melakukan larian memang perkara cukup melecehkan. Selain sakit ia juga menggangu rutin senaman atau larian anda. Jadi bagaimana untuk elak perkara ini berlaku? Ikuti beberapa tip MASKULIN. #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness ♬ Purple Front – DJ BAI