Dapatkan Kulit Cun & Flawless, Wanita Ini Ajar 3 Cara Jaga Wajah Hanya Guna Tomato!

Share

Sekiranya anda ingin jaga wajah menggunakan bahan murah, apa kata jadikan buah tomato sebagai bahan semulajadi untuk kulit. Selain mudah didapati, buah tomato juga mengandungi khasiat vitamin A dan C yang penting untuk jaga wajah dan tubuh badan.

Cara nak membuatnya juga mudah. Ikuti petua yang dikongsikan Yatie Ahmad menggunakan buah tomato dengan tiga cara mudah untuk dapatkan kulit cun, glowing dan flawless. Ini perkongsiannya.

Hari ni Mumy nak share tips bersihkan kulit muka guna tomato. Mesti ramai yang ada masalah liang pori terbuka luas kan? Haaa Mummy nak share apa yang Mumy amalkan selain dari skincare. Kita guna bahan semulajadi yang lebih selamat dan sihat.

Kalau nak kulit sihat sekali sekala kena guna bahan semulajadi, tapi kalau rajin amalkan setiap hari memang cun la kulit muka kita??

Ada 3 cara kita boleh guna tomato ni. Mummy share satu-persatu, pastu uollss decide la nak try yang mana yerr.

Untuk tips yang  lebih details, uollss klik kat gambaq yer.

1. TOMATO & GULA :

– Basuh muka dengan air suam.
– Belah 2 tomato tu, so boleh guna 1 pagi, 1 malam.
– Ambik tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka uollls. Jangan sental kuat sangat. Ikut tahap “tahan sakit” uollss semua ya. Jangan sampai luka dah la.
– Biarkan 5 minit, pastu bilas dengan air. Then keringkan dengan tuala besih tau!

2. TOMATO YANG DIBEKUKAN :

– Belah 2 tomato tu, dan masukkan dalam peti ais bahagian beku. Jangan campoq dengan ruangan ikan pulak tau!!!
– Keluarkan tomato yang dah beku tu, sental kat kulit muka uolls, sental sampai tomato tu macam dh habis seratnya.
– Pastu bilas muka uolls dgn air bersih then keringkan dengan tuala bersih.
– Buat pagi dan malam. Confirm cun!

3. TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN :

– Pilih tomato yang agak masak, lenyek keseluruhan tomato tu.
– Sapu dan ratakan pada kulit muka uolllss.
– Biarkan selama 15-20 minit.
– Then bilas dengan air besih.
– Keringkan dengan tuala bersih.

Published by
Roselinda