Tentunya ramai antara anda yang gemar akan bergambar ala-ala hipster. Outfit Of The Day (OOTD) jangan cakaplah, lihat saja dari post Instagram anda, kami tahu anda berbakat dalam penceritaan menerusi gambar di Media Sosial. Ini tempat-tempat menarik untuk anda bergambar ala-ala Hipster.
Sasaran, Kuala Selangor
Anda yang gemar selfie, ootd, bergambar Hipster style tu pasti akan teruja dengan tempat ini. Digelar ‘Sky Mirror’ yang terletak di Kuala Selangor ini membolehkan anda melihat reflection anda apabila bergambar. Anda perlu menaiki bot ke kawasan ini, namun percayalah, anda pasti tidak akan kecewa kerana permandangannya yang indah.
Melaka
Tempat ini sangat mainstream. Tapi, tahukah anda bahawa, Melaka merupakan platform untuk anda mengenali sejarah dengan lebih dekat. Anda boleh posing seperti profesional model disini.
Ads
KLPAC
Tiada bayaran untuk masuk kedalam kawasan ini. Anda hanya perlu berpakaian menarik dan bersedia untuk beraksi dihadapan kamera. Lokasi di Sentul ini sangat unik kerana terdapat bangunan-bangunan lama masih kekal disitu. Ramai pasangan berkahwin menjalani pengambaran Pre dan Postwedding mereka disini.
Ads
Kellie’s Castle
Terletak di Ipoh, Perak. Walaupun tempat ini dibanjiri dengan cerita-cerita seram, namun tempat ini menarik untuk bergambar. Bagi yang meminati ukiran dan struktur bangunan lama, pasti anda akan terpesona dengan keindahan bangunan ini. Bayaran masuk hanya RM5.
Ads
Bukit Tinggi
Nak merasa seperti bergambar di luar negara? Ini lokasinya. Anda tidak memerlukan kamera canggih untuk bergambar, setiap ‘angle’ akan tampak cantik, walaupun anda tiada kelulusan dalam bidang photography. Ia terletak di Bentong, Pahang. Mungkin anda perlu mengeluarkan sedikit buget untuk kesini. Harga tiket masuk RM13 seorang. Namun, permandangannya ala-ala English Style sungguh memukau.
Selamat Ber ‘OOTD’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Fesyen “old money” kini menjadi trend yang semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan lelaki.
Apa Itu Fesyen Old Money?
Istilah “old money” merujuk kepada kekayaan yang diwarisi dari generasi ke generasi, bukan kekayaan yang baru diperoleh (sering digelar “new money”). Gaya fesyen ini menampilkan identiti golongan bangsawan dengan penekanan kepada kualiti, kesederhanaan, dan rasa tradisional. Ia bukan tentang mempamerkan jenama mahal secara terang-terangan tetapi lebih kepada menonjolkan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.
Fesyen Old Money
Golongan Old Money mempunyai gaya yang sangat klasik dan berkualiti tinggi. Mereka mengutamakan pakaian dari jenama-jenama terkemuka yang mengekalkan mutu kraf, seperti Ralph Lauren, Brooks Brothers, dan Hermès, namun mereka tidak mengejar trend fesyen semasa.
Elemen Utama Fesyen Old Money
Pakaian Berpotongan Kemas Gaya ini mengutamakan pakaian yang berpotongan kemas seperti blazer, kemeja oxford, seluar chinos, dan jaket tweed. Potongan pakaian yang tepat melambangkan rasa profesional dan kemas.
Material Berkualiti Tinggi Lelaki yang mengikut trend old money sering memilih pakaian daripada bahan seperti linen, kapas berkualiti tinggi, dan wool. Material ini tahan lama dan memberikan keselesaan sambil menyerlahkan elemen eksklusif.
Palet Warna Neutral Warna-warna lembut seperti putih, krim, biru muda, dan beige mendominasi gaya ini. Palet warna neutral memberikan kesan yang bersih, tenang, dan mewah tanpa kelihatan berlebihan.
Aksesori Minimal Jam tangan klasik, tali pinggang kulit berkualiti, atau kasut loafers adalah aksesori utama dalam gaya ini. Ia tidak keterlaluan tetapi cukup untuk melengkapkan keseluruhan penampilan.
Jenama Ikonik Tetapi Tidak Menonjol Jenama seperti Ralph Lauren, Brooks Brothers, atau Hermès sering dikaitkan dengan fesyen old money. Namun, logo atau tanda jenama biasanya disembunyikan atau sangat minimal.
Kenapa Fesyen Old Money Popular?
Melambangkan Kematangan dan Elegan Lelaki moden semakin tertarik kepada gaya ini kerana ia melambangkan kematangan, rasa tanggungjawab, dan keyakinan. Penampilan old money memberikan imej seseorang yang berpendidikan dan berbudaya.
Reaksi Terhadap Budaya ‘Flexing’ Di era media sosial, gaya hidup pamer kekayaan atau “flexing” menjadi kebiasaan. Fesyen old money hadir sebagai alternatif untuk mereka yang ingin tampil mewah tanpa perlu bermegah-megah.
Kebangkitan Estetika Retro Dengan kebangkitan budaya retro, fesyen old money memberikan aura klasik yang sering diidealisasikan. Ramai lelaki melihat gaya ini sebagai peluang untuk menghidupkan kembali keanggunan zaman dahulu.
Bagaimana Untuk Menggayakan Fesyen Old Money?
Jika anda ingin mencuba fesyen old money, mulakan dengan beberapa langkah mudah:
Labur dalam pakaian berkualiti tinggi. Fokus pada pakaian asas seperti kemeja putih, blazer navy, atau seluar chinos beige.
Kurangkan aksesori yang berlebihan. Pilih aksesori yang ringkas tetapi klasik.
Perhatikan grooming dan sikap. Fesyen ini bukan hanya tentang pakaian, tetapi juga bagaimana anda membawa diri dengan yakin dan sopan.
Kesimpulan
Fesyen old money memberikan ruang kepada lelaki moden untuk menampilkan gaya hidup yang elegan tanpa perlu mempamerkan kekayaan secara terang-terangan. Ia adalah gabungan kesederhanaan, kualiti, dan keanggunan yang mampu menyerlahkan personaliti seseorang. Tidak hairanlah, trend ini semakin popular di kalangan lelaki yang mengutamakan gaya klasik dan sofistikated.
Jadi, adakah anda bersedia untuk menghidupkan kembali gaya aristokrat ini dalam penampilan harian anda?
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi lelaki jam tangan bukan sahaja menjadi peranti yang hanya menunjukkan masa, tarikh atau info berkaitan persekitaran seperti cuaca dan sebagainya.
Jam tangan merupakan satu simbol status. Simbol yang secara tidak langsung memberi bayangan apakah kedudukan kewangan, kerjaya dan juga tahap kemewahan seseorang.
Walaupun ada sahaja yang sanggup berhutang demi menonjolkkan status rekaan imaginasi namun itu bukan persoalannya. Berbeza dengan kaum wanita yang memiliki pelbagai pilihan aksesori, lelaki hanya memiliki jam untuk menjadi hiasan di pergelangan tangan.
Dan bila bercakap tentang jam tangan mewah kita tidak dapat lari daripada membicarakan perihal jenama ROLEX. Berani MASKULIN katakan bahawa ROLEX merupakan jenama jam mewah paling dikenali di seluruh dunia.
Ia jenama yang dihormati, dikagumi dan diberi nilai sangat tinggi. Tahukah anda juga bahawa ia adalah jenama yang hanya menghasilkan jam.
Tapi apa yang membuatkan jam mewah ini sangat bernilai dan dipandang tinggi? Mungkin 10 perkara di bawah ada jawapannya.
1. MESIN MAHAL & BAHAN BUATAN
Bagi penggemar jam mereka mungin sudah tahu tentang fakta ROLEX menggunakan sejenis bahan besi yang tidak digunakan oleh orang lain. Dan tahukah anda tidak semua stainless steel itu sama. Ia datang dalam pelbagai jenis dan gred, dan jam ROLEX diperbuat daripada 904L steel.
2. MEMPUNYAI MAKMAL SAINS
Sebagai sebuah jenama jam mewah paling terkenal adalah satu perkara normal untuk mempunyai sebuah makmal sendiri. Namun gai ROLEX ia bukan sekadar makmal biasa. Ia bukan sahaja makmal untuk melakukan kajian tentang teknologi jam tetpai mencari inovasi teknik penghasilan jam yanglebih baik dari semasa ke semasa.
3. DIPASANG MANUAL DENGAN TANGAN
Jika anda menganggap pemasangan jam ROLEX dilakukan menggunakan mesin, anda sebenarnya silap. Buat pengetahuan anda pemasangan jam dilakukan mereka bermula dari langkah pertama hingga siap adalah menggunakan kemahiran dan skil manusia. Robot hanya digunakan untuk tugas-tugas asas seperti sorting dan sebagainya.
Ya, rolex hasilkan emas mereka sendiri. Kesemua emas dan platinum yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan jam adalah dihasilkan sendiri. Emas 24k yang digunakan mereka ditukarkan menjadi 18k kuning, putih atau everose gold.
5. TEKNOLOGI PELENGKAP KEMAHIRAN MANUSIA
Falsafah ROLEX adalah sangat jelas dan pragmatik. Jika hasil terbaik dihasilkan manusia jadi biar manusia yang lakukan. Jika menggunkan mesin lebih baik jadi biarlah mesin lakukan. Walaupun terkenal dengan tenaga mahir manusia tetapi ROLEX tidak pernah meminggirkan teknlogi. Antaranya robotic arm yang mampu melakukan kerja memerlukan konsistensi.
6. FASILITI KAWALAN KETAT
Hadir dengan status mewahnya jadi tidak menghairankan setiap fasiliti ROLEX mempunyai tahap sekuriti dan keselamatan yang sangat ketat. Malah pekerjanya sediri harus melalui pelbagai peringkat pemeriksaan keselamatan. Setiap perkara perlu melalui proses imbasan dan perlatan keluar masuk juga dikatalog dengan teliti.
7. PAKAR GEMOLOGIS
ROLEX sentiasa meletakkan stabndard yang sangat tinggi kepada pembekal bahan mentah mereka. Ia termasuklah bahan logam dan juga batu permata mewah seperti berlian, delima dan sebagainya. Untuk mengawa kualitinya, ROLEX mempunyai jabatan gemologikal sendiri yang menghimpunkan pakar-pakar perata. Apa yang mereka lakukan ialah memeriksa setiap permata yang mahu digunakan pada produk mereka.
8. SIAP MASA YANG LAMA
Tahukah anda seutas JAM rolex siap sepenuhnya selepas setahun? Benar ROLEX menghasilkan kira-kira sejuta unit jam setiap tahun. Namun tiada jalan pintas yang dilakukan untuk menyiapkan seutas jam. Mereka lebih mementingkan kualiti dan ketepatan. Dan setiap proses perlu dilakukan di bawah piawaian kawalan kualiti paling tinggi.
Mesti gaya fesyen ini pernah anda buat kan? Namun sedarkah anda, gaya fesyen yang anda pernah buat ini rupanya salah dalam etika berpakaian seorang lelaki.
Memang lelaki tidak secerewet wanita, namun penampilan gaya fesyen yang betul penting kerana ia melambangkan keperibadian diri seseorang lelaki. Malah jika anda mengenakan gaya fesyen yang salah, boleh menampakkan diri anda pelik.
Ingat! Jangan main pakai apa sahaja gaya fesyen yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada etika berpakaiannya betul ataupun salah.
Daripada 14 fesyen lelaki ini, pasti ada antaranya yang pernah anda buat. Malah kesalahan gaya fesyen ini juga boleh membuatkan pasangan anda tak suka. Jadi, tolonglah tinggalkan gaya fesyen ini!