Siapa saja yang tidak kenal dengan sosok badan bernama Stephen Chow, pelakon dari Hong Kong yang kini meraih status legenda dalam dunia perfileman antarabangsa. Dikenali sebagai pelakon komedi yang bukan sahaja serba boleh malah mempunyai kehebatan menghasilkan filem komedi epik seperti ‘Shaolin Soccer’ dan ‘Kung Fu Hustle’.
Tidak keterlaluan juga untuk MASKULIN katakan filem-filem lamanya juga tidak pernah jemu untuk ditonton berulang kali seperti ‘Fight Back to School’, ‘From Beijing With Love’ dan banyak lagi.
Bagi peminat generasi lebih baharu pula pasti tidak dapat melupakan kemunculannya menerusi filem box-office, ‘Kungfu Hustle’. Dan di antara perkara yang membuatkan ramai peminat dan penonton berasa kagum ialah transformasi fizikalnya yang tampil seperti pakar seni mempertahabkan diri.
Foto: Kungfu Hustle
Bentuk badannya yang kurus namun mempunyai six-pack disebut-sebut ramai yang turut dibandingkan dengan Bruce Lee. Apakah rahsia Stephen Chow mendapatkan fizikal mantap seperti itu?
Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body sepertinya. Ikuti sahaja tip menarik dari MASKULIN pada kali ini.
Ads
PUSH-UP
Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
Ads
ARM CIRCLE
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
Ads
CONCENTRATION CURL
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
PULL UP
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda sebaiknya. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=BZkO-6pQsiA&t=2s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika tubuh anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, pastinya hari-hari anda akan berjalan dengan lancar.
Lebih-lebih lagi jika anda bebas dari sebarang penyakit dan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang anda gemari tanpa sebarang halangan.
Namun begini, anda juga perlu tahu dan memahami 12 waktu fisiologi tubuh badan anda beroperasi dan menjalankan proses dalamannya :
5 – 7 pagi
Waktu ini usus besar anda sedang bekerja. Anda mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.
7 – 9 pagi
Wajibkan diri anda untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisme badan anda akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang yang bersarapan lewat selepas pukul 9 pagi, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja. Kalau boleh elakkan makan dalam waktu ini.
11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.
3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.
5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.
7 – 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.
9 – 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.
11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.
1 – 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
3 – 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kami yakin anda semua pasti pernah mengalami ulser mulut bukan? Tahukah anda petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut dengan cepat dan berkesan? Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut ini pada asasnya ialah luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar. Ulser mulut atau juga dikenali sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa sakit ketika minum air kosong.
Ulser Mulut memang sering berlaku kepada seseorang dan walaupun tidak berbahaya, tetapi agak mengganggu dan tidak selesa terutama ketika kita bercakap, makan atau minum.
Apa punca dan sebab Ulser Mulut berlaku kepada kita?
Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
Cuaca panas dan kurang minum air
Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
Alergik atau alahan
Stress
Jangkitan virus atau bakteria
Perubahan hormon dalam badan
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Anda juga boleh berkumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Jangan sentuh bahagian yang ada ulser tersebut, sebab nanti lambat sembuh
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah berjumpa dengan doktor.
Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua cara meredakan sakit ulser mulut di atas.
Biasanya ulser mulut ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
sumber: sempoimedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bak kata orang tua-tua benda sedap memang biasanya akan membawa keburukan. Begitu juga tabiat meletup jari, Sebagai contoh di saat anda kepenatan menaip di komputer pasti rasa nak sangat regangkan tangan serta jari sambil lakukan aksi letup.
Bukan sahaja anda malah kami di MASKULIN pun kadangkala melakukannya secara tanpa sedar kerana ia sudah sebati dan tabiat sejak dulu. Ia seakan satu tindakan refleks yang memberikan rasa lega kepada kita.
Tapi tahukah anda kesan jangka masa panjang jika ia dilakukan secara berterusan?
Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi tersebut terhasil.
Kajian daripada Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang di isi gas. Bila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi ‘pop’ terhasil.
Kenapa Jadi Ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan. Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak anda akan ‘trik’ untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.
Apa Yang Meletup?
Setiap kali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
Risiko Penyakit Tulang Athritis?
Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan. Ternyata, tangannya yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis dan ini membuktikan tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari itu membawa keburukan buat manusia.
Jejas Kekuatan Tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekaligus menjadikan tulang haus dari masa ke masa.
Tulang Jari Melebar Buat Cincin Tersekat
Meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan manakala kebanyakan orang lain menganggapnya suatu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.
Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) telah melebar sehingga kadang-kala menyekat cincin untuk masuk secara lacar pada bahagian jari. Jadi, kalau tak mahu tulang buku jari melebar, sila elak meletupkan jari.
Untuk anda yang selalu letup-letupkan jari tak rasa ngilu ke?