AFFENDY ISKANDAR
Menurunkan berat badan bukanlah mudah, ditambah lagi dengan menerima hinaan lantaran keadaan fizikal yang menjengkelkan. Ada yang mengalami hal sebegini? Usah bersedih hadapi dan teruslah bekerja keras untuk mempunyai tubuh ideal. Jauhkan pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kalimah ” possible” pasti menjadi realiti buat siapa jua yang bekerja keras dalam menggapai apa yang diidamkan. Kata-kata semangat ini telah dibuktikan oleh Affendy Iskandar. Sosok ini dulunya pernah mengalami obesiti dengan berat 115kg, tetapi kini telah bertransformasi hingga mendapat bentuk tubuh yang ideal serta lebih berkeyakinan.
Keinginan untuk berubah
Semasa menerima cahaya mata yang pertama, saya mendapati diri ketika itu dalam kategori obesiti. Saya masih ingat sewaktu mengambil gambar dengan bayi baru lahir lapan tahun yang lalu timbul perasaan tidak suka dan malu dengan rupa diri sendiri pada waktu itu. Lantas dari detik itu saya berazam untuk lakukan perubahan pada diri dan bermulalah proses ingin menguruskan badan.
Kenangan pahit semasa obesiti
Kenangan pahit sewaktu gemuk ialah semasa pergi bersukan dengan kawan. Agak sukar untuk keep-up dengan kawan-kawan dalam acara larian pada waktu itu. Saya juga mempunyai masalah low self-esteem. Saya tidak suka bersosial, rasa segan dan tidak ingin memberi banyak sumbangan idea atau bercampur dengan orang ramai, lebih kepada berdiam diri.
Cabaran sepanjang hendak menguruskan badan
Cabaran terbesar saya ialah mahu selitkan aktiviti workout dalam waktu bekerja. Maka saya perlu bangun awal pagi untuk jogging di taman atau pulang lewat untuk jogging di kawasan bukit. Di samping itu, pemakanan juga menjadi isu kerana makanan tengah hari di luar tidak menitikberatkan nutrisi yang sihat. Jadi saya terpaksa sediakan makanan yang sewajarnya, sihat dan berkhasiat dari rumah.
Rutin yang dilakukan
Ramai orang mahu diet. Tapi, adakah keazaman mereka tinggi untuk terus istiqamah menjalani rutin diet sehingga mendapatkan berat badan yang dikehendaki. Malah, sebenarnya yang paling penting bukan sahaja untuk memperoleh berat badan ideal malah menjamin kesihatan.
Diet yang saya amalkan setiap hari ialah dengan bersarapan 10 sudu oats secebis brown sugar bercampur sesame seed. Makan tengah hari dengan mengambil tinggi protein rotation seperti dada ayam,ikan atau daging lean meat bersamaan dengan dua cawan beras perang (multi-grain) dan sayur mentah seperti ulam atau baby tomatoes. Makan malam pula dengan mengambil lima biji telur rebus/sunny side up dan tepung protein casein bersamaan dengan tiga sudu minyak kacang bijian Udo’s oil
Daripada aspek senaman, waktu pagi saya lakukan aktiviti berenang 3000 meter atau 4000 meter disusuli dengan 10km larian. Pada hari yang berselang, berbasikal sejauh 90km. Maksimum waktu pagi diperuntukkan workout tiga jam sebelum ke pejabat. Manakala waktu malam, 45 minit maksimum ke gimnasium setiap hari dan memberi tumpuan hanya satu bahagian badan .
Favourite quote / prinsip
Favorite quote saya ialah Pain is temporary, Glory is forever. Dalam usaha untuk kita menguruskan badan atau pun ingin meningkat kualiti kehidupan, kita terpaksa bersusah payah pada permulaan, namun sebaik kita mencapai hasil di penghujungnya, nikmat kejayaannya amat ketara dan berbaloi.
Prinsip yang saya amalkan pula adalah disiplin yang teguh terhadap pengurusan masa. Pengurusan masa yang tidak teratur akan memberi kesan yang tidak baik terhadap kerja, workout mahupun keluarga.
Matlamat
Saya mahu terus mengekalkan tahap kecergasan yang sedia ada. Untuk menguruskan badan memang satu proses yang boleh dilakukan walaupun agak susah, tetapi untuk terus kekal keadaan badan yang sihat memerlukan disiplin yang lebih ketat.
Selain itu, saya ingin memberi contoh yang terbaik terhadap keluarga dengan menjalani kehidupan yang sihat, daripada segi pemakanan dan senaman.
Inspirasi/ idola
Atlet Triathlon yang terkemuka seperti pemegang rekod dunia IRONMAN Jon Frodeno merupakan idola buat diri saya. Saya ingin terus mendapat masa peribadi terpantas untuk acara seperti IRONMAN dan Marathon. Ini memerlukan diet dan latihan yang amat konsisten.
Nasihat dan tip
Pada pendapat saya, jika kita bergaul dengan orang yang like-minded maka secara langsung akan mendapat apa yang kita inginkan. Dan ini termasuk dalam perspektif ingin menguruskan badan. Juga langkah yang progresif sangat penting dalam proses menguruskan badan. Sebagai contoh, jika hari ini kita berjaya lari sejauh 500 meter, maka keesokannya kita harus tingkatkan prestasi kepada 600 meter. Walaupun sedikit, tapi masih ada peningkatan. Banyak perkara yang saya dapati boleh dicapai, di mana sebelum ini saya rasa amat susah dan sering kali kecewa apabila gagal. Tetapi dengan sikap yang konsisten dan disiplin yang kuat, banyak perkara boleh kita capai.
Harapan
Walaupun saya telah berjaya mencapai IRONMAN Finisher sebanyak tiga kali (Langkawi, Germany, Western Australia) – 3.8km berenang 180km basikal dan 42km marathon saya mempunyai impian yang lebih besar. Saya mahu lakukan latihan lebih gigih untuk menghabiskan perlumbaan IRONMAN dalam