Bukan hanya wanita saja yang nak ada jawline, lelaki pun teringin nak ada jawline tajam atau V persis model dan selebriti Korea. Sejak diperkenalkan sebagai ‘aset cantik’, ramai yang mengejar untuk mendapatkannya. Rahang yang berbentuk dan terletak elok boleh menghasilkan potret terbaik tidak kira dari pelbagai sudut.
Tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu boleh berbentuk. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ia adalah kriteria yang biasanya menjadi idaman setiap lelaki yang mementingkan penampilan.
Ramai yang tertanya-tanya hanya individu tertentu sahajakah yang boleh memiliki jawline seperti mereka? Ada yang memilikinya secara semula jadi, bahkan ada juga yang memerlukan sedikit ‘senaman’.
Jom amalkan 6 teknik terbaik ini untuk anda tonjolkan rahang dan dapatkan jawline tajam.
Ternyata senyuman bukan sahaja mampu pembangkit mood malah menjadi antara senaman yang baik untuk mengejutkan otot-otot muka.
BACA: Guna Ubat Gigi Ini, Warga Twitter Kongsi Cara Mudah Nak Putihkan Gigi Kuning & ‘Berkarat’!
Teknik ini dapat memberi menghasilkan rahang agar lebih berbentuk. Caranya mudah, hanya perlu ketap gigi sambil tegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Kemudian lepaskan dan ulang semula sebanyak mana yang anda mampu. Lama-kelamaan anda akan nampak perbezaannya.
Comelkan apabila anda muncungkan bibir seperti ini untuk berswafoto tapi dalam pada yang sama, ia juga boleh membentuk otot di bahagian rahang. Pastikan anda buat sekerap yang mungkin!
Buang dahulu lemak berlebihan di bawah dagu untuk memudahkan anda membentuk jawline tajam yang sempurna. Guna teknik ini untuk ucapkan selamat tinggal kepada dagu berlapis.
BACA: Tak Perlu Diet Ekstrem, 8 Senaman Efektif Ini Pun Boleh Hilangkan Dagu Berlapis!
Makanan yang masin atau tinggi garam menjadi antara penyebab bentuk badan anda mudah menjadi ‘bengkak’ atau buncit. Jika ingin cantikkan muka, anda kena amalkan gaya pemakanan sihat yang menyeluruh.
BACA: Air Garam Boleh Elak Rambut Gugur & Kelemumur, Ini Caranya Yang Ramai Tak Tahu!
Bukan sahaja pemakanan, malah gaya hidup juga merupakan faktor perubahan pada diri anda. Waktu tidur atau rehat yang tidak cukup boleh membuatkan muka nampak penat dan sembab. Jawline? Lupakan sahaja.
BACA: 5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak