Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.

Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.

“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.

“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.

Dari 135kg Turun Sehingga 70kg! Lelaki ini Kongsi Tip Diet Teknik Pecahan!

Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.

IKLAN

“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.

“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.

“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.

IKLAN

“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.

Dari 135kg Turun Sehingga 70kg! Lelaki ini Kongsi Tip Diet Teknik Pecahan!

Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.

IKLAN

“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.

“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.

Dari 135kg Turun Sehingga 70kg! Lelaki ini Kongsi Tip Diet Teknik Pecahan!

Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.

Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI