Baik lelaki atau wanita, pencukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya wajah anda.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah anda. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
BACA: Tip Bercukur Khusus Buat Jejaka Handsome, Barulah Kulit Wajah Licin & Berseri
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu. Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
BACA: 6 Langkah & Teknik Bercukur Paling Efisien Serta Berkesan Untuk Lelaki
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.