Listerine dikenali sebagai ubat kumur untuk membersihkan gigi dan membasmi kuman di dalam mulut. Ubat kumur ini juga digunakan untuk mulut sentiasa berbau wangi.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu. Di sini terdapat 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.

1. Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

Ads

3. Membasmi Kuman di Mangkuk Tandas
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Membantu Hilangkan Kelemumur
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan Kutu di Bulu Haiwan
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

Ads

6. Membersihkan Muka yang Berjerawat
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi Kuman di Berus Gigi
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

Ads

8. Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan Bau Busuk di Dalam Tong Sampah
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan Masalah Kaki Anda
Dapat Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak & Hilangkan Kelemumur, Ini Kelebihan Listerine Yang Ramai Tak Tahu!
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI