Selama ini, larian 5km atau 10km mungkin sudah menjadi rutin yang anda kuasai, seakan-akan terlalu mudah untuk ditakluki.
Tetapi, inilah masanya untuk keluar dari zon selesa dan cabar diri dengan jarak yang lebih jauh, memecahkan rekod peribadi dan merasai pengalaman baharu yang lebih mendebarkan!
Menambah jarak bukan sekadar angka di aplikasi larian anda. Ia membawa cabaran mental dan fizikal yang lebih intensif, namun tak mustahil dicapai jika anda bersedia.
Larian sejauh 21km atau 42km bukan hanya memerlukan stamina yang tinggi, malah strategi persiapan yang mantap. MASKULIN ingin berkongsi beberapa tip penting yang perlu anda ketahui sebelum anda berani melangkah ke jarak maraton yang lebih mencabar ini.
Jangan lupa, tanpa persiapan yang cukup, anda mungkin terdedah kepada risiko kecederaan serius!
JAGA MAKAN
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian untuk memberi tubuh tenaga yang cukup.
Dalam beberapa minggu sebelum acara, uji jenis makanan yang sesuai dengan tubuh anda—pilih makanan yang mampu memberikan tenaga berpanjangan tanpa mengganggu perut.
Jika anda perlukan tambahan tenaga, ambillah snek ringan 30 minit sebelum flag off sebagai suntikan tenaga pantas.
KEKALKAN HIDRASI
Hidrasi yang optimum bukan hanya bermula pada pagi acara! Mulakan rutin hidrasi kira-kira 48 jam sebelum hari larian.
Ads
Pastikan badan sentiasa mendapat air secukupnya, agar siap untuk mengharungi cabaran jarak jauh.
Sebagai panduan, minumlah sekitar 200ml air kira-kira dua jam sebelum memulakan larian untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan terhidrat dan bersedia sepenuhnya.
PAKAIAN SESUAI
Larian jarak jauh memerlukan keselesaan, apatah lagi dengan badan yang akan banyak berpeluh dan terdedah pada pergeseran sepanjang perjalanan.
Elakkan mengenakan pakaian yang berlebihan, kerana ini boleh meningkatkan risiko dehidrasi.
Paling penting, hindari memakai stoking, kasut, aksesori, atau pakaian baru pada hari larian. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang sudah biasa dan selesa dipakai untuk memastikan fokus sepenuhnya pada larian.
Ads
KENALI LALUAN
Beberapa hari sebelum acara, ambil peluang untuk memeriksa laluan larian anda. Setiap laluan menawarkan cabaran berbeza—dari kecuraman hingga permukaan yang mungkin berbeza-beza.
Dengan mengetahui laluan lebih awal, anda boleh membuat perancangan yang lebih strategik dan bersedia menghadapi sebarang halangan di sepanjang jalan.
PANASKAN BADAN
Sebelum flag off, luangkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk sesi pemanasan, diikuti dengan 15 minit regangan. Rutin ini membantu tubuh berada dalam kondisi optimal dan “terjaga,” siap untuk menghadapi larian dengan lebih mantap dan mengurangkan risiko kecederaan.
RELAKS & KAWAL PERNAFASAN
Jangan biarkan diri tertekan. Kekalkan ketenangan dan kawal degupan jantung untuk mengelakkan rasa berdebar-debar yang berlebihan.
Ingat, anda tidak perlu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tidak teratur. Tarik nafas dalam-dalam dan biarkan setiap langkah menjadi sebahagian daripada irama larian anda.
Rasa teruja memang biasa, terutama bagi mereka yang baru pertama kali menyertai maraton. Adrenalin yang mengalir boleh membuat anda terdorong untuk memecut.
Namun, MASKULIN sarankan agar anda fokus pada pacing yang sesuai dengan kemampuan diri.
Tetapkan sasaran kecil—contohnya, 10 kilometer pertama—sebelum meneruskan sasaran seterusnya. Cara ini bukan sahaja menjaga momentum, malah memberikan motivasi berterusan sepanjang larian.
Semoga tip daripada MASKULIN kali ini membantu anda mencapai larian yang lebih bertenaga dan penuh keyakinan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
TUBUH BADAN KITA MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA
Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks.
Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh kita, atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit kita menghasilkan toksin melalui peluh.
DIANTARA SISTEM TUBUH YANG TERLIBAT DALAM PROSES DETOX
PARU-PARU – membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah kita.
SISTEM LIMPA – beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh kita. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
BUAH PINGGANG – membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh kita melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN – meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin kita tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh kita setiap kali kita melakukan proses pembuangan.
ORGAN DALAMAN TUBUH MANUSIA SEPERTI HATI, USUS, GINJAL, PARU-PARU, KULIT, DARAH DAN SISTEM LIMFA SECARA SEMULA JADI BEKERJASAMA UNTUK MEMASTIKAN RACUN KIMIA DIUBAH MENJADI BAHAN YANG KURANG BERBAHAYA UNTUK DISINGKIRKAN DARI TUBUH.
Bahan toksin dalam tubuh secara semula jadi dikeluarkan melalui peluh, air kencing atau najis sebagai satu cara detoksifikasi atau mengeluarkan bahan buangan dan racun dari dalam tubuh. Bagi memudahkan proses detoksifikasi ini, kita boleh membantu tubuh dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sihat yang kaya kandungan antioksida.
TERDAPAT PELBAGAI JENIS BAHAN YANG KAYA DENGAN KHASIAT DAN ANTIOKSIDA SEMULA JADI YANG JARANG DIKETAHUI RAMAI. MALAH, ADA ANTARA KITA HANYA MENGAMALKANNYA TANPA MENGETAHUI NUTRIEN PENTING YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA AMAT BAIK UNTUK PROSES DETOKSIFIKASI.
Berikut antara buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksida yang mampu menyingkirkan bahan berbahaya dari tubuh dan pastinya membantu penghadaman lebih sempurna.
BAWANG PUTIH
Kandungan sulfur dalam bawang putih menjadikan salah satu kegunaan dapur ini bahan detoks yang mengagumkan. Bawang juga memiliki sifat antibiotik sehingga boleh membantu menyembuhkan dalaman tubuh. Selain itu, antioksida dalam bawang juga melindungi ginjal daripada kesan racun akibat pengambilan ubatan.
LIMAU
Buah ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah batu ginjal berkembang. Limau juga rendah gula semula jadi dan kalori menjadikannya amat baik untuk diet.
Kajian juga menunjukkan kulit limau kaya dengan flavanoid. Flavanoid adalah antioksida kuat yang membantu mengurangkan radang, memperbaiki jaringan yang rosak dan melindungi hati.
AVOKADO
Kandungan antioksida iaitu daripada jenis gluta pada buah ini berfungsi menyingkirkan racun bahaya dari tubuh. Dengan mengurangkan bahan kimia dan racun dari dalam tubuh, anda rasa lebih sihat dan segar.
LEMON
Jus lemon sememangnya diketahui kaya vitamin dan antioksida yang membantu melindungi hati dan melarutkan bahan kimia dari dalam tubuh. Pengambilan lemon secara teratur dapat meningkatkan kesihatan.
UBI BIT
Makanan berkarbohidrat daripada jenis ubi ini kaya betaine dan pektin yang membantu melindungi hati dan sistem pencernaan.
BROKOLI
Brokoli juga kaya dengan kandungan antioksida. Selain itu, brokoli tinggi kandungan enzim yang membantu melancarkan sistem pencernaan. Brokoli mentah lebih disarankan untuk diambil kerana nutrisi yang tinggi di dalamnya.
KUBIS
Kubis mengandungi sulfur yang penting untuk mengurai bahan kimia dari dalam tubuh seperti racun serangga hingga ubat yang diambil ketika sakit.
BIJI BUNGA MATAHARI
Bahan ini kaya dengan vitamin E dan ia tergolong antara herba yang efektif membersihkan hati. Biji bunga matahari atau biasa disebut kuaci juga boleh menyingkirkan racun berbahaya yang berada di dalam tubuh.
Biji bunga matahari juga membantu mengawal paras kolesterol agar sentiasa rendah. Kuaci kaya dengan asid linoleat yang membantu mengurangkan pembentukan plak dalam otot dan saraf sehingga mempermudahkan aliran darah ke arteri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat
Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula
Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar
Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang
Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga
Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones
Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7-Ketones tu bahaya tak?
Ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain?
Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”?
Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”?
Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah terfikir untuk tukar baskial dari road bike ke mountain bike? Sabar, kalau road bike memerlukan anda memikirkan tentang tayar namun berbeza untuk mountain bike, ia memerlukan dan lebih fokus pada teknikal.
MASKULIN bawakan video buat anda bersama Aliff Satar dan Coach Fadzlee untuk menunjukan dan mengajar tentang MTB yang mungkin anda terlepas pandang.
“Hey guys, pagi ni Alif masuk kelas berbasikal bukit ye! Biasanya Alif kayuh ni main belasah je ikut macam mana selama ni kayuh road bike tapi Kali ni ada PRO Trainer Fadzlee, seorang racer dan coach untuk ajar alif apa beza riding a road bike dan MTB! Sama-sama kita masuk kelas MOUNTAIN BIKING!” tulisnya di Youtube