Dah Berkahwin Sepatutnya Lebih Menjaga Badan Bukan Jadi Boroi

Share

Susuk tegap tubuhnya bukanlah satu kurniaan percuma. Dedikasi dan konsistensi perlu ada. Pengorbanan masa dan tenaga adalah kunci utama. Kini, dia hadir dengan personaliti bergaya. Bukan sekadar inginkan tumpuan, tetapi demi penjagaan kesihatan dan keyakinan berterusan, kerana baginya masa depan menjadi taruhan. Itulah prinsip jitu Faez Nick, antara bintang bina badan yang makin bersinar.

Definisi lelaki maskulin? Definisi lelaki Maskulin bagi saya ialah perwatakan yang menarik dan seorang yang bersifat metrosexsual. Yang bijak menjaga diri dan personaliti di hadapan sesiapa pun.

 

Motivasi diri.

Kecergasan diri menjadi keutamaan sejak saya bermula di gim. Yang pasti, setiap dari lelaki khususnya inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Itulah motivasi setiap hari.

 

Rutin kecergasan. Saya amat mementingkan rutin senaman kecergasan di gim. Saya akan memastikan masa ada untuk saya workout 5 kali seminggu. Jenis-jenis senaman saya sasarkan di bahagian tertentu mengikut hari (Isnin-dada, Selasa-belakang badan, Rabu-bahu, Khamis-bicep dan tricep, Jumaat-kaki). Dan yang paling penting, senaman otot perut (abs) pasti akan saya lakukan setiap hari tanpa skip. Selain tiu, aktiviti jogging dan banyakkan aktiviti luar yang sihat.

Lelaki dan bidang kecergasan. Ternyata tidak dapat dipisahkan. Kini sudah semakin banyak lelaki yang mulai sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan keseimbangan tubuh badan. Lelaki harus membina badan kerana pertama, untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang, kedua bagu menampilkan keyakinan diri pada seseorang, dan ketiga untuk pandangan yang positif pada setiap individu.

 

Inspirasi. Inspirasi saya dalam bidang bina badan adalah Lazar Engalov.

Sasaran 5 tahun. Mengekalkan bentuk badan “Men Fitness” atau “Men Physique”  dan menjadi model kecergasan agar dapat menjadi idola dan contoh buat semua.

 

Gym parter. Gym Partner bagus pada setiap individu, memudahkan lagi apabila seseorang itu sukar untuk mengangkat beban yang berat. Mereka dapat memberi sokong bersama. Dan yang paling penting, tidak mudah bosan.

Lelaki berkahwin sukar jaga badan. Pandangan Faez? Paling penting pada orang yang sudah berkahwin, ialah pertama kali harus menjaga pamakanan . Sekiranya ingin mengekalkan kecergasan, “Mind Set” bergantung pada individu. Perlu buang sikap malas dan teruskan berusaha. Jangan jadikan kengkangan keluarga alasan untuk tidak ke gim.

 

Nasihat. Sentiasa beruasaha dalam apa jua sekali, jangan mudah mengalah. sentiasa renung gambar atau video “Idola” untuk pembakar semangat.

 

PROFIL:

Nama Penuh : Nik Muhamad Faiz Bin Nik Mohamad Fauzi

Nama Komersial : Faez Nick

sihat

Tarikh Lahir : 1st May 1993.

Tempat Lahir : Johor Bahru.

Pencapaian dalam pertandingan bina badan:

-Tempat ke 4 Mr.ACT 2013.

– Tempat ke 3 Mr.Meru 2014.

– Tempat ke 2 Exclusive Body Challenge 2014.

– Juara Alim Budin Classic 2014.

Published by
Kim Rahim