Dah Tahu Susah, Ini 11 Perkara Perlu Lakukan Sewaktu Krisis Ekonomi!

Share

1-Harga barangan naik

Ketika kegawatan ekonomi, harga barang tidak akan menjadi murah, malah naik. Inflasi pun turut akan meningkat. Ini akan meningkatkan kos sara hidup rakyat.

 

2-Kos kesihatan dan ubat ubatan naik

Selain itu kos kesihatan dan ubat ubatan naik sejajar dengan peningkatan kos import kerana biasanya ubat ubatan ini adalah produk syarikat antarabangsa. Dengan nilai mata wang yang jatuh, pastinya kos perubatan akan naik.

 

3-Subsidi terpaksa dipotong

Pada waktu ekonomi dan pendapatan yang baik, negara akan mengadakan pelbagai subsidi untuk faedah rakyat. Namun jika ekonomi semakin buruk, semua subsidi ini akan ditarik balik. Contoh subsidi yang banyak diberikan adalah subsidi makanan ruji seperti beras, subsidi bahan api, subsidi perubatan.

 

4-Kehilangan pekerjaan

Disebabkan banyak perniagaan yang ditutup, ramai akan hilang pekerjaan. Pengangguran akan meningkat dan akan menyebabkan menjadi punca kepada banyak masalah lain seperti jenayah dan gejala sosial yang lain.

Dalam menghadapi krisis ekonomi ini, kita perlu sentiasa berjaga jaga dan menguruskan persiapan kewangan dengan betul. Langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut;

-Buat penstrukturan semula pelan kewangan.

-Antara perkara yang penting adalah dengan merendahkan risiko yang diambil dalam pelaburan. Lebihkan pelaburan dalam sektor yang rendah risiko.

5-Tingkatkan tabung kecemasan

Tabung kecemasan untuk waktu normal adalah 6 bulan. Jadi tingkatkan simpanan tabung kecemasan kepada 12 hingga 24 bulan.

 

6-Struktur semula hutang

Jika selama ini kita banyak membuat hutang, mulakan sedikit demi sedikit melangsaikan hutang yang tidak baik seperti hutang ansuran mudah, hutang kad kredit, hutang kereta, dan hutang pinjaman peribadi.

 

7-Minimumkan kos sara hidup

Bersedia dan berlatih untuk hidup di bawah paras mampu atau hidup di bawah setahap yang lebih rendah dari sekarang. Sebagai contoh jika anda tinggal di banglo, anda mungkin boleh downgrade pada rumah teres. Jika anda tinggal di rumah teres, mungkin tinggal di apartmen atau flat. Begitu juga dengan kos utiliti dan hiburan yang boleh dijimatkan.

8-Ambil pelan insurans takaful yang sesuai

Adalah amat penting kita mempunyai perlindungan yang mencukupi. Pastikan insurans takaful yang menjamin penggantian pendapatan kita cukup untuk menyara kita ketika waktu dilanda musibah. Juga jangan lupa takaful perubatan yang banyak akan menjimatkan kos kita pada waktu akan datang. Juga boleh tamatkan polisi takaful yang tidak sesuai dengan keperluan kita.

 

9-Mulakan perniagaan separuh masa

Kita perlu sentiasa mengadakan pelan kedua, andainya kita diberhentikan kerja. Perniagaan ini akan memberikan kita pendapatan kedua, dan jika kita diberhentikan, kita boleh meneruskan secara sepenuh masa dan tidak perlu susah payah baru bermula.

 

10-Berpindah ke kawasan rendah kos

Jika anda tinggal di bandar, anda mungkin perlu berpindah ke kawasan luar bandar untuk menjimatkan kos. Mungkin juga anda ada pilihan untuk tinggal bersama ibu bapa, mungkin juga di kampung. Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan banyak kos.

11-Simpan tunai dan emas dengan lebih banyak

Ketika krisis ekonomi yang teruk, mengeluarkan duit dari bank juga tidak dapat dilakukan. Jadi perlu untuk anda menyimpan tunai dan emas untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

 

Krisis ekonomi tidak dapat dielakkan namun menjadi tanggungjawab kita untuk berjaga jaga dan mempersiapkan diri agar kita tidak menjadi terdesak dan memusnahkan hidup kita.

Published by
Kim Rahim