Pernah lihat bagaimana bentuk rupa badan seorang model kecergasan? Ya, ramai yang mengimpikan untuk medapatkan bentuk badan yang tegap, berotot dan yang paling penting sihat seperti mereka.
Kini terdapat pelbagai jenis rejim latihan ditawarkan oleh banyak kelas dan kursus senaman di seluruh negara. Namun sebenarnya jika komited dan berdisiplin anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Dan jika dilakukan berterusan pasti anda terkejut dengan hasilnya.
Latihan berbetuk pergerakan dan menggunakan berat bebanan boleh memberikan kesan dan komplikasi yang baik jika dilakukan dengan teknik yang betul. Sebarang latihan intensif perlu dilakukan dengan berkala agar anda tidak mengalami kecederaan.
Ini merupakan 7 jenis senaman yang boleh memberi impak besar terhadap misi anda mendapatkan bentuk badan bak model kecergasan!
Tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa ini merupakan senaman kegemaran bagi ramai orang kerana kesannya membakar lemak secara maksima. Pergerakan yang mempertaruhkan keseluruhan tenaga tubuh nyata lebih baik berbanding latihan kardio disertai dengan koordinasi yang mampu menjadikan berat badan tubuh boleh dikurangkan dalam jangka masa yang singkat.
Ini pula merupakan latihan senaman abdomen yang bekerja untuk membentuk otot di bahagian perut. Latihan berat badan yang mampu untuk membakar lemak di bahagian perut lantaran bisa menghasilkan six pack dalam jangka masa yang singkat.
Jika anda telah mencapai keseimbangan dalam momentum rutin tekan tubi, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba pike pushup. Variasi latihan berat badan ini secara terus mensasarkan bahagian bahu dan mampu membantu memperkuatkan bahagian tubuh yang lemah. Ia sekaligus membantu membina otot tubuh secara keseluruhan.
BACA: Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini!
Secara asasnya kecergasan yang mencipta squat berat badan adalah untuk menghasilkan kekuatan bahagian bawah badan. Pastikan bahagaian bahu sebaris dengan kedua belah kaki dan turunkan bahagian bawah tubuh hingga bahagian peha berada dalam garisan lurus. Anda akan dapat rasakan impaknya di bahagian perut, lengan dan betis.
Plank pula senaman yang mencipta kekuatan pada bahagian bahu dan perut. Latihan ringkas tetapi sukar ini ternyata boleh memberikankeseimbangan pada tubuh dan menghasilkan kekuatan pada setiap bahagian anggota badan.
Pasti ramai mampu melakukan reverse hyper dengan menggunakan mesin latihan namun tekanan yang dikenakan pada otot nyata akan memberi impak kepada pembinaan otot tersebut. Lebih banyak amount bebanan yang diletakkan pada tubuh ia akan mempertingkatkan kadar kontraksi dimana berlakunya kontraksi ini akan menghasilkan lebih banyak otot. Prone back extension
menghasilkan lebih banyak kontraksi maka latihan berat badan ini mampu untuk mencipta jumlah otot yang lebih banyak.Mencabar bahagian tegah tubuh, kaki dan bahagian dada nyata bertujuan untuk mempertingkatkan keseimbangan tubuh. Berada dalam posisi plank lantas gerakkan bahagian sebelah kaki menghampiri bahagian siku lantas bawakan kembali ke posisi asal dan ulangi dengan kaki yang lain.