Tidak semua lelaki selesa dengan gaya botak kerana bagi lelaki, rambut masih lagi menjadi perkara penting. Dalam sedar tak sedar, rata-rata lelaki suka membuat empat tabiat ini. Ingat! Kalau tak kena gaya, boleh buat kepala anda cepat botak. Jadi sebelum rambut hilang sehelai demi sehelai, pastikan anda jaga-jaga dengan empat tabiat ini.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang berlakunya masalah kebotakan yang melanda lelaki antaranya faktor hormon. Selain itu, cara menyikat rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis sehingga akhirnya botak.
Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut bernama William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis.
Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.
Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut. Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy. Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.