Dah Kacak & Kaya Pulak Tu, Ini 8 Pelakon Lelaki Korea Yang Mempunyai Pendapatan Paling Tinggi

Share

BIDANG seni sememangnya boleh dianggap sebagai lubuk kekayaan. Masakan tidak, dengan hanya membintang beberapa buah filem dalam tempoh setahun, seorang pelakon boleh memperoleh gaji berjuta-juta setahun.

Selain menjadi pujaan dan igauan para gadis melayu, selebriti-selebriti drama ataupun filem daripada Korea Selatan ini juga sangat kaya. Tapi siapa yang paling kaya?

Berikut merupakan senarai 8 barisan orang pelakon Korea yang berpendapatan paling tinggi:

8. Song Joong Ki

Song Joong Ki adalah salah seorang pelakon Korea Selatan yang paling popular selepas memainkan peranan utama dalam drama, Descendants of the Sun pada tahun 2016.  Beliau menjadi terkenal dalam drama Sungkyunkwan Scandal (2010) dan  mempunyai peranan utama dalam melodrama The Innocent Man (2012)

Song Joong Ki dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won (RM 206,797.84) bagi setiap episod.

7. Lee Jong Suk

Pada usia 28, Lee Jong Suk telah berjaya dalam bidang yang diceburinya. Beliau terkenal setelah membintangi dalam School 2013 (2012),I Can Hear Your Voice (2013),Doctor Stranger (2014) dan Pinocchio (2014).Ini telah membuahkan hasil apabila dia telah menerima anugerah Pelakon Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke-51.

Lee Jong Suk dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won ( RM 206,797.84) bagi setiap episod.

6. Yoo Ah In

Yoo Ah In menjadi popular setelah membintangi drama bersiri Sungkyunkwan Scandal (2010) dan menjadi terkenal kerana wataknya di dalam Punch (2011),melodrama Secret Love Affair (2014) dan banyak lagi. Beliau kini mempunyai tiga filem iaitu Punch,Veteran dan The Throne.

Yoo Ah In telah dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod.

5. Lee Min Ho

Pelakon yang sangat dikenali ramai, Lee Min Ho, melonjak naik namanya  selepas memegang watak sebagai Gun Jun-pyo di dalam  drama Boys Over Flowers pada tahun 2009.

Kini, beliau dilaporkan dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod tanpa mengira drama!

 

4. So Ji Sub

Setelah mendebut kerjayanya sebagai model jeans, So Ji Sub menjadi terkenal setelah memainkan peranan dalam drama siri televisyen   I’m Sorry, I Love You, Cain and Abel, Phantom, Master’s Sun dan Oh My Venus, serta filem Rough Cut .

Soo Ji Sub melaporkan bahawa dia menerima 80 juta won (RM 275,989.73) bagi setiap episod tunggal.

 

3. Jo In Sung

Jo In Sung dipuji oleh penonton kerana prestasinya yang baik dalam drama terbarunya.  Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama siri televisyen  What Happened in Bali (2004), That Winter, the Wind Blows (2013), and It’s Okay, That’s Love (2014),termasuk juga filem A Dirty Carnival (2006) dan  A Frozen Flower (2008).

Beliau juga telah dilaporkan mendapat 80 juta won (RM275,986.50) bagi setiap episod.

2. Hyun Bin

Salah seorang pelakon yang terkenal di Korea ialah Hyun Bin. Beliau terkenal dalam drama televisyen My Name Is Kim Sam-soon (2005), The World That They Live In (juga dikenali sebagai Worlds Within) (2008) danSecret Garden (2010-2011).

Kejayaan dramanya Hyde,Jekyll and I telah menetapkan  gajinya 100 juta won (RM RM 343,429.66) bagi setiap episod.

1. Kim Soo Hyun

Mendapat tempat pertama dalam senarai ini ialah Kim Soo Hyun yang telah membintangi pelbagai drama  termasuklah My Love From Another Star, The Moon That Embraces the Sun, dan Producer. Popularitinya pada hari ini tidak akan membuatkan anda terfikir bahawa dia seorang anak yang tidak berani dalam khalayak ramai semasa di zaman sekolah menengah. Kejayaannya ketika ini di atas galakan ibunya untuk memasuki kelas berlakon sebelum menceburi bidang ini.

Kim Soo Hyun dibayar 100 juta won ( RM 343,429.66) bagi setiap episod.

 

Sumber : Taiko Tai

Published by
Ruziana Zainal