
Kalau nak nampak hero dan macho dalam skrin, anda perlu jadi hero di gym terlebih dahulu macam Chris Evans.
Sebabnya menerusi latihan ‘gila’ dalam gym, Chris Evans secara tak langsung berjaya mendapat body untuk menjayakan watak Captain America.
Berdasarkan portal BodyBuilding.com, ini steps yang Chris Evans lakukan secara rutin dalam masa beberapa bulan :
a) Chest / Shoulder
b) Biceps / Triceps
c) Legs / Back
Kalau anda mampu lakukan semua ini, Maskulin mengucapkan beribu-ribu tahniah kerana anda sememangnya seseorang yang sangat hebat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Pernah Kata, Sukan Squash Adalah Pembaziran_Sanjay Sigh Chal

OPTIMIS, ITU YANG PENULIS LIHAT PADA SOSOK TINGGI LAMPAI INI. SELALU TERSENYUM DAN RENDAH DIRI, ANAK MUDA INI PUNYA IMPIAN DAN VISI BESAR BUAT SUKAN SQUASH TERUS KEKAL RELEVAN, BAIK PADA PERINGKAT NASIONAL, WAIMA PERINGKAT OLIMPIK. BAGI SANJAY, SQUASH BUKAN SEKADAR SUKAN, IA SEBUAH PENGHIDUPAN.
Permulaan
Saya cintakan sukan ini sejak kali pertama saya menghayun raket. Saya masih ingat, ketika itu saya hanya berusia 10 tahun. Ia bagai satu perasaan yang tak tergambar. Ya, saya selesa dengan sukan ini berbanding sukan-sukan lain di arena sana.
Pencapaian
Memenangi dua pingat emas Sukan SEA tahun lepas di Singapura. Saya juga memenangi dua pingat emas SUKMA mewakili Sarawak pada 2012 dan 2014, buat dua kali kejohanan berturut-turut. Selain itu, saya juga mewakili Malaysia menerusi Men’s World Team Squash Championship. Sekarang saya merupakan pemain Squash lelaki nombor tiga negara.
Perkembangan
Buat masa ini, saya tidak bermain sepenuh masa seperti sebelumnya. Ini kerana, saya sedang menjalani pengajian Pengurusan Perniagaan untuk tahun kedua di Universiti Malaya. Saya sedar bahawa saya perlu seimbangkan sukan dengan pelajaran. Pelajaran itu penting bukan sahaja sebagai bekalan hidup, malah sebagai bekalan saat saya tidak lagi bergelar seorang atlet kelak. Maksud saya, suatu hari nanti saya akan bersara, saya perlu persiapkan diri dengan ilmu. Sekarang pun, saya sedang menjalani peringkat kedua kursus kejurulatihan. Saya berhasrat menjadi jurulatih bila tiba waktunya nanti.
Olimpic Dreams
Squash merupakan satu-satunya sukan yang kamu boleh bermain bola secara seorang diri. Bola yang dihayun raket, akan kembali semula kepada si penghayun. Boleh saya katakan, sukan ini unik. Namun sayang, majoriti orang tidak tahu apa itu sebenarnya sukan Squash. Mereka hanya mengenali Datuk Nicol Ann David tanpa mereka mengetahui sedikit pun hal sukan ini. Oleh itu, sukar buat kami menangkap mata dan minat penonton berskala besar. Ini juga merupakan salah satu punca utama kenapa sukan ini tidak dapat menembusi Sukan Olimpik. Kurang penajaan dan sokongan dari organisasi juga di antara punca sukan ini masih di posisi statik.
Idola
Amr Shabana dari Mesir. Dia merupakan bekas pemain Squash lelaki nombor satu dunia. Dia juga pernah merangkul empat kali Kejohanan Squash Dunia. Kini dia sudah bersara dari arena Squash. Saya sangat mengagumi dia. Lagi pula, dia juga bermain Squash menggunakan tangan kiri, sama seperti saya. Ramai orang berkata orang Asia tidak mampu untuk bermain sukan ini, tetapi dia buktikan pada mereka semua, mereka salah. Dari sudut pengaruh pula, ayah lah penyumbangnya. Sedari kecil, saya melihat dia bermain Squash mewakili negeri Sabah.
Proud and honours
Saya merupakan anak jati Miri, Sarawak. I left home when I was 14 years old. Saya membesar di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih di Kompleks Sukan Negara sehingga sekarang. Tahun lalu, saya menetap di England selama hampir lima bulan. I live on my own. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Ia sememangnya momen sukar dalam hidup saya. Tanpa sebarang sokongan, saya perlu belajar jaga diri untuk berlatih dan memburu pengetahuan di bumi asing. Jauh dari keluarga, saya gadaikan banyak perkara, terutama masa muda saya ini, demi sukan Squash.
Ada orang pernah berkata pada saya bahawa saya tidak patut menceburkan diri atas sukan ini. Ia tak menguntungkan dan tidak akan membawa saya ke mana-mana dalam kehidupan. Ekoran ini, saya harus kuat berlatih dan juga harus kuat belajar bagi membuktikan pada mulut-mulut tadi, apa yang mereka katakan tidak benar sama sekali. Saya akan ubah pemikiran dangkal mereka.
Harapan
Saya juga berharap sukan Squash ini layak dipertandingkan di peringkat Olimpik. Supaya Squash dikenali dan diakui bukan sahaja oleh jawatankuasa sukan Olimpik, malah diakui dan disenangi oleh hati rakyat Malaysia. Datuk Nicol Ann David sudah bersusah payah menaikkan taraf sukan ini dan membawa nama negara ke persada dunia. Kita sebagai rakyat, paling kurang, hargai dan kenali lah sukan Squash demi Malaysia.
Akhir kata, jujur saya kata, tak semua orang memandang sukan sebagai masa depan mereka. Ini realiti masyarakat kita. Namun, saya percaya, dengan apa yang saya tempuhi selama saya membesar bersama sukan, saya boleh katakan, sukan membawa saya ke tahap-tahap yang tinggi dalam kehidupan. Tahap yang tak pernah pun saya bayangkan. Asal kamu punya mimpi dan visi. Terus bermimpi kerana suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
8 Cara Mudah Hilangkan Ketumbit Mata
Serba tak kena jadinya bila mata kita diserang ketumbit. Bercampur-campur rasanya sekejap gatal sekejap pedih. Sedih pun ada bila orang sekeliling asyik mengusik dan kata yang bukan-bukan.
Tahukah korang sebab kenapa mata ditumbuhi ketumbit? Bukan sebab mengintai orang mandi tau tapi sebenarnya kerana mata dah terkena jangkitan kuman. Bila bakteria mula membiak maka timbul satu benjolan merah di sekitar mata.
1. BERSIHKAN
Langkah pertama yang boleh anda lakukan apabila terkena ketumbit adalah dengan membersihkan bahagian kelopak mata dengan kerap menggunakan air bersih.
Untuk penjagaan kebersihan yang lebih rapi, anda boleh menggunakan putik kapas dan ‘mild shampoo’ seperti syampu bayi yang tidak memedihkan untuk membersihkan kelopak mata anda dan bahagian bulu mata sekitarnya.
2. TUAMAN PANAS
Cara paling selamat dan berkesan untuk melegakan ketumbit adalah dengan tuaman air yang sederhana panas. Cara ini juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi.
Rendamkan kain dalam air suam dan kompreskan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. Pastikan kain yang anda gunakan bersih ya.
3. SUDU
Selain menggunakan tuaman air panas tadi, anda juga boleh menggunakan sudu untuk dituam pada mata. Caranya, rendamkan sudu tadi dalam air suam dan rasa kepanasannya agar tidak terlalu panas. Agak-agak selesa, bolehlah dituamkan pada bahagian mata yang terkena ketumbit tadi. Tuamkan sekitar 3 minit setiap kali.
4. UNCANG TEH HIJAU
Selain menuam dengan air panas, anda boleh cuba menuam mata dengan uncang teh hijau. Selain melegakan rasa tidak selesa, teh hijau mengandungi asid tanik yang membantu melindungi daripada jangkitan.
Caranya, rendamkan uncang teh hijau ke dalam air panas. Selepas 5 minit, angkat dan keluarkan lebihan air pada uncang teh. Jika ia terlalu panas, tunggu sebentar sebelum meletakkannya pada mata. Bila suhunya sesuai, biarkan pada mata selama 5 minit. Lakukan beberapa kali sehari.
5. DAUN SIRIH
Ambil beberapa helai daun sirih dan bersihkan. Kemudian, panaskan sedikit di atas api atau badan cerek dan tekapkan pada mata ketumbit. Satu lagi cara, rebuskan daun sirih hingga mendidih. Angkat daun sirih tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Guna air perahan ini untuk membersihkan mata yang ketumbit.
6. GARAM
Satu lagi petua yang dikatakan dapat menyurutkan ketumbit dengan cepat adalah dengan menambahkan garam pada tuaman. Mudah saja, bubuhkan sedikit garam pada air panas / suam yang akan digunakan untuk tuaman. Selepas ia melarut, celupkan tuala bersih dan perah airnya. Boleh juga gunakan kapas. Tuamkan 2-3 minit pada ketumbit. Lakukan 3 atau 4 kali sehari.
7. CUKA EPAL
Selain garam, anda boleh juga cuba menggunakan cuka epal (apple cider vinegar) dengan cara yang sama. Namun, elak menggunakan cuka kepada kanak-kanak kerana ia agak ‘kuat’. Pastikan cuka epal ini dilarutkan terlebih dahulu supaya asidnya tidak terlalu kuat. Selain itu, bagi orang dewasa, anda boleh meminum sesudu cuka epal yang dilarutkan dalam air suam untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
8. BAWANG PUTIH
Antara cara menghilangkan ketumbit paling popular di kalangan orang lama adalah menggunakan bawang putih kerana ia dipercayai mengandungi ciri anti radang. Namun, cara ini akan memedihkan sedikit. Maka, tidak sesuai kalau dilakukan pada kanak-kanak.
Caranya, ambil seulas bawang putih dan guris sedikit bahagian hujungnya dengan pisau agar keluar jusnya. Sapukan pada kelopak mata yang berketumbit sebanyak 3 kali sehari. Ia dikatakan berkesan sekiranya bengkak ketumbit baru nak ‘naik’ dan belum membesar. Apa pun, berhati-hatilah dan pastikan kebersihan tetap diutamakan.
DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA IA BERLARUTAN
Jika ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan ubat krim antibiotik di farmasi atau klinik terutamanya jika anak kecil menunjukkan ketidakselesaan. Yang penting, jangan cuba pecahkan ketumbit ini sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak. Sementara itu, elakkan memakai sebarang ‘make-up’ pada bahagian mata atau ‘contact lense’ kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bertambah teruk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buat Otot Kaki Pejal, Ini 5 Kebaikan Guna Tangga Daripada Lif

Bagi lelaki yang ingin meningkatkan kecergasan, membina kekuatan otot, dan mengekalkan kesihatan fizikal, penggunaan tangga merupakan satu latihan yang sering diabaikan tetapi sangat efektif.
Daripada bergantung kepada lif, mengapa tidak manfaatkan tangga yang ada? Ia bukan sahaja memberi kesan positif kepada tubuh anda, malah boleh membantu anda mencapai sasaran kecergasan. Berikut adalah lima sebab mengapa lelaki patut memilih tangga berbanding lif dalam kehidupan seharian.

1. Membakar kalori
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
2. Menurunkan risiko strok
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
BACA: 10 Makanan Ini Bantu Anda Untuk Hakis Toksin Dalam Badan, Ia Juga Bantu Buat Kulit Jadi Cerah
3. Menyihatkan jantung
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
4. Menguatkan otot
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
5. Melawan kemalasan
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan penyakit bahaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI