Anda kini sudah bersedia dari segi mental untuk memulakan aktiviti larian. Kasut larian, check. Jam tangan pintar lengkap dengan GPS, check. Pakaian sesuai untuk larian, check!
Namun ada satu perkara yang anda harus sedar. Sebagai orang baru yang ingin memulakan aktiviti larian sebagai rutin senaman, anda sebenarnya masih bergelar sebagai beginner.
Keterujaan merupakan perkara yang sangat baik buat anda yang dikira masih baru ingin berjinak dengan larian. Kerana dengan keterujaan itulah munculnya adrenalin yang terus membuatkan anda berkobar-kobar.
Akan tetapi jika tidak dilakukan larian dengan teknik yang betul, ia boleh mendatangkan masalah kepada anda. Bukan sahaja risiko kecederaan otot malah lebih bahaya risiko serangan cardiac.
Go slow and steady! Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti larian dengan selamat agar anda boleh berubah daripada beginner menjadi advanve.
Tidak dapat dinafikan rata-rata pelari berlari melebihi daripada kemampuan sebenar fizikal mereka. Ini sekali gus meningkatkan risiko kecederaan dan membuatkan larian berasa tidak seronok. Usah terpengaruh sangat dengan slogan ‘no pain, no gain’. Tiada gunanya badan kita terlalu sengsara semata ingin melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Buat permulaan, berjalan selama 5 minit untuk panaskan badan. Kemudian lari secara perlahan selama 1 minit dan kembali berjalan 2 minit. Ini membantu kadar degupan jantung dan juga kawalan pernafasan yang baik. Ulang selama 5 kali dengan jumlah larian keseluruhan kira-kira 20 hingga 30 minit.
Faktor pemakanan juga sangat penting untuk memastikan kualiti larian anda terus meningkat dari semasa ke semasa. Pemakanan bukan sahaja memberikan tenaga tetapi ia mampu mengubah mood anda menjadi lebih baik. Perbanyakkan makan makanan sihat dan seimbang dan elakkan makanan segera serta minuman ringan.
Kebanyakan atlet profesional, mereka sentiasa menjaga kondisi fizikal mereka dengan beberapa cara. Salah satunya ialah Heart Rate Monitor dan Sleep Tracker. Kedua-dua teknologi ini mampu membantu anda mengetahui kondisi badan yang sebenar. Sama ada anda cukup rehat atau tidak serta kemampuan degupan jantung untuk melakukan aktiviti berat seperti larian.
Melakukan meditasi merupakan antara cara terbaik untuk memberikan kondisi mental yang baik. Bagi yang beragama Islam, jangan tinggalkan solat. Jika ada masa terluang lakukanlah zikir kerana ibadah itu pasti menenangkan. Denghan minda yang tenang dan mental yang baik anda pasti dapat lakukan larian dengan lebih baik. Selain itu ia membantu meningkatkan kadar imun, konsentrasi dan merendahkan stres.
Meletakkan sasaran itu biarlah praktikal dan tikdak terlalu sukar untuk anda capai. Lakukanlah latihan secara rutin dan berterusan. Bukannya sekali berlatih ditekannya badan hingga boleh mendatangkan kecederaan. Untuk beginner, lakukanlah latihan larian sebanyak 3 kali seminggu selama 20 hingga 39 minit. Kemudian tingkatkan kekerapan kepada 6 kali seminggu untuk ke level advance.
Untuk menjadi seorang pelari yang lebih advance, anda pastinya perlu meletakkan sasaran. Tuliskan sasaran anda dan lakukan penilaian dari semasa ke semasa. Dari situ anda akan dapat kenal pasti di manakah ruang yang boleh diperbaiki. Di samping itu anda juga boleh melihat peningkatan diri yang dilakukan sekali gus membakar lagi semangat untuk terus berlari.
Mempunyai rakan ketikan latihan atau larian memberikan banyak manfaat. Mempunyai rakan larian membuatkan anda tidak rasa kesepian sepanjang larian. Selain itu masing-masing boleh berkongsi pendapat serta memberikan dorongan. Malah, berlari dengan rakan juga meningkatkan faktor keselamatan.
Ini merupakan teknik larian yang dapat memberikan manfaat kepada semua pelari. Teknik di mana ia memberikan fokus untuk membantu anda berlari dengan pengguaan tenaga lebih efisien. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kecederaan sendi, otot dan juga elak kekejangan.
Antara perkara yang sering terlepas pandang oleh ramai orang ialah mendapatkan rehat yang mencukupi. Tahukah anda seseorang yang tidak mempunyai tidur yang cukup berdepan kesukaran melakukan larian dengan lebih baik. Tidur yang cukup bagi seorang dewasa ialah di antara 7 hingga 8 jam sehari. Dengan tidur juga badan akan secara semula jadi melakukan pemulihan dalaman.
Larian itu perlu dianggap sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan. Jika menganggapnya sebagai beban, maka anda tidak akan seronok melakukannya. Dan ini membuatkan motivasi melakukannya menurun dan sia-sia sahaja.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini memberikan manfaat kepada anda yang mungkin masih baru dalam aktviti larian.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.